AKU MENJADI "ASBAB" KEBESARAN ALLAH SWT KEPADA NINI DAN SIMON. ADAKAH MEREKA MENGERTI ATAU MENGAMBIL PERHATIAN ATAS APA YANG TERJADI ATAU SEKADAR SUKA-SUKA. HANYA ALLAH SAJA YANG MENGETAHUI. |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
"sesungguhnya semua yang aku tuliskan adalah kebenaran dan hanya Allah SWT menjadi saksi diantara kami"
Perjalanan aku berjalan seperti biasa, disebelah siang aku akan menghabiskan masa dengan para sahabat aku dan sebelah malam pula aku menemani isteri ditempat beliau menyanyi.** Sebelum isteri aku menyertai kumpulan muzik yang terbaru ini, kumpulan ini dianggotai oleh Allen selaku ketua serta isteri beliau dan seorang penyanyi berbangsa Melayu bernama Nini yang berasal dari Kuantan, Pahang. Aku tidak berapa kenal dengan penyanyi Melayu ini kecuali Allen dan isterinya, itu pun sewaktu isteri aku menganggotai kumpulan tersebut sewaktu di Burau Bay Resorts dulu.Isteri aku agak rapat dengan Nini dan kami pernah menyaksikan beliau membuat persembahan disalah sebuah Hotel di Pantai Chenang, hotel yang bertaraf lima bintang. Dari permerhatian aku, aku dapati Nini merupakan seorang penyanyi yang berbakat, cantik dan muda. Kriteria untuk menjadi seorang ‘artis’ memang dimiliki oleh Nini. Sekali sekala aku dan isteri aku akan sana untuk menyaksikan persembahan mereka dan adakala kami akan menunggu mereka sehingga kepenghujung persembahan dan adakalanya kami akan bersembang sehingga lewat malam. Perhubungan isteri aku dengan mereka amat baik sekali. Pada suatu hari isteri aku mendapat perkabaran dari Allan bahawa Nini sedang sakit dan telah dihantar pulang kekampung halamannya di Pahang.Sejauh mana kebenaran cerita Allen yang mengatakan bahawa Nini terkena “perbuatan orang” hanya Allah SWT dan Nini saja yang mengetahui.
‘Assalammualaikum’, sambl pintu rumah aku diketuk. ‘Waalaikumsalam”, jawap isteri aku, ketika itu aku berada diruang tamu. Lantas pintu dibuka oleh isteri aku.’Ini rumah Kak Shila ke?’,pertanyaan itu aku dengar dengan jelas dan aku lihat seorang lelaki bediri dihadapan pintu rumah aku.’Iya’,ada apa?’ tanya isteri aku lagi.’Ada orang nak jumpa kakak la’, jawap lelaki itu.’ Siapa dia?’, tanya isteri aku lagi. Lelaki yang datang ini tidak pernah kami kenali dan oleh sebab itu aku pun menuju kearah isteri aku.’Nini dari Kuantan’,kata lelaki tersebut. ‘Nini, Nini yang mana?, kata isteri aku, tidak perasan dengan nama tersebut.”Nini, yang menyanyi dengan Allen tu’, jelas lelaki itu lagi. “Oh, ya,’jawap isteri aku pula.”Mana dia?’, tanya isteri aku.’Ada dalam kereta kat bawah’, jawap lelaki itu.’Jemput lah dia naik’, pelawa isteri aku kepada lelaki tersebut. Lelaki itu pun bergegas turun kebawah. Lebih kurang 15minit kemudian mereka berdua berada didepan pintu , aku lihat lelaki itu memegang bahu Nini, keadaan Nini amat lemah. Kami menjemput mereka berdua masuk dan mempersilakan mereka duduk disofa.Aku menghulur tangan bersalaman dengan lelaki tersebut setelah dia membantu mendudukkan Nini disofa. Aku menjangkan bahawa lelaki tersebut mungkin suami beliau.Setelah mereka kelihatan selesa , isteri aku bertanya ,’ Nini apa khabar dan dari mana?’,’Saya dari Kuantan Kak Shila, semata mata nak jumpa abang dan Kak Shila’,katanya dengan nada yang lemah seperti orang yang tidak bertenaga.Dari raut wajahnya aku lihat Nini seakan akan sakit, muka nya pucat dan tidak bermaya. Aku tidak bertanya apa apa, hanya isteri aku saja yang bercakap dengan Nini.’Kenapa jadi macam ni, Nini, apa sebabnya?’, tanya isteri aku.’Macam ni ceritanya Kak Shila’,’Sewaktu saya meninggalkan Langkawi dahulu, saya balik ke Kuala Lumpur dengan menaiki