Friday 5 October 2012

KETURUNAN KATURAH YANG SAYA KAJI : YTM DATO' UNDANG YANG EMPAT??

KETURAH DIDALAM GENESIS. SIAPA KETURUNAN SITI HAJAR SIAPA KETURUNAN SITI SARAH DAN SIAPA KETURUNAN KATURAH  .ISA  AL MASIH  DARI JURAI MANA, AL MAHADI DARI JURAI MANA BANI TAMIM DARI JURAI MANA PULA . SIAPA MEREKA??MACAMMANA NAK TAHU ??
Assalammualaikum.

Sebelum saya meneruskan penulisan berhubung ' Jurai Keturah' ini, terlebih dahulu ingin saya nyataka disini bahawa kajian ini telah saya lakukan seawal pertengahan tahun 2003. Kenapa saya menuliskannya?? Saya harap para sahabat dapat mengenali saya melalui perjalanan yang saya lalui . Kisah perjalanan saya terdapat di post-post yang terdahulu. Sila rujuk untuk kepastian dan semua yang  terjadi  adalah dengan kehendak Allah SWT. Adalah perlu untuk  kita mengetahui "kemana kita"  dan "siapa yang kita tunggu" dan "siapa yang akan menjadi" Khalifah " kita. "Runtuhnya bumi Arab, Timbulnya Permata Hitam" dari Timur

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.

Janji Allah SWT tidak pernah mungkir. Allah SWT berjanji kepada Nabi Ibrahim akan kemakmuran Bumi Mekah yang terletak ditengah-tengah padang pasir serta bumi Mekah ini   akan menjadi tumpuan manusia seluruh dunia dengan kemewahan serta aktiviti-aktiviti berbilang bangsa akan terangkum di sini. Itulah janji Allah SWT kepada Nabi Ibrahim. Bersamaan rutin-rutin menyempurnakan rukun Haji dibumi ini maka Bumi Mekah menjadi cemburuan kepada agama lain .Kebanyakan rukun rukun haji yang diwajibkan keatas umat Muhammad semuanya adalah dari sunnah tinggalan Nabi Ibrahim berserta sunnah isteri Nabi Ibrahim, Siti Hajar. Begitulah tingginya -darjat' Nabi Ibrahim disisi Allah SWT, sehinggakan aturan agama Islam berpandukan kepada amalan Nabi Ibrahim dan begitulah Allah SWT menamakan Islam sebagai agama yang diredainya.

Berbalik kepada keturunan dari jurai Nabi Ibrahimn iaitu isteri baginda yang bernama Katurah. Memang benar, didalam Al Quran tidak dinyatakan nama Katurah sebagai isteri Nabi Ibrahim, tetapi Allah SWT, telah menurunkan terdahulu bebarapa Kitab sebelum Al Quran iaitu Al-Zabur, Al-Taurat, Al-Injil dan Al Quran, semuanya kitab yang dikehendaki untuk Umat Muhammad beriman dengannya kecuali Al Injil yang dinyatakan telah diseleweng fakta dan isi kandunganya melalui Guru-Guru Agama mereka serta rahib-rahib yang mengaku bahawa isi-kandunganya adalah dari kata-kata Isa a.s.., tetapi pada hakikatnya kitab Al Injil sememangnya diturunkan Allah SWT. Itu sebabnya terdapat dua versi Kitab Injil iaitu Old Testement dan New Testement. Didalam  versi Genesis dinyatakan bahawa Katurah adalah isteri ketiga kepada Nabi Ibrahim. Memandangkan keturunan ini telah dihantar ketimur yang paling timur maka kisah keturunan Ibrahim dari jurai Katurah ini dilindungi Allah SWT.Mengikut Genesis, jurai Keturah ini diberi mandat untuk menerajui Israel tetapi  ditolak olih anak-anak Keturah sendiri dan membiarkan keturunan Nabi Ishak meneruskan legasi Nabi Ibrahim dipihak Israel sehingga lahirnya Nabi Isa a.s. Kesemua jurai ini dinobatkan sebagai keturunan pemerintah hanya Isa a.s yang berlainan .iIni  adalah kerana Allah SWT menjadikan Isa a.s dilahirkan tanpa bapa atas kehendak Allah SWT sementara keturunan anakandanya  dari Nabi Ismail menerajui Bumi Mekah sehingga lahirnya junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Begitulah benarnya janji Allah SWT terhadap Nabi Ibrahim.

