Thursday 2 December 2021

THE PROMISED LAND: MUSUHNYA MAHU MENJADIKAN PENGAKHIRAN HIDUPNYA SEPERTI MUHAMMAR GHADAFI DAN SADAM HUSSEIN

Bismillahhirrahmannirrahim.

Berjayakah musuhnya menjadikan beliau  seperti Muhammar Ghadaffi mahupun seperti Saddam Hussein yang pengakhiran hidup mereka adalah dipenjara?

Diawal kekuasaan pemerintahan dua watak ini iaitu Muhammar Ghadaffi dan Saddam.Hussein,.rakyat mereka amat menyayangni mereka dan tiada tampak satu pun kesalahan keatasnya.

Malahan dua watak ini berjaya mengangkat martabat dan maruah negara mereka kesatu tahap yang tidak terduga olih rakyat.

Kekayaan dan ekonomi yang melimpah ruah yang berjaya digarap olih negara mereka dikongsikan dengan rakyat secara adil dan saksama.

Tetapi musuh politik yang berada didalam negara mula melakukan kedurjanaan terhadap mereka demi kuasa dan dendam.

Ketidak puasan hati dan fitnah mula dimainkan dengan bantuan kuasa luar. Fikiran rakyat diracun dan musuh dalam selimut mula mengambarkan seolah olah President mereka adalah seorang yang korup, jahat dan zalim.

Apabila muslihat mereka berjaya dengan bantuan kuasa luar, apa.jadi pada negara mereka sekarang? 

Adakah negara mereka menjadi lebih.baik apabila kedua dua President ini dijatuhkan?

Apa yang jadi kini, negara mereka hancur, sehancur hancurnya.

Salah siapa???

Begitu juga strategy fitnah dan mainan yang telah digembar gemburkan kebatang tubuh Najib sekarang ini.

Seawal 2014 Mahathir dan gerombolannya telah berusaha untuk menjatuhkan Najib. Perancangan rapi telah dilakukan untuk mengenakan Najib. Semua rakyat tahu mainan mereka.

Rakyat sedar dan tahu bahawa diera Najib sebagai Perdana Menteri ekonomi negara berada pada keadaan yang sangat baik. 

Najib dan Kerajaanya telah melakukan bermacam macam perubahan demi kemaslahatan rakyat dan negara. Bermacam macam pembaharuan dan projek berimpak tinggi  dilakukan demi kelangsungan ekonomi dan mencari kekayaan baru buat negara.

Pertambahan hasil negara mula terlihat selepas sepenggal.beliau berkuasa dan ekonomi negara mula berkembang sedikit demi sedikit. Tetapi untuk mantapkan pendapatan negara cukai GST dikenalkan untuk menggantikan cukai SST .

Semua tahu bahawa dibawah SST banyak syarikat "silang' cukai. Taksiran cukai yang rendah dan tidak melapurkan cukai sebenar , amat berleluasa dan ini membuatkan Kerajaan hilang jutaan pendapatan dari cukai SST.

Konglomerat besar dan syarikat syarikat  tidak suka dengan GST dan musuh politik mula memainkan jiwa rakyat untuk mencetuskan ketidakpuasan hati.

 Berbagai dakyah mula disebarkan .

1MDB dijadikan medan pertempuran kerana terdapat banyak kekhilafan dalam pengurusan. Kekhilafan ini dijadikan senjata ampuh untuk menjatuhkan Najib dan sekali gus menjatuhkan BN dan UMNO pada PRU14.

Berbekalkan Kitab dari Andre Justo dan tulisan Hadith dari Sarawak Report,.maka, berjemaah lah musuh Najib yang diimamkan olih Mahathir serta makmumnya, melakukan berbagai cara untuk menyingkirkan Najib demi kepuasan hati.

Berbagai bagai makalah dihidangkan kepada rakyat dengan cara yang amat tersusun demi umtuk memenangi hati rakyat dan akhirnya Najib berjaya dijatuhkan dan berakhirlaH era Kerajaan 60 tahun buat seketika.

RENUNGKAN...

Apa jadi bila Najib dan Kerajaan 60 tahun tumbang?

Adakah negara kita bertambah makmur?

Adakah ekonomi negara kita bertambah baik?

Berapa banyak kah peluang perkerjaan dapat disajikan kepada rakyat terutama lepasan sekolah dan Uni.

Apa jadi dengan Pasaran bursa saham negara?

Melambung naik? Atau lembung dah merudum?

Kenapa pelabur membawa keluar pelaburan mereka Dan melabur dinegara.jiran?

Diam tak diam hutang negara kini sudah melebihi angka RM 1.3 Trillion dimana hutang yang ditinggalkan Najib dulu hanya setakat RM686 billion saja.

Adakah.musuh Najib iaitu Mahathir terlebih baik berbanding Najib'?

Kalau dahulu Mahathir selalu bernasib baik kerana ramai orang yang mendoakan beliau tetapi kini doa dari rakyat yang terzalimi dari peninggalan Kerajaan Mahathir dan Kerajaan Mahiaddin,kini rakyat.mendoakan pula kearah Najib pula.

Inshaallah.. miracle ALLAH SWT akan menyelubungi diri Najib pada 8 hb ini.

Kini semua watak yang bermain dibalik tabir yang dikata dan ternampak bersih dahulu kini sebenarnya sedang dikotorkan olih Allah SWT dan keturuan mereka bakal berantakan.

Cahaya Al Majid.




No comments:

Post a Comment