kapal terbang. Saya duduk ditepi tingkap. Sewaktu berada diudara, lebih kurang 15 minit berlepas, awan agak tebal, dan penerbangan agak tidak stabil. Saya terpandang disatu arah, kelihatan awan berkumpul dan terbentuk berubah menjadi muka manusia, wajah itu amat sempurna keadaannya, tiba tiba saya lihat wajah itu berkata dan saya mendengar suaranya dengan jelas.Katanya “ mahu kah saya berubah”,saya menjadi ketakutan, lalu awan tebal itu berubah menjadi seperti biasa. Saya termenung dan kebingungan dan membiarkan persoalan itu terbenam difikiran saya. Setelah mendarat di Kuala Lumpur saya terus balik ke Kuantan kerumah ibubapa saya. Selang beberapa hari berada dikampung, saya jatuh sakit. Saya ingat demam biasa saja, jadi tiada keperluan saya untuk kekelinik. Demam saya bertambah teruk , ibubapa saya membawa saya ke kelinik berhampiran tetapi Doktor menasihati bapa saya agar saya dibawa segera ke hospital kerajaan kerana keadaan sudah amat kritikal. Keadaan saya ketika itu amat lemah dan tidak bermaya dan saya tidak dapat mengambarkan bagaimana perasaan ketika itu.Saya ditahan dihospital. Bapa saya mengatakan bahawa saya ‘koma’ selama lebih sebulan. Apa yang saya ingat sehingga kehari ini, sewaktu saya “koma’, ‘diri saya dibawa naik kelangit , disana, saya telah ditanya samaada ingin terus tinggal ataupun pulang’, saya tidak menjawap pertanyaan itu,tiba tiba muncul seorang lelaki, rupa dan wajahnya lelaki itu saling tak tumpah seperti abang Izan,lalu dia membawa Nini turun.Tetapi katanya, namanya bukan seperti nama abang . Apabila saya tersedar dari koma, saya terus datang kesini mencari abang dan ingin bertanya, siapa abang sebenarnya?.Saya amat pasti bahawa orang yang membawa saya turun itu adalah abang Izan.
Pengalaman saya itu telah saya ceritakan kepada ibubapa dan keluarga saya, oleh sebab itulah mereka mengizinkan saya ke Langkawi untuk mencari abang Izan walaupun keadaan saya lemah macam ni. Aku hanya mendiamkan diri apabila mendengar cerita Nini itu. Katanya lagi, beliau boleh melihat yang “terselindung” dari kacamata manusia biasa serta mendengar suara suara dari dunia sebelah sana. Setelah mendengar cerita dari Nini aku pun menjelaskan dan menerangkan prasa yang dilalui oleh Nini. Kata aku lagi,” Siapa aku tidak penting untuk Nini tahu, biarlah Allah SWT saja yang mengetahui, dan peristiwa yang dialamai itu biarlah Allah SWT saja yang tahu, maksud yang tersurat dan yang tersirat dan kita sebagai hamba harus selalu merapatkan diri dengan Nya dan segala sesuatu yang menimpa adalah untuk kebaikan diri kita agar kita berkesempatan memperbaikinya. Anugerah atau kelebihan yang dilimpahkan kepada diri kita hendaklah kita gunakan untuk tujuan kebaikkan walaupun mereka itu seteru kita. Ingatlah segala sesuatu yang terjadi bukan atas kehendak kita tetapi ketentuan Illahi dan dia memilih sesiapa yang dia redai dengan melebihkan seseorang daripada yang lain kerana sifat Allah SWT itu Maha Mengetahui. Oleh itu jangan lah kita sedih, kesal dan berprasangka atau was was kerana apa yang terjadi itu akan membuatkan seseorang itu menjadi lebih tabah dan yakin dengan ketentuan Yang Maha Esa. Perbanyakkan solat, taubat dan jangan sesekali kita mendurhakai kedua ibu bapa kita, kerana itu merupakan laluan kesempurnaan untuk ke syurga Firdausi. Itu lah kata kata akhir kepada beliau.Pada malam itu Nini bermalam dikediaman kami dan keesokkan harinya Nini berlepas pulang ke Kuantan. Didalam kesempurnaan ada kecacatan, didalam kecacatan ada persamaan, didalam persamaan banyak persoalan. Mampukah manusia merungkap dan merungkai persoalan. Hanya Allah SWT yang mengetahui.