Apa yang dapat kita perhatikan dari kedua-dua jurai Nabi Ibrahim ini, iaitu Nabi Ismail dan Nabi Ishak tidak ada satupun dari keturunan ini yang menyembah berhala samaada Bani Israel mahupun Bani Hashim. Kedua-duanya menghadapkan diri kepada Tuhan Yang Satu, sepertimana agama Nabi Ibrahim. Tetapi setelah Nabi Isa yang dikatakan  disalib dan dikatakan sebagai anak Tuhan, maka, satu agama baru tiimbul iaitiu agama bertuhankan manusia yang dianggap anak Tuhan yang diberinama 'Kristian". Begitulah tersasar jauhnya agama ini. Biarkan mereka, kita alih tumpuan kepada Katurah.

Setiap anak Nabi Ibrahim sama ada dari  Siti Sarah ataupun Siti Hajar semuanya diberkati Allah SWT . Semuanya diberikan tempat yang baik dan mempunyai kelebihan didunia , ini adalah kerana mereka menganuti agama Nabi Ibrahim. Keberkatan Allah SWT terhadap keturunan Nabi Ishak terputus apabila kelompok yang mendewakan Isa a.s serta menganggap beliau sebagai anak Tuhan maka terputuslah hubungan itu. Tetapi genetik mereka tetap sama.

                                               

Begitu jugalah keturunan Nabi Ibrahim disebelah Katurah yang sampai diNusantara ini, semestinya mendapat pengiktirafan  dan keberkatan dari Allah SWT.

Dipost yang lalu dalam topik yang saya utarakan, saya mengatakan bahawa keturunan Raja-Raja adalah dari keturunan bukan dari jurai Nabi Ibrahim dan alasan juga telah saya nyatakan iaitu Keturunan Nabi Ibrahim tidak pernah atau tidak akan menyembah berhala dan tidak akan  bertuhankan sesuatu yang terdapat di alam  nyata, begitulah keadaanya yang Allah SWT peliharakan keatas Nabi Ibrahim dan keturunanya. Olih itu kesemua Raja Raja yang terdahulu beragama Hindu atau Buddha yang kemudiannya memeluk Islam bukanlah dari jurai isteri Nabi Ibrahim iaitu Katurah.

Kenapa saya mengatakan Dato" Undang Yang Empat dari keturunan jurai sebelah Katurah iaitu isteri Nabi Ibrahim?

Dimana terdapat nya  raja-raja yang memerintah di Nusantara ini, yang asalnya dari Islam? Tiada.
Kesemua Raja-Raja di Nusantara ini pada awalnya adalah dari agama Hindu ataupun Buddha dan setelah sampainya keturunan Fatimah r.a.di Nusantara ini  barulah kebanyakan Raja-Rajanya memeluk Islam.

