BARISAN MENUJU KEJAYAAN. KEGAGALAN PR 'MENGURUS PERASAAN RAKYAT ' KINI MEMAKAN DIRI SENDIRI. |
Kuasa pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional akan kepenghujung apabila sangkakala dibunyikan. Dengan pembubaran Parlimen yang akan dibuat berkemungkinan selepas Pertunjukan Lima maka berbondong-bondonglah 'fitnah' maki hamun' serta 'keaiban' diri seseorang akan ditelanjangkan secara khusus dan terperinci dikhalayak ramai untum dipertontonkan secara percuma. Pak Haji, Mak Aji, Anak Haji dan semua makhluk bernama manusia akan dijengah oleh ' kelompok-kelompok' ini untuk menjual 'minyak' , ada minyak panas dan ada minyak angin sejuk "berperisa 'mint', ada minyak kuat dan tak ketinggalan ' minyak ikut cakap' atau 'senyonyong'. Semuanya bakal disuakan kepada masyarakat Malaysia mengikut bangsa , keturunan serta kepercayaan.
Mengimbau kembali kehilangan 2/3 kuasa Barisan Nasional pada PRU 12 dahulu, sememangnya telah menyakinkan banyak pihak bahawa Barisan Nasional akan kepenghujung kuasa. Berbagai-bagai persepsi dan andaian telah dibuat sehinggakan ' segelintir' Pemimpin BN 'bergegar keimanan' nya apabila dikatakan mendapat tawaran terutama dari Anwar Ibrahim untuk 'manusia lemah iman' ini untuk menyebrangi 'titi kayu' untuk bersama-sama Pembangkang. Kegusaran serta kekuatiran yang menerobos jiwa Barisan Nasional amat ketara namun untuk itu satu gerakan 'mengoncang UMNO' dilakukan oleh 'strategis' atau 'pemeganag cop mohor' maka berlakulah 'kegoncangan' .
KALAU HIDUP SELALU 'MENUNGGANG' KEPADA KEPALSUAN PASTI BERBAGAI DUGAAN AKAN DITURUNKAN JANGAN SAMPAI KITA DIDUGA DENGAN YANG KITA SAYANGI.. |
Apa yang dapat kita lihat, didalam permainan ini Parti Pembangkang gagal memenafaatkan 'peluang' yang dimiliki. Kegagalan didalam mentadbir serta 'menjaga' hati rakyat amat ketara dipihak pembangkang. Kelemahan ini telah menjadi ' duri dalam daging' pula kepada pembangkang dan sehingga kini 'kepercayaan' yang diberikan mula dipersoalkan dan menjadi pertikaian dan kewibawaanya disangsikan oleh rakyat.
DISEBABKAN TERMAKAN 'SUMPAH' , TUHAN KAU PUN TAK RESTU PERBUATAN INI. MATI DAH..... HAI BALA.....KEBENARAN AKAN DATANG JUMPA KAU DALAM KUBUR. |
Apa yang dapat diperhalusi kini, PKR, PAS dan DAP masing masing menghadpi masaalah dalaman. Permasaalahan yang dialami dibentangkan dihadapan 'rakyat'. Rakyat mula tersedar akan 'kekhilafan' yang dilakukan namun ' keadaan' itu masih lagi belum pulih . Saat tunggu dan lihat bermain dikalangan 'ahli-ahli'. Kesempatan untuk 'memusing' dan 'mengolah' tampaknya belum ' menjadi dan terkini 'senjata' yang digunakan untuk menghapuskan kuasa UMNO telah memakan diri mereka sendiri.
Isu Lanad Datu yang sememangnya 'nyata dan real' telah digambarkan sebagai 'sandiwara'. Ketololan serta kebengapan pemimpin pembangkang terutama PKR yang menyatakan ;isu lahad datu' adalah 'sandiwara' UMNO telah membangkitkan semangat orang Melayu untuk menentang pembangkang terutama PKR dan PAS.. Mengusik hati dan jiwa serta menguris perasaan anggota keselamatan negara terutama Angkatan Tentera mahupun Polis yang rata-rata orang terdiri dari anak Melayu yang menggadaikan nyawa diLahad Datu telah memberi satu 'impak' yang besar kesannya kepada Pembangkang. Keceluparan 'kata-kata' serta 'kata penghinaan' terhadap anggota bersenjata telah membangkitakan satu "gelombang' baru dipersada politik. Dengan gugurnya bebarapa 'wira' di Lahad Datu menambahkan lagi kemarahan orang Melayu kepada Parti Pembangkang , ini adalah kerana pembangkang seolah-olah tidak bersimpati dengan 'nasib' yang menimpa anggota keselamatan di Lahad Datu.
Kesunyian pembangkang didalam memperjuangkan 'keselamatan Rakyat' , terutama DAP PKR dan PAS didalam 'menentukan' keamanan Negara dan nyawa anggota keselamatan, telah menyebabkan rakyat 'menilai' 'keikhlasan' pembangkang didalam memperjuangkan 'kestabilan serta keharmonian'. Kegagalan pembangkang 'mengutuk' penceroboh serta kegagalan 'memberi semangat' kepada anggota keselamatan negara, membuatkan 'kedudukan' mereka berada dibelakang Parti Pemerintah. Kini parti pemerintah mendahului parti pembangkang dengan 'skala' yang besar dan jurang diantara mereka amat jauh . Walaupun pada satu ketika, keadaan pembangkang boleh dikata setara dengan pemerintah tetapi dengan 'kegagalan' pembangkang mencuri hati rakyat terutama orang Melayu terhadap isu Lahad Datu , telah menyebabkan pembangkang tercicir jauh. Jangkaan untuk Pemerintah mendapat 'kelebihan' atau melimpasi 2/3 adalah mudah.
Diawal permainan ini, kemungkinan parti pemerintah untuk berkuasa dengan majoriti selesa amat diragukan oleh rakyat , tetapi 'perancangan Allah SWT'" mengizinkan 'ketentuan Lahad Datu' telah mencorakan perjalanan yang 'baik' buat Parti Pemerintah. Perancangan dan bantuan Allah SWT sekali lagi telah menyelamatkan UMNO serta pimpinan parti komponen yang lain untuk terus berkuasa menjadi amat jelas. Diharap kali ini, UMNO akan lebih berhati-hati didalam 'pemerintahan' dan UMNO harus ingat akan 'sumpah dan janji' nya kepada Agama, Bangsa dan negara.
Ikhlas dari : Cahaya Al Majid
Aminnnn
ReplyDeleteAlhamdullilah313 AMinnnn99...Allah Maha Perancang
ReplyDeletehai....kembAli ke landasan demokrasi...nampak adA KESUNGGUHAN.....ADA TIKA ALAT ZIONIST NAMPAK INDAH...MOGA MATA Hati terbuka semula.......
ReplyDeletetiada siapa tahu perancangan ALLAH SWT. kENAPA ALLAH 'BENTANGKAN' SIMPATI KEPADA UMNO MELALUI 'LAHAD DATU'.
ReplyDelete