Tuesday 8 October 2013

THE PROMISED LAND : TIPU DAYA DAN PERANCANGAN

PERANCANGAN YANG DIHALALKAN


                                                     Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

                                                       وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ 
                 “Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH                                                                                                sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)”   
           
Ayat ini merupakan rentetan dari kisah Nabi Isa a.s ketika mana menyeru kaumnya kepada agama  Allah SWT dan ayat ini juga merupakan ancaman kepada orang kafir atau mereka  yang tidak mahu beriman.

Sebelum saya meneruskan  pendedahan seterusnya diharap para  pembaca terlebih dahulu diharap dapat  memahami Firman Allah yang tercatit didalam Al Quran seperti yang dicatitkan  dibawah ini:-

Tanda-tanda Kiamat mengikut Al Quran :-


Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali 
(Al-Anbiyaa' 21:95) | <


(Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.
(Al-Anbiyaa' 21:96) 

Dan hampirlah datangnya janji hari kiamat yang benar, maka dengan serta-merta pandangan mata orang-orang yang kufur ingkar terbeliak (sambil berkata dengan cemas): "Aduhai celakanya Kami. Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami daripada memikirkan perkara ini, bahkan kami telah menjadi orang-orang yang menganiaya diri sendiri".
(Al-Anbiyaa' 21:97

surah Al-A'raf ayat 187. "Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kiamat, bilakah terjadinya? Katakanlah sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat hanya ada pada sisi Tuhanku. Tiada seorang pun yang mengetahui kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. "

Kejadian terjadinya Kiamat mengikut Al Quran
Firman Allah S.W.T:

“ Dan (ingatkanlah) hari di tiup sangkakala, lalu terkejutlah (gerun gementar) makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali mereka yang dikehendaki Allah dan kesemuanya akan datang kepadaNya dengan keadaan tunduk patuh. (Surah an-Naml : 87) ”
Firman Allah S.W.T:
“ Kemudian (ketahuilah bahawa) apabila ditiup Sangkakala dengan sekali tiup- Dan bumi serta gunung-ganang diangkat (dari tempatnya) lalu dihancurkan keduanya dengan sekali hancur, - Maka pada saat itu berlakulah hari kiamat, - Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput (dan runtuh)," (Surah Al-Haqqah : 13-17) ”
Firman Allah S.W.T:
“ Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya); kemudian ditiup sangkakala sekali lagi, maka dengan serta-merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-masing). (Surah az-Zumar : 68) ”
Firman Allah S.W.T:

“ Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya. (Surah Yassin : 51)

Selain dari tanda besar yang nyata yang telah diFirmankan  Allah  SWT didalam Al Quran berhubung bermulanya proses kiamat hanya hadith-hadith dari Rasullulh saja yang menjadi turutan . Hadith yang paling 'besar' ialah berhubung kedatangan Al Mahadi yang amat dinanti-nantikan.

Hadith hadith :- 
  “Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Dan apabila kezaliman serta kesemena-menaan itu telah penuh, maka Allah s.w.t. akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapaknya seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah). Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezhaliman dan kesemena-menaan. Di waktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman-tanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun, atau 8 tahun, atau 9 tahun.” (HR. Thabrani)

 “Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya. Dan ia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.” (HR. Muslim dan Ahmad)

 “Al-Mahdi berasal dari umatku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung. Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran
 “Al-Mahdi berasal dari umatku, dari keturunan anak cucuku.”

Persoalan :-


 Apa benarkah Rasullulah s.a.w akan membicara atau 'membuka  'ransia' tentang kedatangan watak ini tanpa berselindung? Tidakkah dengan 'membuka rahsia' ini akan memudahkan musuh Islam mengenal pasti watak tersebut.

. “Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun” (HR Ibnu Majah)

2. “Orang ramai daripada Timur akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi”
3.. “Panji-panji Hitam akan keluar dari Khurasan (Setelah Pemuda Bani Tamim bertemu al-Haris Harras dan pada masa itu juga kawan-kawan al-Mahdi (tentera-tenteranya) keluar menuju Baitulmaqdis”.

4. “Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang lelaki daripada suku Tamim yang datang dari Timur”.
5. “Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk. Maksudnya ialah al-Mahdi.” (HR Ibnu Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)
 6. “Daripada al-Hasan, bahawa Nabi SAW menyebut bala yang akan menimpa kaum keluarganya, hinggalah Allah mengutuskan Panji-panji Hitam dari Timur. Sesiapa yang menolongnya akan ditolong pula oleh Allah. Sesiapa yang menghinanya akan dihinakan pula oleh Allah, hinggalah mereka mendatangi seorang lelaki yang namanya seperti nama aku. Mereka pun melantiknya memimpin mereka, maka Allah pun membantu dan menolongnya”. (HR Nuaim bin Hammad)
7. “Apabila keluar Panji-panji Hitam dari arah Khurasan, tidak akan ada sesuatu apa pun yang dapat menolaknya hinggalah dipacakkan di Ilya.” (HR At-Tarmizi)

Sebagai Nabi dan Rasul adakah Nabi akan memperincikan 'strategi' untuk diketahui olih musuh umatnya?

Ini yang perlu kita beri perhatikan . Disebabkan 'rahsia' yang dikata ' rahsia'  telah disabda olih Rasullulah s,a,w ini 'dipasakkan' didalam hadith' maka kini seluruh bumi Arab telah menjadi  medan pertumpahan darah dan pembunuhan dan dijadikan 'tumpuan' terutama musuh-musuh Islam ataupun musuh Rasullulah s.a.w.  untuk dihancurkan atau dikuasai  .

 Apakah sebabnya?

 Kerana untuk menyakinkan  musuh Islam  akan kebenaran   apa yang  tertulis didalam 'hadith-hadith' bagi memudahkan 'perjalanan watak yang ditunggu'untuk  didevelop ' seperti yang  dirancang Allah SWT untuk umat Islam bagi berhadapan dengan 'Samiri Ad Dajjal A.

Kini diisetiap sudut benua Arab tidak aman , hanya Arab Saudi saja yang masih dalam ketenangan tetapi disebalik ketenangan itu 'pucuk kekuasaan'  kerajaan Arab Saudi  itu merupakan  rakan rapat kepada Amerika .(semua tahu siapa Amerika Syarikat dan siapa mendemonasi kuasanya) Semua negara dibumi tersebut di'kuasai' olih kuasa asing. Setiap watak besar yang muncul dan berpandangan 'keras' akan ditentang atau dihapuskan. 

Olih itu perancangan yang dirancang Allah SWT merupakan satu 'strategi' mengalih perhatian untuk ajenda seterusnya.

                “Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH                                                                                            sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)”   

                                                           "Siapa yang merancang dan apa yang dirancang"
                                                       Dari manakah datangnya watak yang ditunggu-tunggu  ?    
                                                         ....bersambung...
                                               ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment