Wednesday 9 October 2013

THE PROMISED LAND : MENCARI PERMATA DALAM PERMATA

ANGKA DAN WATAK YANG DITUNGGU

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Keberkatan juga dipohonkan ke hadrat Allah SWT semoga semua yang  membaca dan mengikuti 'topik' yang saya perbincangkan diberkati Allah SWT dan semoga  saudara serta  seluruh keluarga saudara dilindungi Allah SWT hendaknya. Semoga apa yang dipaparkan dapat dijadikan panduan didalam melayari kehidupan yang semakin 'mencabar' keimanan dan kesabaran diatas  perlakuan manusia-manusia yang secara tidak sengaja 'tercalon' bagi membarisi tentera Samiri Ad Dajjal.

Berbaris penduduk bersalur dari jurai Arab mengharapkan bahawa 'watak' yang dinanti adalah dari bangsa mereka seperti yang diriwayatkan olih Rasullulah. yang diberikan gelaran 'Al Mahadi" . Belum pernah terjadi  dalam  sejarah Nabi dan Rasul yang mereka didatangkan dengan 'pembantu' yang setara ' kehebatan nabi' kecuali Nabi Musa iaitu Nabi Harun. Tetapi pengkisahan Nabi Musa amat berlainan dengan perjalanan 'watak' yang terakhir ini.

Penceritaan yang dengan sengaja dibuat diatas 'suruhan' Allah SWT sebenarnmya ingin menguji sejauhmana 'ketajaman 'ilmu seseorang' didalam menterjemahkan 'apa yang sebenar dan yang ingin disampaikan .Kalau kita mengimbas kembali Firman Allah tatkala Nabi Musa bertemu  Samiri  :-
                                            Surah Taha Ayat 95-97
95. Berkata Musa: “Apakah yang mendorongmu (berbuat demikian) hai Samiri?”

96. Samiri menjawab: “Aku mengetahui sesuatu yang mereka tidak mengetahuinya, maka aku ambil segenggam dari jejak rasul lalu aku melemparkannya, dan demikianlah nafsuku membujukku.

  (Siapa kah  Rasul yang dimaksudkan dan bekas tapak Rasul mana kah yang diambil yang membolihkan Samiri menghidupkan 'Lembu dan berkata-kata mengikut kehendak nafsunya)

97. Berkata Musa: “Pergilah kamu, maka sesungguhnya bagimu di dalam kehidupan di dunia ini (hanya dapat) mengatakan: “Janganlah menyentuh (aku)”. Dan sesungguhnya bagimu hukuman (di akhirat) yang kamu sekali-kali tidak dapat menghindarinya, dan lihatlah tuhanmu itu yang kamu tetap menyembahnya. Sesungguhnya kami akan membakarnya, kemudian kami sungguh-sungguh akan menghamburkannya ke dalam laut (berupa abu yang berserakan).
  
Persoalanya siapakah yang memegang watak ini, apahkah kehebatan watak ini, apa kelebihan watak ini  dan apa kaitannya dengan 'pertembungan" diakhir zaman" semua ini tidak terjawap sehinggalah   Rasullulah s.a.w "menceritakan' watak tersebut tetapi nama  yang disebut  Rasullulah s.a.w ialah Dajjal dan bukan Samiri seperti yang difirman Allah. Kenapa? Apa benarkah watak ini menjurus kepada 'makhluk yang sama'? Berbagai andaian dibuat namun tiada satupun  'kesahihan"  yang dapat di buktikan.

Kenapa saya kata begitu?

Dengan kehebatan bolih mengenali 'Rasul' yang di 'maksudkan' olih Samiri  serta dengan kekuatan 'nafsu'nya  saja Samiri bolih menghidupkan "berhala berbentuk lembu' untuk berkata-kata. Adakah ini dikategorikan  sebagai 'mukjizat atau 'sihir'. Tetapi 'mukjizat' hanya diberikan kepada 'hamba allah" yang bertaraf Nabi atau Rasul saja. Olih itu 'Siapa' Samiri??

Kehebatan yang setara dengan Samiri berhubung 'kepandaian dan kelebihan ' menghidupkan 'sesuatu' hanyalah   Nabi Isa a.s Putera Mariam.

                                                     Surah Ali Imran ayat 49
. "Aku datang kepadamu dengan sebuah tanda (mukjizat) dari Tuhanmu, yaitu aku membuatkan bagimu (sesuatu) dari tanah berbentuk seperti burung, lalu aku meniupnya, maka ia menjadi seekor burung dengan izin Allah. Dan aku menyembuhkan orang buta sejak lahir dan orang yang berpenyakit kusta. Dan aku menghidupkan orang mati dengan izin Allah, dan aku beritakan kepadamu apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumahmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat suatu tanda (kebenaran kerasulanku) bagimu, jika kamu orang beriman." 

Sesungguhnya pencarian watak yang dinanti bukan saja ditunggu atau dicari olih umat Islam. Namun  Nasrani mahupun  Yahudi  serta  Samiri juga 'menunggu' kemunculan watak ini. Yahudi menunggu kerana menjangkakan 'watak' tersebut akan 'menyelamatkan bangsa mereka dan menobatkan bangsa mereka melebihi umat lain, Kristian pula menunggu kerana beranggapan bahawa 'watak' ini akan membenarkan kata-kata agama mereka dan umat Islam pula menunggu sebagai 'penyelamat' atau untuk 'mengajar ajaran sebenar Rasullulah' sementara Samiri pula menantikan untuk  menutup 'fitrah dunia' seperti yang dijanjikan Allah SWT.
Olih itu setiap umat mempunyai ajenda mereka'.

Untuk mencapai cita-cita kearah yang diajendakan maka berlakulah bermacam-macm andaian dan kebarangkalian yang dicipta semata-mata untuk 'memenuhi' impian mereka-mereka yang 'terkhilaf' tentang ajaran sebenar  kitab kitab Allah SWT. Tetapi yang paling nyata ialah 'kehebatan' persediaan permainan Samiri didalam 'pencarian' mencari 'watak yang ditunggu'. Berbagai 'strategi' digunakan sehinggakan dibumi Rasullulah s.a.w dilahirkan juga berjaya dikuasai melalui 'nikmat dunia"

Sepekara yang perlu kita 'tahu' setiap Nabi dan Rasul  sebelum ini bukanlah didatangkan daripada keluarga yang 'ternama' dan 'berkuasa' atau kaya raya tetapi didatangkan  dari keluarga yang 'biasa'. Untuk itu 'pengulangan sejarah yang serupa juga akan berlaku terhadap 'watak' ini kerana sekiranya keluarga yang 'ternama' atau 'yang 'berpengaruh' semestinya mudah  untuk dijejaki atau  dikenalpasti olih 'musuh' . Muslihat inilah dinamakan ' yang dilindungi".

Untuk itu pencarian 'watak' ini adalah 'terselindung' seperti berada disebalik tabir. Jejak utama yang perlu diberikan perhatian ialah 'keturunan'. Hanya melalui keturunan, manusia dapat menjejaki susur galur 'darah'nya. Akan tetapi 'untuk' watak yang dinanti' semestinya berpunca daripada jurai Nabi Ibrahim.  Rasullulah s..a.w .dari keturunan Ismail beribukan Siti Hajar , Bani Israel dari Ishak beribukan Siti Sarah dan "watak yang ditunggu" dari keturunan yang beribukan "Khaturah" dan berbapakan Ibrahim.

Tidakkah keluarga Ibrahim diberikan kerahmatan olih Allah SWT selagi ada umat Islam
bersujud menghadapNya.
              
"Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa 'alaa aali Muhammad kamaa shollaita 'alaa ibroohiim wa 'alaa aali ibroohiim innaka hamiidum majiid, Allaahumma baarik 'alaa Muhammad wa 'alaa aali Muhammad kamaa baarokta 'alaa ibroohiim wa 'alaa aali ibroohiim innaka hamiidum majiid."


"Ya Allah berilah shalawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah bershalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, Berkahilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkahi Ibrahim dan keluarga Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia."

Olih itu kerahmatan  terhadap jurai keluarga Ibrahim akan terpelihara sepertimana Allah SWT berselawat kepada Ibrahim dan keluarganya. Tidakkah ini meliputi semua 'termasuk' keturunan Bani Istael? 

Dimanakah 'keturunan' ini?  Pengkhususan untuk mencari watak ini semestinya melalui 'angka' atau 'nombor', kenapa ? Allah SWT menentapkan' sesuatau kejadian melalui 'angka' atau 'nombor'..nantikan...

                                              Siapa yang dinanti? Al Mahadi ?

                                                        ....bersambung....

                                                ikhlas dari : Cahaya Al Majid



No comments:

Post a Comment