BEGINILAH AGAKNYA KEADAAN NINI YANG TERLANTAR KOMA SELAMA SEBULAN DI HOSPITAL KUANTAN " |
Pengalaman saya itu telah saya ceritakan kepada ibubapa dan keluarga saya, oleh sebab itulah mereka mengizinkan saya ke Langkawi untuk mencari abang Izan walaupun keadaan saya lemah macam ni. Aku hanya mendiamkan diri apabila mendengar cerita Nini itu. Katanya lagi, beliau boleh melihat yang “terselindung” dari kacamata manusia biasa serta mendengar suara suara dari dunia sebelah sana. Setelah mendengar cerita dari Nini aku pun menjelaskan dan menerangkan prasa yang dilalui oleh Nini. Kata aku lagi,” Siapa aku tidak penting untuk Nini tahu, biarlah Allah SWT saja yang mengetahui, dan peristiwa yang dialamai itu biarlah Allah SWT saja yang tahu, maksud yang tersurat dan yang tersirat dan kita sebagai hamba harus selalu merapatkan diri dengan Nya dan segala sesuatu yang menimpa adalah untuk kebaikan diri kita agar kita berkesempatan memperbaikinya. Anugerah atau kelebihan yang dilimpahkan kepada diri kita hendaklah kita gunakan untuk tujuan kebaikkan walaupun mereka itu seteru kita. Ingatlah segala sesuatu yang terjadi bukan atas kehendak kita tetapi ketentuan Illahi dan dia memilih sesiapa yang dia redai dengan melebihkan seseorang daripada yang lain kerana sifat Allah SWT itu Maha Mengetahui. Oleh itu jangan lah kita sedih, kesal dan berprasangka atau was was kerana apa yang terjadi itu akan membuatkan seseorang itu menjadi lebih tabah dan yakin dengan ketentuan Yang Maha Esa. Perbanyakkan solat, taubat dan jangan sesekali kita mendurhakai kedua ibu bapa kita, kerana itu merupakan laluan kesempurnaan untuk ke syurga Firdausi. Itu lah kata kata akhir kepada beliau.Pada malam itu Nini bermalam dikediaman kami dan keesokkan harinya Nini berlepas pulang ke Kuantan. Didalam kesempurnaan ada kecacatan, didalam kecacatan ada persamaan, didalam persamaan banyak persoalan. Mampukah manusia merungkap dan merungkai persoalan. Hanya Allah SWT yang mengetahui.
