Assalammualaikum
Sudah lebih lima hari 'Perhimpunan Haram Jadah' berlalu namun kesan dan kesinambungan dari peristiwa itu sedang disiasat dan diambil tindakan oleh pihak yang bertanggung jawap. Yang menjadi kemuskilan ketika isu hangat ini diperkatakan , Menteri yang bertanggung jawap dengan bangganya mengumumkan bahawa Kabinet telah sebulat suara mahu tindakan sewajarnya diambil terhadap pihak yang bertanggungjawap, ada yang mengatakan Anwar Ibrahim dan ada juga yang menuding jari kepada Ambiga tidak ketinggalan juga terhadap Pakatan Haram Pembangkang.(Maaf istilah ini digunakan kerana dikalangan parti politik pembangkang tiada ikatan perjanjian bertulis hanya sekadar perjanjian mulut saja).



Kini setelah lebih sepuluh anggota keselamatan negara mengalami kecerderan ditambah dengan seorang wartawan tercedera barulah KDN bersiap sedia memasang kuda-kuda untuk bersilat. Apa faedahnya perkara dah terjadi. Pembangkang dan ahli tolol pro-demokrasi ini dengan sewenang-wenangnya melanggar undang-undang negara. Setelah berlaku baru sibuk nak cari sana cari sini. Sepatutnya pada hari kejadian sumbat saja mereka ini dalam 'lokap' sebab mereka telah 'menganggugugat' keamanan awam dan hak merosakan harta rakyat.Apa yang dapat disaksikan adalah kejahilan sesetangah pihak, dari Kerajaan mahupun Pro Pembangkang
![]() |
BARU KENA TEMBAK NGAN NIK AZIZ |
Apa yang dapat diungkap disini ternyata kepimpinan Najib Razak yang menerajui Barisan Nasional gagal didalam mentadbir negara dan seharusnya pemimpin seperti ini diturunkan oleh seluruh anggota UMNO dan begitu juga dengan Hishamuddin Hussein. Rakyat Malaysia memerlikan pemimpin yang boleh membela keselamatan dan kententeraman rakyat.
![]() |
Amik kau Nuar nak sangat jadi PM..bang bang |
![]() |
main tembak tembak plak haji ni |
Kepada semua bakal pengundi PRU 13 nanti, buatlah pengundian yang menggunakan hati, akal dan fikiran dan jangan gunakan 'nafsu' kerana ini akan menjahanamkan Malaysia.

Seeloknya kita dapatkan seberapa banyak wakil bebas didalam PRU akan datang yang mana mempunyai kriteria diatas kerana dengan ciri itu sekurang-kurangnya kita tidak terjebak dengan perlakuan 'yes man' , 'kroni' serta 'kaum kerabat' apabila keputusan besar dibuat berhubung pentadbiran dan kewangan negara
No comments:
Post a Comment