Assalammualaikum.
Perjalanan hidup manusia setiap hari dilingkari oleh manusia. Yang masih dibawah umur dikelilingi oleh ibubapa, yang dewasa pula dikelilingi oleh ahli keluarga sendiri, anak-anak serta isteri yang menjadi teman . Bagi mereka yang masih lagi dibawah jagaan ibubapa maka pelajaran adalah agenda utama tetapi bagi mereka yang dewasa pula terpaksa berkerja untuk mencari rezeki bagi menampung keperluan kehidupan berkeluarga. Setiap saat fikiran manusia berputar ibarat gasing , mencari-cari kebendaan yang perlu bagi memenuhi sifat keinginan yang terpahat disanubari. Didalam kesibukan seharian adakalanya kita terbabas didalam tanggungjawap kita kepada Sang Maha Pencipta. Namun didalam kealpaan itu, kita terlalai dengan 'fantasi' dunia yang dibentangkan oleh Yang Maha Mengetahui. Tetapi pernahkah kita merasa menyesal akan kelalaian itu? Hanya kita yang tahu jawapannya.
![]() |
kesakitan ibu semasa melahirkan kita |
![]() |
ibu-ibu berdoa utk keberkatan anak-anak |


Dengan terpancarnya cahaya kasih sayang diantara kita kepada kedua ibu-bapa serta adik-beradik, inshaallah, Allah SWT akan memberkati institusi keluarga kita dengan menganugerahkan kepada kita anak-anak yang baik serta menghormati orang yang lebih tua dari mereka. Memandangkan institusi keluarga masa kini sudah menjadi terlalu rapuh maka penyatuan keluarga teramat perlu bagi menjamin kesinambungan ketertiban didalam berkeluarga.
Sekiranya kita inginkan anak-anak yang baik, maka, bermulalah dengan diri kita sebagai contoh tauladan kepada mereka. Penggunaan kata-kata yang indah dan baik serta perlakuan yang sopan akan membangkitkan sifat baik budi bagi anak-anak dan ini akan membentuk sahsiah budi perkerti serta jati diri yang kental seperti yang dituntut didalam Al Quran.
Akhirkalam untuk hari Jumaat yang berkat ini marilah kita sama-sama mengucapkan selawat dan salam keatas Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w serta marilah kita memfidyahkan 'Al-Fatihan" kepada semua umat Muhammad , yang hidup mahupun yang sudah bersemadi.
![]() |
AL-FATIHA TUJUH AYAT YANG DIBACA BERULANG-ULANG |
Amin, Amin Ya Rabul Alamin.
Ibu ibu
ReplyDeleteEngkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu
Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu
Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyinari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu
Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu
Source » http://liriklagu.rizkikhaizir.com/2011/10/lirik-lagu-p-ramlee-ibu.html#ixzz4HE93btwE