Berbeda dengan keturunan Dato" Dato' Undang Yang Empat, mereka merupakan penduduk asal dibumi Negeri Sembilan. Ini telah saya jelaskan dipost yang terdahulu. Mereka merupakan Ketua Jajahan atau Raja yang menaungi jajahan masing-masing. Mereka ini dilantik mengikut jurai dari Keturunan asal iaitu Orang Asli dan penduduk setempat yang mendiami muara Sungai, terutama Sungai Linggi. Sungai Linggi  dibawah jajahan Port Dickson yang merupakan tanah Jajahan Dato' Undang Sg Ujong, kedudukan ini tidak berubah dari dahulu sampai sekarang. Pada awal tahun 1800an Sg Ujong didiami lebih dari 10,000 pendatang asing terutama orang Cina yang datang dari Negara China (itu mengikut catatan Inggeris- cubaan mengelabu Raja Jajahan tentang ramainya sekutu Inggeris untuk menakutkan Raja Jajahan iaitu Dato' Undang Luak Sg Ujong").
Melalui perkahwinan diantara anak ketua yang digelar 'Raja Segala Raja di Gunung" dengan ' anak Ketua Kaum " Raja Segala Raja di Sungai" ini maka keturunan ini digelarkan sebagai 'Biduanda" iairu keturunan yang bolih mewarisi takhta  Jajahan di Negeri Sembilan dan hanya ' Raja Biduanda" saja yang bolih memilih atau menabalkan 'Raja" yang di panggil ' Yang Di Pertuan Besar", tanpa pengistiharan ' Raja Biduanda" ini maka di Negeri yang berstatus angka ini tidak akan ada ' Raja",.
Apa yang dapat disimpulkan amalan dan kepercayaan 'gabungan" keturunan ini sama seperti keturunan  Nabi Ibrahim. Keturunan ini  tidak pernah bertuhankan apa yang ada di alam nyata waima menganut kepercayaan Hindu mahupun Buddha, kepercayaan mereka sama dengan Keturunan Nabi Allah Ibrahim.

Keturunan Nabi Ibrahim ini diumpamaka seperti"  benih dicampak kelaut akan menjadi Pulau"  begitulah juga dengan keturunan jurai Katuran ini. Walaupun mereka bukanlah  Raja yang memerintah seperti Kesultanan Melayu Melaka ataupun Kesultanan Melayu Kedah, tetapi Kerajaan yang mereka naungi ini sama tarafnya dengan Raja-Raja yang lain cuma mereka berkerajaan diJajahan mereka saja.. Kehebatan mereka adalah kerana mereka ini keturunan yang bukan dari keturunan yang menyembah berhala.

Kedudukan Dato' Dato  Undang Yang Empat, diakui didalam Perlembagaan Negara kita , dan  keempat-empat Dato" Undang  ini juga dikehendaki menandatangani pengistiharan Kemerdekaan Tanah Melayu dan  tanpa persetujuan  Dato' Dato' Undang Yang Empat juga bolih membatalkan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu ketika itu. Begitulah tingginya kedudukan Undang Yang Empat .


Serba sedikit sejarah tertubuhnya Kerajaan Negeri Sembilan.

Hasil mesyuarat keempat-empat Dato' Undang Luak itu, Tunku Besar Lintau, anak saudara Yamtuan Imam ditawarkan untuk menjadi raja tapi dia menolak sebab dia tidak suka campur dalam hal ehwal negeri dan memikul tanggungjawa itu. Dikatakan Tunku Besar LIntau seorang yang alim lagi warak dan lebih suka beramal ibadat. Jadi, selepas Tunku Besar Lintau menolak, adiknya iaitu Yamtuan Antah pula dilantik.
Lepas tu, panjanglah kisahnya termasuklah Tunku Ahmad Tunggal yang gagal menjadi raja, lari menemui Dato' Kelana Syed Abdul Rahman di Sungai Ujong dan meminta bantuan Dato' Kelana untuk memerangi Yamtuan Antah. Macam mana Luak Sungai Ujong (Dato' Kelana), Undang Luak Jelebu dan Undang Luak Rembau mengisytiharkan diri keluar dari persatuan Negeri Sembilan dan tidak mengakui Yamtuan Antah sebagai raja.
Bermula dari situlah meleret-leret sampailah campurtangan Inggeris di Negeri Sembilan pada 23 November 1876 menerusi perjanjian antara Yamtuan Antah dengan Dato'-Dato' Penghulu Luak. Sebelum itu, Inggeris bantu Dato' Kelana menyerang Seri Menanti pada 1874 yang menyaksikan kekalahan Yamtuan Antah.
Tapi akhirnya campurtangan dan tipu helah British menaikkan semula Yamtuan Antah walaupun sepatutnya Dato' Kelana yang menang perang pada 1874 sepatutnya jadi raja berdasarkan prinsip, yang kalah hilang negeri, yang menang menguasai dialah yang memerintah. 

Diatas sifat kemuliaan dan ketakwaan serta tidak mengejar pangkat  dan harta dunia maka jurai keturunan ini beralah untuk meneruskan legasi keturunan Ibrahim yang ada didalam diri mereka tanpa mereka sedari , maka  tidaklah dipanjangkan permusuhan ini dan keturunan ini masih lagi menyandang tahta yang bergelar iaitu Dato' Dato' Undang Yang Empat yang menentukan generasi yang akan ditabalkan sebagai Yang Di Pertuan. Dengan amanah yang dipegang maka pemilihan terarah kepada   golongan yang berakhlak dan beriman seperti sepatutnmya. Amanah yang dijunjung mereka  merupakan penentu kepada Raja yang akan di "Tuan", kan.
Saya mengikuti rapat perjalanan ' Biduanda' ini, sememangnya dikelompok mereka terdapat berbagai isu dan tuntutan terutama jawatan ' Dato' Undang" itu sendiri, Sememangnya 'amanah ' ini sangat-sangat direbutkan diantara kelompok mereka, Ada diantaranya  masih lagi mempertikaikan ' Amanah' yang telah diserahkan kepada yang "Anugerahkan". Apa yang dipandang olih segelintir  masyarakat Biduanda itu adalah 'imbuhan' atau 'ganjaran' bagi yang menyandang 'pesaka', tetapi bolihkah seseorang itu 'memegang' amanah yang dipikul mengikut syariat.Tidak mengapa itu putaran atau sifat manusia seperti kata pepatah , "dikalangan manusia ada syaitan tetapi dikalangan syaitan terdapat malaikat tetapi semuanya akur dengan kehendak Allah SWT)
Memandangkan kitaran alam ini sudahpun sampai kekemuncaknya, setiap penjuru alam sudah digoncang, air laut membadai daratan tanpa ikhsan, serpihan bintang-bintang kecil mulai jatuh kebumi, gerhana bulan dan matahari menjadi kerap, bila dunia semakin kecil, waktu berlalu  terlalu cepat, bila harta dunia menjadi bandingan , bila pemimpin dipilih  daripada yang bukan hak, bilamana nama Allah dijual dengan harga murah ,bila lelaki menyintai lekali dan perempuan menyintai perempuan,bilamana manusia hilang pertimbangan, yang baik dikatakan buruk dan yang buruk dikatakan baik, bila mana fitnah diterima  benar  maka tunggulah harinya..ianya semakin hampir dengan kamu. Apabila tertungkupnya kegemilangan Islam dibumi Ambiak, maka apabila kegemilangan anak-anak Isreal di Raja kan maka akan tumbuh ' Permata Hitam" yang memancar di Timur Jauh dibumi jurai  Nabi Ibrahim iatu keturunan Katurah, maka berlaku pertembungan diantara yang benar dan yang batil . Keturunan yang akan menggunakan segala ilmu dunia dan Al Quran , menyeru se isi alam, yang nyata dan yang ghaib, yang diantaranya dengan tanda-tanda ditubuhnya .Ibarat lahirnya kedua jurai Nabi Adam, Habil dan Qabil.Begitu jugalah dengan akhiran ini dimana jurai keturunan Nabi Ibrahim iaitu jurai Siti Hajar ,  jurai  Siti Sarah dan jurai Katurah menentang Ad Dajjal Al masih..

Nantikan selanjutnya. Semoga Allah Merahmati kita

Ikhlas dari : Cahaya Al Majid











5 comments:

  1. Apakah bener Katurah itu dialah Isteri Ke3 kepada Nabi Ibrahim AS?
    Siapakah Pewaris Sah dari Nabi Ibrahim AS dgn isterinya yg Ke3 itu?
    Siapakah Nasab Terakhir dari Nabi Ibrahim AS dgn isterinya yg ke3 itu?

    "AlMahdi Sejati sentiasa memerhati - Zulkarnaen hanya mengkhabari.."

    ReplyDelete
  2. @ KETURAH DIDALAM GENESIS. SIAPA KETURUNAN SITI HAJAR? SIAPA KETURUNAN SITI SARAH DAN SIAPA KETURUNAN KATURAH? ISA AL MASIH DARI JURAI MANA? AL MAHADI DARI JURAI MANA? BANI TAMIM DARI JURAI MANA PULA? SIAPA MEREKA?? MACAMANA NAK TAHU??

    MACAMANA NAK TAHU..?? Oleh karna Alaf Baru / The 21st Century ini adalah zaman kebangkitan Imam Mahdi AS, maka buat masa ini ngak usah ambil tahu dulu kesah2 yg laen2 itu. Persoalan2 itu hanya akan menyimpang jauhkan lagi Dunia Islam dari destiny yg dituju. Paling wajib fahamkan dulu akan maksod satu Hadis Nabi SAW mengenai kedatangan Ratu Adil Sejati aka Imam AlMahdi...

    ALHADIS : "Jika sekiranya usia bumi ini hanya tinggal sehari lagi (akan kiamat), nescaya Allah akan bangkitkan saorang dari keturunan-ku (Ahlulbait dari Sulbinya Nabi) yg akan memenuhkan semula bumi ini dgn keadilan dan kemakmuran, sebageimana bumi sebelumnya telah dipenuhi dulu dgn kesesatan kekufuran dan kezaliman..."

    Maka yg dimaksodkan dgn salah saorang Keturunan Nabi SAW itu - dialah Ratu Adil Sejati aka Imam Mahdi AS, telah dibangkitkan ketika adunan susunan order dunia semesta sudah porak peranda keperingkat palng kritikel. Kapan disebut Ahlulbait dari Sulbinya Nabi, bermakna asal leluhur Imam Mahdi AS lahir dari sulbi Saka-Baka beneh Rasulullah SAW dgn Siti Khodijah itu sendiri. Dunia Islam telah disalahfahamkan kononnya Imam Mahdi AS lahir dari Nasab Tok Imam Ali dgn Siti Fatimah. Lantas Puak Syiah dan Sunni ASWJ fahamkan Imam Hassan AsSyariff dan Imam Sayyedina Hussein itu 2 cucu Nabi..

    IMAM SAYYEDINA HUSSEIN AS PUTRA KANDUNG NABI..?? Sebener2nya Imam Sayyedina Hussein AS itu bukan cucu Nabi tetapi adalah Putra anak kandongnya Atok Nabi SAW dgn Opah Siti Khodijah. Miracle : Sekira2 2 tahun 8 bulan lagi sebelum wafat berpulangnya Nabi SAW keHadrat Ilahi, wujudlah Sayyedina Hussein AS dari permintaan serta Mukjizat Terakhir Nabi. Apakah kalian takojod berok... ngak percaya dgn berita ini..?? Sabar pak ngak usah ribot2an.. Bangkitnya Imam Mahdi Sejati kekusutan bisa dijelasi. Utk elak keribotan sementara ini... katakan AlHussein itu "Anak Pintak Nabi". Bisa juga dia dibilangkan "Anak Mukjizat Nabi"...

    (Sedikit dari diary Khidir AS / Imam Mahdi AS / Zulqarnaen Prophecy...)

    ..... WALLAHU'ALEM ..... MOHON DIAMPON PAK & SALEM PERMISSI .....

    ReplyDelete
  3. @@@... Mengikut Genesis...,

    Jurai Keturah ini diberi mandat untuk menerajui Israel tetapi
    ditolak olih anak-anak Keturah sendiri dan membiarkan keturunan
    Nabi Ishak meneruskan legasi Nabi Ibrahim dipihak Israel sehingga
    lahirnya Nabi Isa a.s.

    Kesemua jurai ini dinobatkan sebagai keturunan pemerintah hanya
    Isa a.s yang berlainan. Ini adalah kerana Allah SWT menjadikan
    "NABI ISA AS DILAHIRKAN TANPA BAPA" atas kehendak Allah SWT
    sementara keturunan anakandanya dari Nabi Ismail menerajui Bumi
    Mekah sehingga lahirnya junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
    Begitulah benarnya janji Allah SWT terhadap Nabi Ibrahim.



