Saturday, 16 March 2013

ABBY ABADI DAN CHE' GU BARD MERATAPI KEMATIAN BALA?? BOLEHLAH BUAT KENDURI TAHLIL UNTUK BALA.

ATAU MUNGKIN ABBY BOLEH SEDEKAHKAN AL FATIHAH UNTUK  PI BALA AGAR BALA TENANG DIPEMBARINGAN

Assalammualaikum.

Malas nak ulas panjang panjang 'mentaliti' bekas pelakon ini yang  terlalu kerap 'melontarkan' ungkapan yang setara dan setaraf murid sekolah rendah. ' Disebabkan jodoh, pertemuan, ajal dan maut adalah kententuan Tuhan yang di'persoalkan' 'asbab'nya  maka terpanggil  saya untuk menulis mengenai 'Ostazah' ini.


                                  

Mungkin disebabkan terlalu 'obses' dengan 'fahaman' yang menyongsang maka topik' PI Bala" yang mati menjadi 'pertikaian' oleh Abby.  Untuk menenangkan Abby, saya sarankan agar beliau 'mengadakan' majlis 'tahlil' untuk Bala dikediamannya, sebagai  menandakan "kasih serta simpatinya"  kepada Bala sebagai seorang 'manusia'.

Tetapi sekiranya Abby Abadi amat bersimpati dengan nasib keluarga anggota keselalamatan yang gugur diLahad Datu serta mengadakan ' solat munajat' untuk 'para syahid', maka,itu adalah lagi baik untuk dirinya.

                      ATAS SIFAT BERPRASANGKA BURUK BEGINILAH JADINYA

BEGINILAH TIDAK BERIMANNYA SESEORANG YANG MEMPERTIKAIAN 'ASBAB' KEMATIAN SESEORANG DITAMBAH PULA DENGAN FITNAH ' SIHIR' SERTA ' SEMBAHYANG HAJAT'. 

      ATAS KATEGORI APA HENDAK DITAKRIFKAN MANUSIA JENIS INI

                                    


                       POST YANG DIAMBIL DARI : SUARA PAKATAN RAKYAT
ATAS TUDUHAN :           Puaka Rosmah Punca Bala Mati


PENYIASAT persendirian P Balasubramaniam dikhabarkan sebentar tadi telah meninggal dunia akibat serangan jantung semasa dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh. Laman ini difahamkan, turut bersama-sama dengan beliau semasa kejadian ialah Ahli Parlimen Subang R Sivarasa dan Chegubard.

Beberapa hari sebelum ini, Bala telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Subang Jaya kerana masalah jantung tetapi telah keluar tidak berapa lama selepas itu setelah doktor yakin dengan keadaan kesihatannya.

Laman ini yakin, walaupun sakit jantung dipercayai sebagai punca kematian Bala, tapi ia tetap menimbukan persoalan dikalangan rakyat Malaysia berikutan status Bala sebagai orang yang paling aktif terlibat dalam pembongkaran misteri pembunuhan model Mongolia, Altantunya Sharibuu pada 2006 yang turut membabitkan nama-nama besar dalam politik negara kita.
(Orang beriman tidak akan sekali-kali mempertikaian ' asbab' kematian, semuanya adalah ketentuan Tuhan, tetapi , ;penulis laman ini, mempertikaikan 'kuasa Allah SWT.

Apatah lagi sebelum ini, Chegubard pernah mendakwa Bala disihir pihak-pihak tertentu yang tidak senang dengan kepulangannya dari India setelah beberapa tahun menghilangkan diri. Kenyataan itu dibuat beliau ketika Bala dimasukkan ke hospital buat kali pertama pada 10 Mac yang lepas. Bala bagaimanapun menafikan beliau dimasukkan ke hospital kerana disihir, sebaliknya kerana masalah jantung.

Bagaimanapun, dengan kematian mengejut Bala hari ini, laman ini merasakan teori bahawa Bala disantau atau disihir itu perlu diperhalusi semula. Rakyat jangan lupa, ahli perniagaan Deepak Jaikirshan sebelum ini pernah menulis di dalam buku ‘Black Rose’ bahawa isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansur memang terlibat dengan perkara-perkara melibatkan sihir dan ilmu hitam sebelum ini.

Perkara ini tidak pernah diberi perhatian oleh sesiapa sebelum ini kerana faktor seperti tidak masuk akal dan sebagainya, tapi selepas kematian mengejut Bala sebentar tadi, laman ini yakin Rosmah dan puakanya memang ada peranan dimana-mana sehingga menyebabkan kematian Bala. Perlu juga diingat, kelmarin, Rosmah turut mengadakan upacara sembahyang hajat, kononnya untuk mendoakan keselamatan anggota tentera di Sabah.

( Kalau Rosmah dah terlalu hebat didalam ilmu sihir, lebih baik disihirkan Anwar daripada Bala, apa punya bengap penulis ini.)

Mungkinkah Rosmah bukan sahaja mendoakan keselamatan askar tetapi turut mengambil kesempatan dengan meminta kematian Bala? Ini satu kemungkinan yang tidak boleh ditolak begitu sahaja,

(Kalau dengan sembanyang hajat  dan doa Rosmah sudah boleh membunuh Bala, tidak perlulah Najib mengarahkan tentera kita menghapuskan penceroboh di Lahad Datu ) 
Pakatan Rakyat perlu pro aktif dalam mencari punca sebenar kematian Bala. Laman ini yakin Bala tidak mati begitu sahaja tapi ada punca dan sebab-sebab tertentu, sama ada halus ataupun kasar.

Dengan kematian Bala, Malaysia sebenarnya kehilangan seorang hero yang berani mempertaruhkan keselamatan dirinya sendiri demi satu kebenaran. Satu penghormatan negara perlu diberikan kepada Bala atas jasa-jasanya yang tidak ternilai.
(Kalau benar Bala sebagai pejuang yang 'ingin' meneggakkan kebenaran, kenapa perlu ,lari' dan sembunyikan diri??
   
Inilah rupanya 'otak' manusia yang bercampur-gaul dengan 'syaitan' . Mungkin syaitan' baik' sikit dari penulis ruangan ini.

                                                Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid 



2 comments:

  1. APA MOTIF 2 Org yg tlh didapati bersalah membunuh altantuya tue.....sgt2 nakkan jawapan...lama dah...

    ReplyDelete
  2. Biarkan Mahkamah menentukan. Kes belum selesai lagi.

    ReplyDelete