Thursday 10 October 2013

THE PROMISED LAND : KEDATANGAN

BUMI MANA BAKAL 'MENYERLAH' 


Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Kerahmatan dan keberkatan juga dipohonkan kehadrat Illahi agar  mereka yang sabar menunggu 'kehadiran"Al Masih' dilindungi Allah SWT selalu dan dijauhkan 'kekhilafan' diri .

Ramai cerdik pandai dan ulama besar dunia yang dari berbagai fahaman samada golongan Sunnah mahupun Syiah  menganggap bahawa Isa Putera Mariam telah wafat iaitu ketika baginda diangkat'. Maksud  'diangkat' itu telah diertikan sebagai 'wafat' olih segelintir ulama mahupun pengkaji agama. Begitu juga dengan 'kefahaman Kristian' yang 'mengaku' dan 'membenarkan' bahawa Isa Putera Mariam sudah 'wafat' ketika baginda "didakwa' disalib.

Memandangkan terdapat banyak 'andaian' dari kelompok ini maka secara 'batin'nya Baginda telah pun 'wafat' pada pandangan mereka..biarkan..namun didalam Al Quran,  Allah SWT secara terangan  berfirman menafikan 'kewafatan' baginda seperti yang didalam Surah An Nisa ayat 157. Perhatikan dan fahamkan pengertian Firman dibawah ini:-

                                                              Surah An Nisa
Demikian juga (Kami laknatkan mereka) dengan sebab kekufuran mereka dan tuduhan mereka terhadap Maryam (dengan tuduhan yang amat dustanya.)
(An-Nisaa' 4:156) |

Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.

(An-Nisaa' 4:157) |

Tetapi Allah telah mengangkatnya kepada  Allah Maha Perkasa  lagi Maha Bijaksana.

(An-Nisaa' 4:158) |

 Diatas keterlanjuran perbuatan bangsa Yahudi maka Allah SWT telah melaknat seluruh kaum ini seadanya dan 'menetapkan' bahawa tiada seorang pun dari Ahli Kitab yang beriman kepada Nabi Isa melainkan mereka yang yang hadir sebelum kewafatannya .

Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan ia akan beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan pada hari kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka.
(An-Nisaa' 4:159) |

Maka disebabkan kezaliman yang amat besar dari perbuatan orang-orang Yahudi, Kami haramkan atas mereka makanan yang baik-baik yang pernah dihalalkan bagi mereka, dan disebabkan mereka banyak menghalang manusia dari jalan Allah.
(An-Nisaa' 4:160) | 

Bilakah akan berlakunya kewafatan baginda?

Baginda  perlu 'menghadirkan' diri dibumi nyata untuk menyelesaikan 'perkara tertangguh' iaitu untuk menghapuskan " Samiri Ad Dajjal Al Masih" serta  'menyelesaikan' permasaalahan 'Yaajuj dan Maajuj seperti yang diFirmankan didalam surah Al Anbiyaa .

Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.

(Al-Anbiyaa' 21:96) 

Dan hampirlah datangnya janji hari kiamat yang benar, maka dengan serta-merta pandangan mata orang-orang yang kufur ingkar terbeliak (sambil berkata dengan cemas): "Aduhai celakanya Kami. Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami daripada memikirkan perkara ini, bahkan kami telah menjadi orang-orang yang menganiaya diri sendiri".


(Al-Anbiyaa' 21:97

Melalui Firman diatas mempastikan  kedatangan yang ditunggu-tunggu  .

Benarkah 'kedatangan' yang ditunggu akan berlalu di bumi Melayu ??

                                                            ....bersambung.....
                                                  ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

1 comment:

  1. @ Thursday, 10 October 2013
    THE PROMISED LAND : KEDATANGAN
    BUMI MANA BAKAL 'MENYERLAH'..??

    *** KEDATANGAN MEREKA SETELAH 88 TAHUN WAFATNYA RASULULLAH.
    SEJARAH HIJRAH PUTRA AHLULBAIT WALI 7 DARI BUMI MIM AWAL MEKAH.
    BERMULA KESUNDA BERTAPAK SEMENTARA SEBARKAN ISLAM BERDAKWAH.
    AKHIRNYA 3 INDONESIA 2 TANAH MELAYU 2 KECHINA MEREKA BERPECAH.
    DISITU DESTINASI KEATAS MEREKA 7 BERADIK YG DITAQDIRKAN ALLAH...

    DARI SUNDA KEBUMI MIM TANAH MINANG BENEHNYA MULA BERCAMBAH.
    DARI SANG SAKA MERAH PUTEH SORANG KEBUMI MIM "N9" DIA BERPINDAH.
    DARI ADI PUTRA LAHIR SYED ABDULMAJID DIREMBAU MEMULAKAN SEJARAH.
    DARI SYED ABDULMAJID LAHIR PULA TOK TAMBAK KESAH MEREKA TERPISAH.
    DARI TOK TAMBAK DIBUMI MIM "N8" DIA TERSEMBUNYI BAKAL MENYERLAH...

    MAHDI BERKALI2 KETANAH MINANG & KEREMBAU N9 MENGESAN SEJARAH.
    DARI 2 BUMI MIM "N9" DGN "N8" MENYERLAH SEDANG MENGUKIR SEJARAH.
    DARI MIM "N8" DIA SEDANG ATURKAN LANGKAH KEBUMI MIM AKHIR MEKAH.
    THEY ARE STILL AT WORKS & THEIR FINAL JOURNEY IS TO MECCA MADINAH.
    THE END-TIME PROPHECY THEY WILL BE EMERGING VERY SOON BIIZNILLAH...

    ALLAHU'ALEM... SALAM PAK MOHON IZIN NUMPANG LALU JANGAN MARAH...

    ReplyDelete