Saturday 4 August 2012

PENCARIAN MALAM LAILATUL QADAR- JANGAN TAK CUBA RUGI SELAMANYA


Bismillahirrahmanirrahim
Tafsir Surah al Qadar.
1.Innaa anzalnahu fii lailatil qadr.
2.Wa maa adrooka maa lailatul qadr
3.Lailatul qadri khairummin alfi syahr.
4.tanazzalul malaa’ikatu warruuhu fiihaa bi iznirabbihim minkulli amr
5.saaalamun hiya hatta mathla’il fajr.
Maksudnya:
1.Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.
2.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
3.Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan
4.Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.
5.Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).
Ertinya :
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!”
Mengikut urutan surah-surah di dalam Al-Qur’an, surah Al-Qadar jatuh pada urutan yang ke-97. Maksud Al-Qadar ialah “kemuliaan.” Surah ini agak pendek dan singkat, hanya lima ayat sahaja. Tetapi meskipun lima ayat sahaja, ia mengandungi rahsia dan khasiat yang banyak jika di amalkan mengikut peraturan-peraturan tertentu.
                                    
Sesungguhnya sesiapa yang ingin mencari atau menikmati 'malam Lalaitul Qadar" seperti yang dijanjikan dimana malam tersebut terlebih baik dari seribu bulan, ini dijanjikan olih Allah SWT didalam firmannya didalam Al Quran, maka apa yang perlu dilakukan adalah seperti dibawah ini :-
1. Solat semestinya mengikut seperti yang diajarkan Allah SWT kepada Muhammad: surah Al Jinn Ayat : 19
Lafaskan niat Solat seperti di bawah ini :-
قُلْ إِنَّمَا أَدْعُو رَبِّي وَلَا أُشْرِكُ بِهِ أَحَداً
 "Sesungguhnya aku hanyalah beribadat kepada Tuhanku semata-mata, dan aku tidak mempersekutukanNya dengan sesiapapun"atau  seperti ayat 29 disurah yang sama seperti dibawah.

Surah Al Jinn :- 
                
Ayat 18 : Dan sesungguhnya mesjid-mesjid itu adalah kepunyaan Allah, Maka janganlah kamu menyembah seseorangpun didalamnya disamping (menyembah) Allah.

Ayat  19 : Dan bahawasanya tatkala hamba Allah (Muhammad) berdiri menyembah Nya (menyembah Nya -solat), hampir saja jin-jin itu mendesak desak mengerumuninya (Muhammad)

Ayat 20 : Katakan " Sesungguhnya aku hanya menyembah Tuhanku dan aku tidak mempersekutukan sesuatupun dengan Nya (Allah)

2. Pembacaaan ayat Al Fatihah secara serentak - hati dan lafas- pembacaan secara perlahan dan teratur. Jangan diakhiri pembacaan dengan Amin..
3. Baca surah-surah yang pendek . Hanya surah memuji kebesaran Allah SWT saja.
4. Sewaktu rukuk :- lafaskan puji-pujian kepada Allah SWT
5. Sujud  pertama           :- lafaskan bacaan puji-pujian
   Sujud Kedua                :- bacaan Al Fatihah  didalam hati ( jangan disudahkan dengan Amin)
Rekaat Kedua
Lakukan seperti diatas
Sujud pertama  : seperti diatas
Sujud Kedua    : bacaan Al Fatihah didalam hati ( jangan disudahi dengan Amin)
Tahyat            : Baca Al Fatihah 3 kali
                        Ayat Kul ( BinNaas) 3 kali
Penutup         : Al Fatihah disudahi dengan Alhamdullilah-hir-rabill-alamin.
Lakukan seberapa banyak solat yang mungkin pada malam itu.
Perlu diingat : apabila berdiri ditikar sembahyang ..ingatkan diri agar merendahkan sayap.


Malam yang perlu diberiperhatian : Malam 21/25/27 - 
Waktu                          Mlm 21   : 9.45 malam- 1.45 pagi (diantara)
                                    Mlm 25   : 1.00 pagi- 5.35pagi (diantara)
                                    Mkm 27  :  11.45mlm- 4-45pagi (diantara)


Panjatkan doa kerahmatan ini kepada Baginda Rasullulah s.a.w selepas solat
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, limpahkanlah kerahmatan keatas Junjungan ku Nabi Muhammad s.a.w sepertimana Kau dan Para malaikat  melimpahkan kerahmatkan keatas Baginda s.a.w.

Doa : Pohonkan keampunan untuk ibu dan bapa
         Pohonkan kaampunan untuk ibu mertua dan bapa mertua
         Pohonkan keampunan untuk anak dan isteri
         Pohonkan keampunan untuk saudara saudara (adik beradik)
         Pohonkan rezeki dan kelapangan untuk anak anak yatim dan fakir   miskin
         Pohonkan keampunan untuk saudara se islam.
         Pohonkan keampunan dan kelapangan rezeki untuk umat Islam.


Inshaallah..sekiranya kita berkeinginan untuk bertemu malam tersebut, lakukan dengan penuh keikhlasan yang datang dari hati .

No comments:

Post a Comment