Bukit yang tinggi sekiranya ditarah setiap hari akan rata pada akhirnya. Itu lah perumpamaan Melayu. Begitu juga dengan wang simpanan sekiranya dipakai setiap hari akan berkurangan jumlahnya sekiranya tiada usaha untuk menambah dilakukan. Begitu juga dengan keadaan Simon. Setelah sekian lama tidak mempunyai pendapatan tambahan maka sesuatu perlu dilakukan demi kelangsungan kehidupan.Untuk melakukan sesuatu perkerjaan yang bukan dari kepakaran sendiri, amat payah untuk memulakan. Oleh itu kepakaran yang sedia ada perlu digunakan untuk memulakan sesuatu.Pada suatu hari Simon memberitahu aku bahawa beliau ingin kembali aktif didalam perniagaan yang ditinggalkan sejak sekian lama.Memang menjadi kelaziman, Simon akan meminta pandangan aku terlebih dahulu sekiranya dia ingin melakukan sesuatu walaupun berhubung dengan anak anaknya, keluarga dan bermacam macam lagi.Begitu juga keadaannya Aunty Lili, Joshua dan Amin, mereka terlebih dahulu akan mendapatkan pandangan aku terlebih dahulu begitu juga dengan Joshua, sekali sekala akan menghubungi aku untuk mendapatkan pandangan dan juga bertanya kabar akan keadaan kawan kawan di Langkawi.
Pada satu petang aku terjumpa Simon dipekan. Kami duduk bersembang dan perjumpaan itu pula tidak dirancang seperti kebiasaan.Aku lihat dari riak wajah beliau seperti ada sesuatu yang merungsingkan beliau dan keadaan Simon agak tertekan . Aku tanya beliau,’What happen Simon,, you look so down, not like usual, anything bothering you?’. “Yes, Izan, I’m very depress”, ‘ Why?’, kata aku .’For so long i didn’t do anything, no work, everyday expenses only depending on my saving and i don’t know for how long it will last’, kata Simon terus terang. Aku juga amat bersimpati dengan keadaan beliau, tetapi, bagaimana aku boleh menolong beliau sedangkan aku sendiri juga tidak berkerja kata hati aku. “What can I do to help you Simon?, tanya aku lagi.’I want back my old job as a financial consultant’, jawab Simon.’ Ok”, kata aku, seakan akan merestui keinginan beliau.’Macammana’, tanya Simon lagi.’You prey, and ask Allah, macam biasa’, kata aku lagi.’I dah buat but so far belum ada indication’, kata Simon.’ Oh..iya ke’, kata aku. ‘ Are you sure you want this’, tanya aku merujuk kepada pekerjaan yang diinginkan.’Of course Izan, I wanted to change my family life and especially for that two boys (merujuk kepada John dan Andrew). Aku faham dan mengerti akan maksud dan keinginan Simon.Lalu aku jawap ‘ Inshaallah Simon, I will prey and ask God about you request’’ Thank you, Izan’, kata Simon.
Berselang dua hari aku pergi kekediaman Simon, Ucapan salam aku tuturkan dan salam aku disambut oleh Simon. Aku dijemput masuk dan kami berbual diruang tamu.Aku kabarkan kepada beliau berhubung dengan permintaanya. ‘ You will be flying soon, kata aku. ‘Alhamdullilah” sambut Simon. ‘They will call you, inshaallah’, kata aku.’Thank you, Izan’, kata Simon.Setelah selesai perbincangan maka aku bermohon untuk pulang awal kerana pada sebelah petangnya isteri aku ada temu janji di Pelangi Beach Resorts untuk kontrak akan datang.
Berselang dua hari aku pergi kekediaman Simon, Ucapan salam aku tuturkan dan salam aku disambut oleh Simon. Aku dijemput masuk dan kami berbual diruang tamu.Aku kabarkan kepada beliau berhubung dengan permintaanya. ‘ You will be flying soon, kata aku. ‘Alhamdullilah” sambut Simon. ‘They will call you, inshaallah’, kata aku.’Thank you, Izan’, kata Simon.Setelah selesai perbincangan maka aku bermohon untuk pulang awal kerana pada sebelah petangnya isteri aku ada temu janji di Pelangi Beach Resorts untuk kontrak akan datang.
