Saturday, 16 March 2013

MIMPI PAS GANTI UMNO?? : INILAH DIA APABILA KATA-KATA MENDAHULUI PERBUATAN

NASIB DAN NYAWA  10 ANGGOTA  KESELAMATAN YANG GUGUR GAGAL KAU BELA INIKAN PULA NASIB MELAYU  DAN ISLAM  SEMALAYSIA.  SIMPATI PUN TAK KAU BERI  INIKAN  PULA  UNDI  YANG KAU TAGIH. NASIB RAKYAT TIDAK KAU PEDULIKAN TETAPI  PUTRAJAYA  YANG KAU IDAMKAN. 
Assalammualaikum

Mengimbau kembali 'trajedi hitam' yang melanda negara apabila 10 orang anggota keselamatan kita gugur diperbatasan, namun, tiada sepatah kata atau 'laungan seruan' untuk mengajak rakyat Malaysia terutama orang - orang Pas untuk sama-sama bersolat 'hajat' atau ' mengutuk kekejaman perlakuan' puak penceroboh terhadap kezaliman yang dilakukan  terhadap anggota keselamatan Malaysia. Tanpa  rasa simpati, tiada rasa belas tetapi 'bersengkokol' dengan Tian Chua  dan 'bersetuju' bersama  mengatakan bahawa ' isu Lahad Datu' adalah ' sandiwara Kerajaan Umno'. Beginilah 'bingai' dan 'tolol' nya puak yang mengaku  Islam dan Melayu . Dan terkini bercita-cita pula untuk menggantikan UMNO dipersada pemerintahan. Islam dan Melayu bagaimana yang ingin di'persembahkan atau ditonjolkan ' kepada rakyat Malaysia?.

Karpal Singh yang 'kafir' itu juga berani tampil 'mengatakan sokongan' terhadap tindakan 'Pihak Keselamatan' didalam mempertahankan Negara , tetapi kenapa   PAS tidak berani ,. kenapa???. Adakah kerana PAS terlebih  dahulu terpaksa mendapat 'kebenaran lampu hijau ' DAP untuk membuat ketetapan seperti yang berlaku terhadap " isu kalimah Allah".

"Sedih , terkilan  dan malu apabila Melayu mempunyai 'parti' yang mendakwa Islam sebagai wadah perjuangannya  tetapi  pada hakikatnya  "Islam' yang tonjolkan  semata-mata untuk kepentingan diri sendiri serta mengejar kuasa.". Apa yang tersirat dan terbuku dihati ialah ' iri hati' dan 'hasad dengki' dengan kejayaan yang dibawa oleh  parti pemerintah. Politik terkini yang ditanam dan disemai oleh PAS  hanyalah 'fitnah' dan 'membenci' disertakan dengan 'kata kejian' dan 'umpatan' ditambah dengan kata-kata 'penghinaan'.

Kini jangkahayat PAS sudah sampai dipenghujung, oleh itu bersedialah untuk mengosongkan "kerusi empok" serta 'tergugurnya perkataan 'Yang Berhormat"  serta 'Ulama" yang diagung-agung oleh 'diri' yang 'riak' . Bersedialah untuk menerima 'keceman' serta ' penghinaan' dari rakyat jelata. '
                                   " Apa yang anda beri itulah yang anda dapat"

    DISEBABKAN TERLALU MENGEJAR KE PUTRAJAYA NYAWA 10 ORANG SYAHID         
                                               DIABAI TANPA PEMBELAAN DARI  PAS
                                          

                                               Pas Mahu Bertanding 76 Kerusi Parlimen

KUALA TERENGGANU  - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan parti itu akan bertanding 76 daripada 222 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Katanya, langkah itu bagi memperlihatkan Pas sebagai tulang belakang kepada pakatan pembangkang apabila dua lagi parti bertanding dengan jumlah kerusi lebih kecil.

Abdul Hadi berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan kemampuan parti berkenaan yang merupakan parti teras orang Melayu Islam untuk menggantikan UMNO

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Khas PRU-13 di perkarangan Pasar Cabang Tiga dekat sini kelmarin.

Pada PRU-12, Pas bertanding 66 kerusi Parlimen dan memenangi 23 daripadanya, lebih kecil berbanding DAP dan PKR yang masing-masing bertanding 47 dan 97 kerusi di mana DAP menang 28 kerusi dan PKR 31 kerusi.

“Kita (Pas) akan bertanding sekurang-kurangnya 76 kerusi Parlimen dan mungkin ada lagi kerusi lain jika rakan-rakan kita (PKR dan DAP) beri lagi kerusi kepada kita untuk bertanding,” katanya.

Beliau berkata, DAP berkemungkinan akan bertanding hanya 50 hingga 60 kerusi dan sekali pun menang semua kerusi masih tidak boleh memerintah negara.

Malah Abdul Hadi turut mendakwa, penyokong bukan Melayu boleh menyokong parti itu seperti mana yang berlaku pada pilihan raya umum lalu di mana bukan Melayu sokong Pas dan PKR.

“Kita yakin keadaan itu boleh berlaku lagi dan pengundi bukan Melayu boleh sokong kita pada PRU ini,” jelasnya. – UTUSAN

                                                      Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment