Tuesday 5 March 2013

BERITA GEMPAR NUR MISUARI 'MENIUP' GENDANG PERANG TERHADAP MALAYSIA :DANA NEGARA ISLAM TERHENTI : BANGSA MORO DAN SULU DICOP TERRORIST:

PENGAJARAN KEPADA BANGSA MORO DAN SULU : PENGHAPUSAN  KUMPULAN 'TERRORIST' INI AKAN MENGHANTUI SELURUH BANGSA ANDA. TUHAN BERI PILIHAN : TETAPI KEJAHATAN JUGA YANG DITAGIH



Assalammualaikum.

Sekalung tahniah diucapkan kepada ATM dan Polis kerena melancarkan tindak balas keatas 'penceroboh' yang mengaku " tentera Sultan Sulu'. Perlu diambil perhatian oleh pihak berkuasa atau MKN bahawa pendaratan 'pencerobohan' ini sudah menyusup masuk secara 'terangan' lebih kurang 3 minggu yang lalu. Perhatian serius perlu diberi kerana didalam jangka waktu 21 hari tersebut, kemungkinan 'kumpulan' ini telah berpecah dan berpindah ketempat tempat lain bagi mengatur 'strategi' seterusnya.  Perlu diingat kumpulan ini merupakan 'gerila' yang amat licik dengan teknik hutan belantara dan kemungkinan mereka 'berhijrah' ketempat disekitar 150km atau 200 km radius adalah tinggi.

Walaupun pengepungan dilakukan namun dengan bantuan 'suku sakat' rakyat tempatan memungkinkan mereka ini lolos ketempat lain. Kemungkinan ini tidak boleh dipandang ringan. Sebelum apa-apa keburukan menimpa lagi, dinasihatkan, pemeriksaan secara total terhadap orang tempat wajib dilakukan. Kemungkinan penyeludupan  atau pengedaran senjata dikalangan warga 'sulu' didaerah Sabah terutama kawasan berkaitan perlu diberi perhatian serius.

Walaupun setakat ini 'pengeboman' dilakukan disekitar kawasan yang dijangkakan, namun kehilangan 'nyawa' dipihak musuh masih lagi kecil  dan ini menandakan bahawa ada serpihan  kumpulan ' tentera sulu' ini sudah berada jauh dari kawasan sasaran 'tentera dan polis' kita. Rancangan 'luar jangkaan' perlu diadakan untuk mengelakkan kejadian yang lain. Pengelidahan dari rumah kerumah atau dari kampung kekampung perlu dilakukan, kerana, kemungkinan strategi 'penceroboh tentera sulu' ini, manggandaikan bahawa mereka sudah selamat dan menyamar sebagai rakyat tempatan akan mendatangkan kemudharatan kepada pasukan keselamatan kita.

Tetapi , inshaallah, dengan bantuan dan keyakinan serta doa seluruh rakyat Malaysia mudah-mudahan akan dapat melindungi pasukan kesalamatan disana. Perasaan kecurigaan 'pasti diutamakan' apabila berhadapan dengan rakyat tempatan kerana kita tidak dapat memastikan atau membezakan  siapa lawan dan siapa kawan kerana mereka adalah sama.
BAPAK  TERRORIST SULU 
                                            

Dengan pencerobohan yang dilakukan oleh mereka-mereka yang mendakwa 'tentera Sulu" ini akan mengakibatkan keseluruhan Bangsa Moro samaada Islam mahupun bukan Islam akan menerima tempias atau kesanya. Kalau sebelum ini banyak negara Islam menghulurkan dana dan bantuan kepada golongan ini untuk meingankan beban kehidupan mereka, tetapi kini, semua itu  bakal menjadi titek nokhta terhadap 'bantuan kemanusiaan' ini.


Rakyat Malaysia yang sentiasa perihatin dengan nasib kaum atau bangsa seagamanya di Sulu ataupun kepada Bangsa Moro ini, akan menghentikan sokongan moral dan bantuan-bantuan yang lain . Ini bukanlah kerana tidak 'bersimpati' dengan nasib dan kemiskinan ataupun tidak perihatin dengan 'kesusahan; mereka, tetapi disebabkan Pemimpin mereka yang ego dan 'bersifat besar diri' akan menyebabkan rakyat malaysia 'jauh hati' untuk meneruskan ' niat baik' ini. Kini tibalah masanya Bangsa Moro atau rakyat yang mengaku 'berajakan Sultan Sulu' akan menerima akibat dari perbuatan mereka sendiri. Sejauhmana mereka sanggup bermati-matian mempertahankan 'kesultanan yang mereka junjung' dan 'mengagungkan' Nur Misuari, akan dapat kita lihat didalam sedikit masa lagi. Pertelagahan, permusuhan, perpecahan dan berbuhuhan sesama sendiri akan berlaku apabila bantuan 'kewangan' atau 'keperluan barangan kehidupan' sudah mula sukar didapati.

Apabila bantuan kewangan dari kumpulan Islam dari serata dunia sudah mula berhenti disalur maka ketika itu bangsa Moro dan rakyat yang bersultankan Sulu ini 'mula; meratapi nasib masing-masing. Sama ada mereka boleh meneruskan cara hidup mereka seperti sekarang ,, hanya Allah SWT yang mengetahui. Perbuatan 'curang' yang ditonjolkan ' oleh 'kumpulan' ini akan menerima kesan yang panjang. Kalau  satu ketika dahulu mereka bebas memasuki perairan Malaysia tetapi selepas ini, kebaikan itu sudah tiada lagi. Kalau dahulu mereka bertindak seperti 'lanun' diperairan Sabah tetapi selepas ini 'kedatangan' mereka akan dihambat  dengan 'peluru'.


Kerajaan Filipina yang nampak 'berlembut' dengan kumpulan ini, akan mula mengatur  strategi, cara bagaiman menghapuskan 'saki baki' 'tentera yang mengaku tentera Sultan Sulu' ini.Sudah bertahun mereka menunggu peluang untuk menghapuskan ' gerakan militan'', ini tetapi kesempatan itu tidak hadir didepan mata. Kini bangsa Moro dan rakyat kesultanan Sulu serta kaum kerabat mereka yang berada dikepulauan-kepulauan berdekatan akan menjadi 'mangsa' Kerajaan Filipina. Kalau dahulu setidak-tidaknya mereka boleh 'menyusup' masuk kewilayah Sabah untuk perlindungan tetapi kini mereka telah mengistiharkan 'perang' keatas Malaysia, maka, kemana mereka akan pergi??. Hanya peluru dan bom menanti mereka. DiFilipina mereka akan dihambat oleh tentera Filipina dan diperairan Malaysia pula mereka akan dihambat  dengan bedilan tentera laut Malaysia.

                  BERITA TERKINI PENDIRIAN PERANG TERHADAP MALAYSIA



AMARAN MISUARI KEPADA MALAYSIA!!!



Pengerusi dan pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari memberi amaran kepada pihak berkuasa Malaysia supaya tidak membunuh para pengikut Sultan Jamalul Kiram III di Kampung Tanduo, Sabah, lapor portal berita ABS-CBNnews.com semalam.

Misuari turut menasihati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak mengapa-apakan adik Jamalul Kiram, Raja Muda Agbimuddin.

"Sejurus anda berbuat demikian ia sama dengan mengisytihar perang terhadap orang kami dan MNLF. Ia menjadi tugas untuk kami melindungi orang kami," katanya.





"Setiap titik darah mereka adalah suci buat kami,' tambah Misuari.

No comments:

Post a Comment