Alhamdullilah, Allah Maha Kaya, keesokkan harinya Simon menghubungi aku, katanya dia sudahpun menerima panggilan tersebut dan seterusnya beliau ingin berbincang selanjutnya dengan aku. Selalunya, apabila perjumpaan yang melibatkan hal hal peribadi aku tidak akan memaklumkan kepada Amin mahupun Hj Kamaruddin, kerana ini merupakan kebiasaan yang aku praktikkan dengan sesiapa pun.Pada hari itu aku berjumpa Simon diSamudera, salah sebuah pusat membeli belah termoden dan terkini di Langkawi. Pertemuan petang itu kami tetapkan disebuah restoran makanan segera , Mc Donald. Semasa aku tiba aku lihat Simon dan anak anaknya sudahpun sampai. Aku terus berjalan kearah mereka dan aku dijemput duduk oleh Simon sambil John dan Andrew datang kearah aku sambil memeluk pinggang aku. Kedua duanya amat rapat dengan aku, itulah John dan Andrew, aku ibaratkan mereka dan melayan mereka seperti anak anak aku sendiri. Aku memesan kepada John agar dia belikan aku Big Mac dan Coffee . John dan Andrew berlalu dari meja kami.Simon pun memulakan perbualan.’Izan, I received a call from New Zealand, its from Tye ‘,Aku kenal lelaki bernama Tye yang dimaksudkan itu, kerana aku pernah berjumpa dengannya beberapa kali sewaktu Ken Peddler datang ke Langkawi. Nama penuh lelaki itu ialah Tye Abrahem, berbangsa Mauri.’Ok’, kata aku.’He ask me to go to Singapore to meet his client’.kata Simon. “ok, that good’, kata aku kepada Simon.’When are you leaving?’, tanya aku lagi.’ Maybe in two or 3 days time’.’What about the boys?, aku tanya Simon.’Aunt Lily will look after them’, ‘Good’, kata aku ‘ Can I ask you something, Izan?’ tanya Simon.’ Yes, anything?’, tanya aku pendek. “How do you know about this call’, tanya Simon lagi.Perasaan ingin tahu dan kepastian bagaimana itu amat tinggi didalam diri Simon ketika itu. ‘ Lalu aku jawap,’You seek my help, right?,What i’ve told you, do you remember?,I said I will prey for you and ask Allah regarding your request’, it that right Simon. ‘Yes Izan”, kata dia , terkedu agaknya, kerana aku mengulangi kata kata aku tempoh hari .’Simon, sometime, there is thing that we can’t explain but sometime, its “unexplainable”, i hope you understand. Simon terdiam. Bagi aku beliau masih belum lagi mengenali aku secara dekat dan hanya mengenali aku secara luaran saja.Itu lah pandangan aku terhadap Simon. Selepas habis makan aku pun beredar dari situ dan meninggalkan Simon kerana beliau terpaksa membeli beberapa barangan keperluan sebelum pergi ke Singapura. Sehari sebelum beliau pergi ke distinasi yang “diperkenankan”, kami berjumpa di restoran kebiasaan dan hari tersebut Mama Lili sudah pun berada di Langkawi tetapi pada petang itu Mama Lili tidak turut serta kerana beliau keletihan kerana perjalanan jauh dari Kuala Lumpur dan sampai seawal jam 8.00 pagi di jetti Kuah dan Simon memberitahu aku bahawa Mama Maryam tidak berapa sihat . Kami meneruskan perbualan kami.’ Simon, tomorrow you will meet this man, he has a tumor in his head’, jelas aku kepada Simon.’Could you please ask him ?’, kata aku.”Inshaallah’, jawap Simon. Terlihat aku Amin berjalan menuju kearah kami, mungkin dia baru keluar dari konti agaknya. Salam diberi , lalu Amin duduk dimeja bersama kami. Aku sampaikan berita kepada Amin bahawa Simon akan ke Singapura, namun Amin memberitahu aku bahawa beliau sudahpun dimaklumkan oleh Simon. Berita berhubung dengan seseorang yang akan Simon temui juga aku kabarkan juga kepada Amin juga. Pada sebelah malam nya aku dan Amin melawat Mama Maryam dikediaman Simon seperti biasa jam 2 pagi baru pertemuan itu berakhir namun aku memaksa diri agar memendekkan pertemuan itu kerana pada keesokkan harinya Simon harus berada di lapangan terbang seawal jam tujuh pagi.
BERSAMBUNG
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
BERSAMBUNG
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment