Bismillahhirrahmannirrahim.
Tanda solidariti UMNO terhadap kesusahan rakyat maka UMNO dan Ahli Parlimen mereka wajib tarik sokongan terhadap Kerajaan PN pada atau sebelum 26 July ini.
UMNO perlu tegas dan tidak teragak agak untuk menarik sokongan samada terhadap Mahiaddin mahupun Kerajaan PN.
Kegagalan demi kegagalan telah ditempah olih Kerajaan PN selama 16 bulan ini.
Kehidupan rakyat sudah terhimpit dan Kerajaan PN telah gagal didalam mengemudi negara ini.
Walaupun baru baru ini Mahiaddin telah melantik Ismail Sabri sebagai TPM, namun, keberadaan dia sebagai TPM tidak akan merubah apa apa malahan akan menjadi duri dalam daging kepada UMNO pula.
Zahid sebagai President wajib memberikan kata dua kepada Menteri Menteri UMNO serta Pengerusi GLC yang berada didalam Kerajaan PN.
Samada mahu bersama kekal Kerajaan PN atau sebaliknya.
Sekiranya Ahli Ahli Parlimen tidak akur dengan kehendak Parti dan masih mahu kekal didalam Kerajaan PN maka pemecatan adalah jalan terbaik.
Menentu kemenangan pada PRU 15 adalah matlamat utama.
Samaada Ahli Parlimen UMNO tersebut mahu bersama UMNO atau tidak, biar mereka tentukan sendiri.
Jada waktunya adalah sebelum Sidang Parlimen 26 July ini.
Cahaya Al Majid.
P/s : Tahniah Tok Mat atas Perlantikan Pengarah Pilihanraya UMNO.
No comments:
Post a Comment