Tuesday 24 August 2021

THE PROMISED LAND: APA PENGHUJUNG KERAJAAN PN 2.0 ISMAIL SABRI.

Bismillahhirrahmannirrahim.

Walaupun Ismail Sabri Yaakob mengatakan bahawa kerajaan yang ditadbirnya akan berlandas dan berkonsepkan Keluarga Malaysia namun tata cara perlaksanaan yang mahu diterjemahkan, secara realiti nampaknya belum lagi ada blue printnya dan cadangan itu masih bertaraf cakap cakap  saja.

Perjalanan Kerajaan PN 2.0 Ismail Sabri Yaakob yang baru ditunaskan pokoknya namun penjagaanya perlu ketelitian beliau sebab kecermtannya amat mencabar, maklumlah pokok yang ditunaskan adalah dari Jenis pokok 'kaktus' yang berduri tajam.

Belum pun ditentukan siapakah diantaranya Ahli Ahli Parlimen yang bakal dinobatkan sebagai Ahli Kabinetnya,kini suara suara sumbang sumbing telah mula kedengaran.

Benar!! UMNO merupakan nakkoda yang telah mendapat kuasa namun adakah kuasa yang dimiliki bersifat mutlak?

Mereka berada didalam kelompok yang berbeza idea perjuangan dan halatuju tetapi demi untuk menyelamatkan kuasa dan demi membenteng semua salah laku yang telah dilakukan ketika berkuasa maka pengorbanan jangka pendek terpaksa dilakukan demi mengelak dari disiasat.

Ketika Mahiaddin dan Kerajaan PN berkuasa berbagai salah laku didakwa telah dilakukan dan semua salah laku, salah guna kuasa mahupun perbuatan rasuah tersebut tertutup kini sebab pilihan Mahiaddin yang disokong PN terlantik menjadi PM.

Isu pembelian vaksin ,cara pengagihan pembinaan pusat PPV, pusat kuarantin serta peralatan keperluaan dalam menentang Covid..dikata dilakukan dengan cara tidak mengikut tatacara ataupun tender.

Pinjaman berbillion dan perbelanjaan negara yang dikata dibuat sesuka hati tanpa semak dan imbang di Parlimen, maka banyaklah perkara luar jangka berleluasa.

Demi kelangsungan serta kepentingan memasing maka unjuran tolak ansur politik ataupun berpakat sesama mereka tidak mustahil tidak berlaku, sehinggakan Ismail Sabri Yaakob serta 23 Ahli Parlimen dari Parti Umno pun sanggup membelakangi keputusan parti dan Presidennya.

Kini memasing sedang berstategi untuk kepentingan kelompok sendiri , siapa diantara rakan gabungan akan dilantik sebagai TPM mahupun Menteri.

Bidikkan senjata berpeluru angin telah dilepaskan kesasaran iaitu Ismail Sabri Yaakob.

Kabar angin bertiup.kencang, sekiranya sipolan atau sipolan tidak dilantik sebagai TPM maka sokongan bakal ditarik . Begitu juga kedengaran pula suara dari rakan gabungan dari Sabah dan Sarawak, mereka juga berkehendakkan perkara yang serupa mahupun yang setara.

Hahahah...prasa PRU 14 hanya berbaki 20.bulan saja dan Ismail Sabri Yaakob dari UMNO kini merupakan PM ke 3 bagi suku ke 3 bagi PRU 14. 

Mahathir berkuasa selama 22 bulan, Mahiaddin selama 17 bulan . Apakah nasib dan perjalanan Ismail Sabri Yaakob?

Kenapa Ismail Sabri Yaakob saya tuliskan nama penuh beliau berbanding Mahathir mahupun Mahiaddin.

Semuanya kerana ada petunjuk disebalik percaturan.

Inshaallah akan saya terangan nanti.

Samaada Ismail Sabri Yaakob akan melantik TPM ataupun tidak , semua itu tidak akan merubah apa apa, malahan sekiranya tersalah pilih atau tersalah catur, perkara ini hanya akan memendekkan jangkahayat kepimpinan beliau saja iaitu kepada 9 bulan.

Seperti mana yang saya ungkapkan dahulu bahawa Kerajaan Mahathir atau PH hanya akan bertahan lebih kurang tiga tahun ( 22 bulan PH1.0 dan 17 bulan PH 2.0) semuanya telah terjadi dan kini perkara serupa juga bakal dilalui olih Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri diprasa PRU 14 merupakan 'lowongan waktu interim' untuk kesinangbungan konsep RAHMAN buat "bumi tanah Melayu'.

Hanya mereka yang pernah mengikuti isi perut blog ini dari awal terzahirnya saja , yang akan faham tentang apa yang hamparkan.

Inshaallah.

Cahaya Al Majid.








No comments:

Post a Comment