Friday 27 August 2021

THE PROMISED LAND: ISMAIL SABRI YAAKOB DENGAN CHAI 1 + 69 !!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

Alhamdullilah. Syukur kehadrat Allah swt. Inshaallah angka angka jangkitan kerana Covid sudah mula menurun keangka 22.ribu semalam setelah mencatat angka tertinggi melebihi 25 ribu kelmarin.

Inshaallah penurunan angka jangkitan pasti berlaku pada hari hari berikutnya. Amin.

Angka kematian yang dicatat sehari sebelum adalah 393 dan semalam penurunan juga telah berlaku. Angka semalam adalah 339 orang. 

Alhamdullilah!!! Numbernya sama tetapi jumlahnya berbeza.

Begitu jugalah keadaanya komposisi Kabinet Ismail Sabri Yaakob, masih lagi mengekalkan orang yang sama tetapi diubah ke Kementerian lain. 

Kini ternyata benar apa yang disebut olih rakyat atau nitizen bahawa KerajaanIsmail Sabri Yaakob merupakan Kerajaan 69 dimana kebenaranya dibuktikan semalam.

Kini Ismail Sabri Yaakob hanya mengambil alih jawatan juragannya bagi Kapal Induk lama iaitu Kapal PN plus UMNO. 

Tetapi Kapal yang diambil alih masih kapal lama cuma diberikan nama baru. Yang sedihnya Ismail Sabri Yaakob mengaku bahawa  ini adalah Kapal baru!!!

Kapal lama dicat baru, juragan lama diganti baru, awak awak masih muka lama dan ada juga awak awak baru yang diganti tetapi semua orang tua.. yang dah expired dan banyak masaalah..watak kes cabul pun ada??

Hahahah 😂😂😂 melingkup lagi la..

Nampaknya tak da apa yang bolih diharapkan daripada kerajaan ini untuk mengharapkan perubahan samaada ada dari segi politik mahupun ekonomi.

Memang tak salahlah.bila rakyat namakan Kerajaan ini sebagai Kerajaan 69.

Ini peringatan buat Kerajaan.69. 

Jangkitan Covid sudah mula menurun angka nya sejak semalam dan angka kematian pun bakal berkurangan selepas ini. 

Jangan pulak nak mengaku.ini dari hasil usaha kamu , sudahlah.

Cahaya Al Majid.






No comments:

Post a Comment