Bismillahhirrahmannirrahim.
Adakah suara Menteri UMNO dalam Kerajaan Mahiaddin lebih gah berbanding suara dan kemahuan Ahli diakar umbi.
Suara dan kehendak Ahli akar umbi telah disuarakan olih Presiden mereka melalui pengumuman yang dilakukan kelmarin.
Namun selepas pengistiharan keputusan 'tidak menyokong' Mahiaddin dan Kerajaan pimpinanya,maka, berbagai bunyi kedengaran.
Suara yang paling ketara dan yang kuat menentang keputusan PAU ini adalah mereka mereka yang terdiri dari kluster Menteri UMNO serta beberapa kerat Ahli Parlimen yang memegang jawatan dalam Kerajaan PN.
Hahahaha 🤣🤣🤣🤣
Kalau dahulu UMNO mengatakan bahawa suara Ahli akar umbi adalah "kekuatan" UMNO atau "suara keramat UMNO' tetapi, apa yang berlaku semalam dan hari hari seterusnya kini adalah sebaliknya.
Adakah Pemimpin UMNO yang bergelar Ahli Parlimen serta yang berjawatan Menteri hanya menganggap bahawa suara Ahli akar umbi sebagai 'langau'?
Dari tingkah laku dan statement yang dikeluarkan ,membuktikan seolah olah kelompok ini tidak akan akur dengan "suara dan kemahuan akar umbi".
Kini difahamkan lebih 30 Ahli Parlimen UMNO dikatakan tidak menyokong kemahuan dan keputusan Ahli akar umbi yang disuarakan olih President mereka sendiri.
Kahkahkah... kini hilang sudah suara keramat ahli akar umbi UMNO. Apa yang dapat disimpulkan , hanya suara kelompok beberapa kerat kluster Menteri dan suara Ahli Parlimen saja yang terpakai.
Kini ahli ahli dicawangan dan pemimpin dibahagian , standard nya hanyalah sebagai "buah catur" atau "macai" saja, mereka ini digunakan Pemimpin untuk mencari kekayaan,mengekalkan kuasa dan bukan lagi untuk menguatkan Parti.
Terang lagi bersuluh.. pemimpin UMNO yang diharapkan untuk merubah keadaan rupa rupanya.."pelesit" yang tak bertuan. Siapa yang dapat "memberi makan" disitulah mereka "bertuan".
Selamat jalan ahli akar umbi!!! yang selama ini bermati matian mempertahankan pemimpin , pada akhirnya perjuangan ahli ahli akar umbi dikhianati juga.
Selamat ,menempah keranda .
Setelah "jenazah UMNO" dimandi dan dikafankan, maka berbondonglah Pemimpin PN datang untuk mengangkat dan mengusung keranda kekuburan dan akhirnya lebai lebai PAS akan membacakan talkinnya.
Innalilah....
Cahaya Al Majid.
No comments:
Post a Comment