Bismillahirrahmanirrahim.
BERANI KERANA BENAR
DAN JADIKAN ALLAH SWT
SEBAGAI SAKSI DIANTARA
MEREKA.
"Sumpah laknat" bukanlah perkara yang bertentangan dengan agama Islam.
Demi untuk membersihkan diri dari tuduhan ataupun fitnah yang dilemparkan terhadap mangsa yang difitnah, yang dilihat amat susah untuk dibuktikan oleh mangsa fitnah dalam perundangan duniawi olih itu, menyerahkan kepada Allah SWT Tuhan Yang Esa, melalui cara " sumpah laknat' adalah jalan terbaik.
Saiful Bahari yang pernah mendakwa diliwat olih Anwar Ibrahim telah melafazkan "sumpah laknat" .
Selain dari beliau Najib Razak yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia juga telah dikata melakukan perkara yang serupa berhubung fitnah yang dihadapi nya.
Olih itu bukan satu kejanggalan atau kepelekkan bagi sesiapa pun untuk melakukan perkara yang serupa sekiranya
Fitnah tertumpah keatas mereka bagi tujuan untuk membersihkan diri dari tohmahan dan fitnah manusia.
Dalam kes Saiful yang didakwanya sebagai "mangsa" juga telah mengangkat sumpah laknat bagi mengakui akan kebenaran "liwat" yang ditanggung nya.
Tetapi sebaliknya Anwar Ibrahim yang dikata telah "meliwat' beliau, sebaliknya tidak melakukan " balasan sumpah laknat' terhadap sumpah laknat Saiful.
Samada berani atau tidak atau atas apa saja alasan Anwar Ibrahim untuk tidak melakukan sumpah yang serupa itu," iaitu membalas sumpah laknat Saiful" maka pandangan umum serta takrifan umat yang beragama Islam terhadap kreadibiliti Anwar Ibrahim mula diragui.
Semalam satu lagi peristiwa yang serupa telah melanda persada dunia seni tanahair.
Melalui berbagai sumber berita yang dipetik dan dilaporkan, penyanyi popular era 80 Noorshila Amin bangun mempertahankan maruah beliau dari tohmahan dan fitnah.
Beliau yang dituduh dan difitnah melalui kata kata yang diluahkan samaada olih Lana Nordin, Roslan Shah mahupun Rakan Artis yang lain, telah "melafazkan sumpah laknat" bagi menafikan segala tuduhan yang dilemparkan keatas dirinya.
Isunya disini, beranikah Lana Nordin mahupun Roslan Shah ataupun rakan artis yang disebutkan dalam "siaran Facebook' yang didakwa oleh Noorshila itu berani untuk menyahut dan membalas " sumpah laknat' tersebut, bagi menafikan fitnah fitnah yang telah mereka lemparkan keatas batang tubuh Noorshila?
Berpegang pada hakikat berani kerana benar dan menyerahkan "sumpah laknat" tersebut kepada Allah SWT sebagai "hakim" maka, bagi yang menuduh itu adakah mereka sanggup " bersumpah laknat" bagi menafikan bahawa segala apa yang telah mereka kata itu adalah benar dan bukan datang dari mulut orang lain melainkan dari kata kata mereka sendiri?
Berani kerana benar itulah yang dilakukan olih Noorshila Amin demi membersihkan nama dan maruahnya .
Menyerahkan kepada Allah SWT sebagai hakim dan pelindung dari fitnah yang terbeban keatasnya ,beberapa perkara telah dinyatakan untuk dilakukan beliau.
Bagi memanjatkan doa dan mengiringi permohonan kepada Allah SWT Noorshila Amin :-
1. Memfidyah bacaan Al-Fatiha sepuluh kali
2. Memfidyah bacaan Surah Yaasin
Kepada yang menuduh beliau selama 44 hari.
Allah Maha Besar Allah Maha Agung.
Semoga Allah SWT memperkenan doa doa orang yang teraniaya. Amin.
Cahaya Al Majid.
No comments:
Post a Comment