Tuesday 15 June 2021

THE PROMISED LAND: STRATEGI MAHIADDIN SEMUA SETENGAH MASAK!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

Ambil pendekatan kata kata alim.ulama dan orang dulu dulu, "kalau seseorang itu ikhlas dalam pekerjaan, inshallah apa yang diusahakan pasti membuahkan hasil'.

Tetapi berbeza dengan Mahiaddin.

Setelah hampir setahun setengah dia menerajui negara ini sebagai Perdana Menteri, yang hanya disokong olih Ahli Parlimen yang Pro PPBM yang mana kebanyakkanya mereka yang menyokong ini terpaksa menjual maruah diri kerana "terjerat kerana kesalahan lampau atau kesalahan peribadi" serta  "scheme of thing' yang ditawarkan Mahiaddin, telah merubah langskap politik negara. 

Mereka merasakan bahawa tindakan mereka itu adalah benar tetapi  apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Kerajaan yang terbina diatas SIFAT khianat akhirnya telah menjerumuskan negara ketahap yang parah. Bukan saja ekonomi negara mula terlungkup malahan ekonomi rakyat marhean juga mula mati satu persatu.

Kalau Covid 19 mahu dijadikan alasan, maka, Indonesia, Singapura, Thailand, Vietnam serta negara negara di ASEAN, yang juga terkesan dengan Covid 19, kenapa semua penanda aras ekonomi mereka berada diaras menaik dan tidak menurun seperti negara kita?

Adakah simptom COVID 19 dinegara jiran berlainan dengan negara kita?

Alasan demi alasan dibentangkan kepada rakyat seolah olah rakyat ini bodoh dan tidak tahu akan Perkembangan dunia!!!

Apa pencapaian Kerajaan selama 1 setengah tahun ini?

Hahahah 😂😂😂😂

PKP bersileh ganti, Darurat yang entah apa apa menaikkan angka Covid 19 dan menambahkan jumlah kematian.,menambahkan hutang negara, jual harta negara dan tambahkan hutang negara, itulah pencapaian terhebat Kerajaan Mahiaddin yang akan diingat rakyat sampai bila bila.

Dan semalam pula Mahiaddin membentangkan pula strategi baru Kerajaan Mahiaddin yang dikata akan jadi tunjang untuk pemulihan.

Kahkahkah...

Bak kata Rafidah Aziz..strategi yang tak jelas seolah olah dilakukan secara semberono dan tak meyakinkan.

Cadangan yang dikatakan untuk membuat pemulihan ini, sebenarnya tercetus apabila YDPA dan Majlis Raja Raja mengumumkan akan mengadakan Mesyuarat Tergempar berhubung kelantangan suara rakyat dan kegagalan Kerajaan dalam menangani isu Covid-19 dan Ekonomi.

Disebab kegusaran akan kehilangan kuasa, maka, tercetuslah idea "scheme of thing" pemulihan.ini.

Ingin saya begitahu kepada Kerajaan Mahiaddin atau Kerajaan Darurat YDP Agong ini,selagi negara ini tidak melakukan 100 percent lock down, jangan harap kita dapat mengurangkan angka jangkitan Covid ini.

Untuk lima bulan mendatang ini, walaupun Kerajaan mengenakan PKP atau PKPD mahupun Darurat "Parlimen' ini, selagi kilang kilang dan Ofis tidak tutup sepenuhnya, selagi itulah cadangan pemulihan tidak akan berjaya walaupun 40 atau 50 percent rakyat telah divaksin.

Namun apa yang ingin dikatakan, Kerajaan Mahiaddin atau PN ini ataupun Kerajaan Darurat YDPA ini sebenarnya telah gagal sepenuhnya dan tiada keperluaan lagi bagi YDP Agong untuk membiarkan Mahiaddin untuk mengapalai Kerajaan kini.

Membubarkan Kerajaan sedia ada dan membubarkan Darurat adalah kemestian ketika ini.

Memandangkan tiada satupun Parti yang mempunyai majoriti di Parlimen ditambah negara masih lagi dalam situasi Covid 19 yang tidak terkawal,maka, PRU 15 adalah tidak wajar.

Memandangkan prasa PRU 14 hanya berbaki lebih kurang 15 bulan, maka, mengujudkan jawatan Perdana Menteri Interim adalah sebaik baiknya.

Walauapapun kita tunggulah apa keputusan Sidang Tergempar Majlis Raja Raja Melayu hari ini.

Cahaya Al Majid.



No comments:

Post a Comment