Tuesday, 5 December 2017

THE PROMISED LAND: CERCAAN "KLEPTROKASI" SIAPA YANG PERLU MEMBERSIHKAN?

Bismillahirrahmanirrahim.

TIDAKKAH INSTITUSI YDP AGONG
DAN
RAJA RAJA MELAYU TIDAK
TERSINGGUNG DENGAN
KENYATAAN PEGUAM NEGARA
AMERIKA?

Kenyataan yang dibuat olih Peguam Negara Amerika terhadap penyelewengan dana 1MDB dalam persidangan Forum Global bagi Pemulihan Aset yang dianjurkan olih Amerika dan United Kingdom dilihat sebagai satu penghinaan samada terhadap negara ini mahupun terhadap Institusi Yang Di Pertuan Agung dimana YDPA merupakan ketua Negara yang memayungi rakyat negara ini.

Seharusnya Institusi Yang Di Pertuan Agung mahupun Majlis Raja Raja Melayu harus melihat kenyataan yang dikeluarkan olih Peguam Negara Amerika ini dilihat sebagai satu penghinaan.

Memandangkan isu Klepetokrasi yang dilabelkan ini sudah berlarutan sekian lama dan belum pun terdapat mana mana pihak dinegara ini yang secara lantang mempertikaikan kewajaran pelabelan tersebut terhadap negara olih DoJ dan Amerika, maka, kesepakatan Majlis Raja Raja Melayu dan Institusi Yang di Pertuan Agong , perlu tampil bagi menjelas dan membersihkan Imej dan maruah dari terus dihina ini.

Kerajaan pimpinan Najib sejak sekian lamanya belum lagi membuat sebarang bantahan terhadap penghinaan yang dibuat olih DoJ Amerika ini.

Kerana penghinaan yang ini dibuat dihadapan wakil wakil luar negara yang menyertai persidangan ini menjadi tular di serata dunia  dan ditakuti pula implikasinya terhadap niat pelabur langsung yang mahu melabur dinegara ini akan menjauhkan diri, maka bantahan secara langsung perlu dibuat.

Untuk itu keperluan buat Institusi  YDPA dan Majlis Raja Raja Melayu yang memayungi rakyat negara ini wajib membuat bantahan resmi terhadap kenyataan DoJ dan Amerika terhadap pelabelan negara ini sebagai "Klepetokrasi'.

Cahaya Al Majid








6 comments:

  1. Keturunan lebih penting untuk tersinggung. Klepek duit kerajaan bukannya mereka percaya cerita negara luar kerana lebih percaya kpd orang yang mereka lantik.

    ReplyDelete
  2. Rakyat boleh bergantung harap nasib mereka dan masa depan negara dengan membuat pilihan untuk masuk ke mulut diapa...
    Mulut buaya
    Mulut singa
    Mulut naga
    Mulut pembangkang

    ReplyDelete
  3. Semua gigil sejukkk.... harapkan derajat. Jangan lupa sejarah... Siapa yang melawan british kalau tak rakyat. Nak harapkan mereka lawan haram membodek ada lah. Pinjam dailog labu labi: Kau memang tak boleh harap lah Cheetah

    ReplyDelete
  4. Salam bro CAMA dan KD. Setuju Anon 0603. Sejarah Malaysia sejak Malaya. Kalau bukan kerana konflik perebutan dan gila kuasa keturunan Raja-raja melayu, Tidak akan terjadi Perjanjian Pangkor dan bermula dari Perjanjian tersebut maka bermulalah Domino Teori kejatuhan satu persatu negeri-negeri Selat dan akhirnya kebanyakan negeri. Siapa yang menentang penjajah, pembesar yang mempunyai semangat kecintaan kepada negara seperti Mat Kilau, Tok Janggut, Dato Maharaja Lela dan perwira dikalagna rakyat jelata dan bukan Raja-Raja atau anak-anak Raja.OSIU OH KAMANANG

    ReplyDelete
  5. Setuju dng 16:58. Mereka yang berjuang mungkin tiada derajat. Tapi martabat mereka lebih tinggi dari chetah2 yang dilakonkan Hj Bakhil. Semoga nyet nyet ini faham dan sedar diri.

    ReplyDelete