Thursday 10 June 2021

THE PROMISED LAND: NEGARA DALAM PERSIMPANGAN!!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

Perjumpaan tergempar Raja Raja Melayu dijadualkan berlangsung pada 16 hb ini.

Apakah keperluaanya.?

Adakah Raja Raja Melayu mula gusar dengan penularan Covid-19 yang telah mengorbankan ribuan nyawa rakyat? 

Atau

Adakah Raja Raja Melayu sudah hilang keyakinan terhadap Kerajaan Darurat YDPA?

Atau

Adakah Raja Raja Melayu telah hilang kepercayaan atau keyakinan terhadap Perdana Menteri dan barisan Kabinet  Darurat YDPA? 

Atau

Adakah Raja Raja Melayu tidak meyakini kemampuan Kerajaan Darurat YDPA dalam menangani krisis ekonomi dan kemaslahatan rakyat?

Atau

Adakah Raja Raja Melayu merasakan bahawa Darurat yang dikuatkuasakan.adalah bertujuan untuk melindungi PM yang dikata telah hilang sokongan atau telah hilang majoriti' dalam Parlimen?

Atau

Adakah Raja Raja Melayu mula gusar dengan kemeruduman ekonomi negara dan Ekonomi rakyat?

Atau

Adakah Raja Raja Melayu mula gusar bahawa kebangkitan rakyat telah mula tercetus bilamana kegagalan Kerajaan Darurat YDPA tidak lagi dapat disorokkan dari hari kehari.

Tetapi...

Saya merasakan bahawa perjumpaan diantara YDPA dengan pemimpin Parti politik minggu ini semuanya berkait rapat dengan kegelisahan Raja Raja Melayu terhadap apa yang berlaku pada negara ini .

Segala masaalah yang diutarakan olih Ketua Parti Politik akan dibentangkan kepada Raja Raja Melayu pada Perjumpaan nanti.

Apa yang saya rasakan, keputusan yang bakal diambil olih YDPA dan Raja Raja Melayu bakal mencorakkan jalinan baru politik namun keberhasilanya tergantung terhadap siapa yang dipilieh dan yang mengetuainya.

Sekiranya segala keputusan yang dibuat itu bersandarkan kepada kematangan ilmu yang berteraskan agama demi untuk kemaslahatan rakyat dan negara, inshaallah, semuanya akan terbendung tetapi sekiranya keputusan yang dibuat adalah untuk kepentingan sesetengah pihak saja, maka, Institusi Raja Raja Melayu bakal menjadi 'galang ganti'nya.

Semoga Allah SWT memberi hidayah Nya kepada mereka yang bersujud memohon pertolongan Nya.

Cahaya Al Majid.











No comments:

Post a Comment