Wednesday, 16 June 2021

THE PROMISED LAND: KERAJAAN MAHIADDIN vs TITAH YDPA DAN RAJA RAJA MELAYU.

Bismillahhirrahmannirrahim.

KERAJAAN MAHIADDIN!!! 

HARAP JANGAN DIPERJUDI NEGARA INI.


Alhamdullilah. 

Persidangan Tergempar Raja Raja Melayu bersama YDP Agong telah memutuskan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan dengan kadar segera.

Perkara pokok atau ajenda utama adalah kesepakatan YDPA dan Raja Raja Melayu adalah untuk ;-

1. Pembukaan dan Persidangan Parlimen untuk diadakan dengan kadar segera ,dan

2. Tiada pelanjutan Darurat selepas 1 August 2021

Segala arahan atau Titah yang disepakati olih Duli Duli Raja Melayu telah dikeluarkan melalui text media semalam.

Apa yang ingin diutarakan olih Blog ini, adakah Kerajaan pimpinan Mahiaddin akan mengadakan sidang Parlimen dalam masa terdekat? 

Atau adakah Kerajaan Mahiaddin akan mencari alasan untuk melengahkan Titah Duli YDP Agong.untuk dilaksanakan?

Mahiaddin kena beringat!!!

Persidangan yang diadakan semalam bukan saja dihadiri.olih Raja Raja Melayu dan YDP Agong , malahan, Panglima.Angkatan Tentera mewakili Tentera Di Raja Malaysia dan Ketua Polis Negara mewakili Polis Di Raja Malaysia serta Ketua Setiausaha Negara dan Peguam Negara juga hadir didalam persidangan tersebut.

Segala tonggak yang mendukong Institusi YDPA dan Raja Raja Melayu telah memzahirkan sumpah setia mereka dan mendukong perinsip Raja Berperlembagaan yang menaungi negara ini.

Tiada Institusi yang lebih tinggi didalam negara ini melainkan Institusi Yang Di Pertuan Agong yang dipasakkan olih Duli Duli Raja Melayu yang menaungi kesemua 9 Negeri yang Berdaulat dibawah naungan dan jajahan Baginda Sultan ,Raja mahupun Tuanku Yang Di Pertuan Besar.

Mahiaddin perlu akur bahawa kuasa Darurat YDPA yang disandarkan kepada beliau adalah Hak Mutlak YDPA dan tertakluk kepada Persetujuan Majlis Raja Raja Melayu.

Apa akan jadi andaikata Mahiaddin ingkar atau cuba melengah lengahkan Titah YDPA dan Titah Kesepakatan Raja Raja Melayu yang berlangsung semalam?

Ini akan terjadi...

Pemimpin akan membawa rakyat kejalanan dan huru hara bakal terjadi. Diburukkan lagi, rakyat miskin memang tengah susah, tak cukup duit dan tak mempunyai makanan untuk dihidangkan kepada anak bini.

Allahhuakbar!!!

Namun sekiranya Kerajaan Mahiaddin masih lagi ingkar dan tetap mahu membelakangi Titah YDPA dan Raja Raja Melayu..juga

Maka ini akan berlaku..

Kerajaan YDP Agong yang dinaungi olih 9 Raja Raja Melayu akan mengambil alih tampuk kepimpinan Kerajaan Mahiaddin melalui Kuasa Tentera. 

Adakah kita mahu perkara ini berlaku??

Tetapi bagi mengelakkan dari semua perkara ini untuk belaku maka disarankan agar semua parti dalam gabungan yang mendukong Kerajaan Mahiaddin atau PN ini iaitu Ahli Parlimen dari Umno, BN serta Ahli Parlimen dalam GRS Sarawak untuk menarik sokongan terhadap PN. Maka hilanglah majoriti kuasa ditangan mereka.

Tetapi ada kah mereka sanggup??

Atau adakah mereka sanggup membelakangi Titah Institusi YDPA?

Buang ego...selamatkan negara dab bukan selamatkan Mahiaddin mahupun PN.

Semua ini wajib dilakukan demi menyelamatkan negara dari malapetaka yang akan menghumban negara tercinta ini kelembah kebengkrapan yang akan mengakibatkan ekonomi terhenti.

Walauapapun...

Inshaallah, Rakyat akan tetap bersama Duli Tuanku YDPA dan Duli Duli Raja Raja Melayu.

Cahaya Al Majid.






2 comments:

  1. hehehe...
    Saya ada pendapat tapi senang cakap @ the end darurat sepenuhnya sebab ianya dirancang sebegitu...

    Mesti ada bunga² dulu. Kata orang ikut script supaya tersusun cantik tak nampak game sangat.

    Sebab tu TDM dapat menghidu dan lebih prefer Mageran.

    Tujuan darurat penuh?

    hehehe.....

    ReplyDelete
  2. Jangan mengharapkan Mahathir. He is a gonner!!!pengakhiran kerier dia hanya kemaluan besar buat diri nya dan Kegagalan terdahulu beliau terserlah kini.

    ReplyDelete