    *** PERSOKOLANNYA : APAKAH BENER NABI ISA AS ITU SEBENER2
    NYA DIA DILAHIRKAN TANPA BAPA..??

    SEJARAH PENCIPTAAN MANUSIA BERMULA DARI NABI ADAM AS DGN ISTERI
    NYA SITI HAWA. MELALUI PROSES NGETOT.. BERTEROSAN ANTARA ADAM DGN
    HAWA.. HASILNYA BERMULA LAHIRNYA BERKEMBANG 22 PASANGAN ANAK2 ADAM
    ATO BANI ADAM. ITU SUDAH PROSES SUNAHTULLAH.... PROSES KEWUJUDAN
    KELAHIRAN PARA NABI DAN PARA RASOL KEDUNIA NYATA INI..

    TERMASUK JUGA ASAL USUL PROSES KEJADIAN LELAHIRAN NABI ISA AS...
    ADALAH MELALUI PROSES YG SAMA. BERMAKNA KESAH NABI ISA AS LAHIR
    KEDUNIA NGAK BERBAPA ITU HANYA NGOMONGAN DUSTA..

    SIAPAKAH SEBENER BAPA KANDONG KPD NABI ISA AS..?? KOQ HANYA PAK
    RIZAN CALON ISA KE2 ITU JUA YG BISA MENJAWAB..

    AMPON PAK... WALLAHU'ALEM.... WASSALAM.....

    ..i..

    ReplyDelete
  4. HAKEQAT 4 PROSES KEJADIAN KITA MANUSIA :

    {1} TIADA BAPAK TIADA IBU - INILAH ASAL KEJADIAN NABI ADAM AS.
    {2} ADA BAPAK TIADA IBU - INILAH ASAL KEJADIAN SITI HAWA..
    {3} TIADA BAPAK ADA IBU - INILAH ASAL KEJADIAN NABI ISA AS...
    {4} ADA BAPAK ADA IBU - INILAH ASAL KEJADIAN KITA MANUSIA BANI ADAM....

    PERSOK-OLANNYA :
    [1] YG TIADA BAPAK TIADA IBU ITU - JADI APA PADA KITA.?
    [2] YG ADA BAPAK TIADA IBU ITU - JADI APA PADA KITA..??
    [3] YG TIADA BAPAK ADA IBU ITU - JADI APA PADA KITA...???
    [4] YG ADA BAPAK ADA IBU ITU - LENGKAPLAH PROSES KEJADIAN MANUSIA....

    DARI KONSEP "TIADA TIADA", "ADA TIADA", TIADA ADA", "ADA ADA" ITU....
    MAKA BERHIMPUN 3 DLM 4 ITU - SEMPURNALAH ASAL KEJADIAN KITA MANUSIA....

    ReplyDelete
  5. SEDIKIT TEKA-TEKI ASAL KEJADIAN KITA BANI ADAM SEBAGAI MANUSIA.
    DARI AJARAN ALMARHOM TOK SYEIKH TONGKAT SAKTI.i. AMPUNYA BICARA.
    DILAHIRKAN SEBAGEI INSAN KAMIL KHALIFAH ALLAH DIBUMI MIM YG NYATA.
    MUKJIZAT NABI SAW AKHIR ZAMAN BANGKIT IM PENYELAMAT UMMAT SEMESTA.

    HARINI 2 SYAWAL UCAPAN SALAM AIDILFITRI SALAH SILAP MOHON MAAFI.
    LOMANG/RENDANG MASAKAN SITI/SYARIFAH MINANG KONYANG SONANG HATI.
    KPD PEWARIS2 IM MAKAM SYED ABDULMAJID DIBUMI REMBAU PASTI ZIARAHI.
    ATOK SYED IM PENYELAMAT UMMAH SENTIASA PERHATI SIAP SEDIA BERBAKTI...

    ReplyDelete