Thursday 1 September 2022

THE PROMISED LAND : APA PENDIRIAN ISMAIL SABRI

Bismillahhirrahmannirrahim.

Semakin dekat ura ura PRU 15 mahu diadakan dan dilaung laungkan olih UMNO bahawa Ismail Sabri perlu membubarkan Parlimen dengan kadar segera, makin kuat pula kita dengar cemuhan dilakukan olih Bersatu atau PPBM mahupun PAS terhadap BN ataupun UMNO akhir akhir ini.

UMNO dan BN sudah nekad mahu 'go solo" dan pendirian ini telah dinyatakan secara terangan olih kepimpinan tertinggi UMNO terutama kata kata dari Presiden UMNO dan Timbalan nya. 

Jadi baris ayat yang mana satu yang tidak difahami PAS?

Apakah PAS tidak redo dengan keputusan ini.

 Kenapa?

Sana sini PAS dan Bersatu membahan BN dan UMNO, seolah olah mereka tiada hubung kait langsung dalam pentadbiran Kerajaan Ismail Sabri.

 Bukankah mereka iaitu PAS dan Bersatu yang mendukong sendiri keberadaan Ismail Sabri dari BN atau UMNO sebagai Perdana Menteri? 

Atau adakah mereka hanya mengiktiraf  Ahli Parlimen Bera saja iaitu Ismail Sabri  dan bukan keseluruhan anggota BN mahupun Parti UMNO?

Tetapi yang peliknya tidakkah Ismail Sabri terasa hati mahupun kecil hati apabila BN dan UMNO dikecam sebegitu rupa olih PAS dan Bersatu?

Atau Ismail Sabri pun sudah nekad untuk 'sekapal' untuk bersama musuh musuh BN dan UMNO sehinggakan cemuhan yang dilontarkan terhadap UMNO pun dibiarkan.

Atau Ismail Sabri telah hilang keyakinan bahawa BN dan UMNO tidak berpeluang untuk memenangi PRU 15?

Kini Ahli UMNO sudah dapat membaca 'langkah' Ismail Sabri dan mereka ini telah mula hilang kepercayaan terhadap Ismail Sabri.

Kemuncak' kebencian Ahli Akar umbi terhadap Ismail Sabri telah diterjemahkan pada hari "Amanat Presiden" baru baru ini. Setiap kali nama Ismail Sabri disebut olih Presiden Parti setiap kali itulah "luruhan Boo" mengamat seluruh dewan PWTC. 

Signal terang telah dihantar olih seluruh Ahli Akar umbi kepada pucuk kepimpinan Parti untuk bertindak.

Kini terpulang kepada President UMNO untuk mencorakan masa depan politik UMNO. 

Samaada sanggup membenarkan Ismail Sabri selaku Naib Presiden yang dilihat tidak mesra Parti terus menerus  membunuh Parti secara systematic atau Parti UMNO perlu membunuh politik Naib Presiden.

Tiada pilihan lain.."memilih untuk.dibunuh secara perlahan atau UMNO perlu mematikan segera punca kuasa" untuk kembali berkuasa.

Cahaya Al Majid.





No comments:

Post a Comment