SAMBUNGAN BHG 10
"sesungguhnya semua yang aku tuliskan semuanya benar dan hanya Allah SWT sebagai saksi diantara kami"
Pada suatu petang, aku menemani Joshua ke taman permainan kanak kanak . Menjadi rutin harian Joshua untuk membawa Ashley, anak perempuan Amin, untuk beriadah disitu. Kami duduk disalah sebuah pondok yang disediakan oleh Majlis Daerah Langkawi untuk kegunaan penduduk taman beriadah, sambil memerahatikan Ashley bermain sendirian. Didalam kelekaan memerahatikan Ashley tiba tiba Joshua bertanya,”Abang, saya ni selalulah susah nak tidur dan selalu alami ,mimpi mimpi yang menakutkan, kenapa ya?.”Joshua, kalau diri kita tidak bersih, kotor dan terutama sekali sekiranya kita tidak mengingati Tuhan, shaitan selalu kacau”, kata aku. “Ye ke Bang?, ada benda kotor ke kat badan saya”, tanya Joshua lagi. “Ada” jawap aku. Joshua terperanjat dengan kata kata aku tadi. Dia bertanya lagi,” benda apa , bang?’.” Benda kotor yang kau simpan dalam dompet kau tu la”, kata aku lagi.”Alamak Bang!, macammana abang tahu”, tanya Joshua kehairanan.”Benda tu la yang selalu mengikut dan mengacau kau”.kata aku lagi. Muka Joshua menjadi pucat dan berubah”Benda tu tak elok, lebih baik kau buang je”, kata aku lagi. Joshua menyeluk poket seluarnya dan terus mengeluarkan dompetnya,lalu mengeluarkan bungkusan kecil dari poket dompetnya.”Ini bang, abu mayat datuk saya”, kata Joshua. Mengucap panjang aku melihatnya,”astagafirullah”, kenapa kau simpan benda ni, kau sepatutnya meletakkannya ditempat asalnya, dari tanah kita dijadikan dan kedalam tanah juga kita disemadikan”,kata aku.’Saya tak tahu Bang, bapa saya suruh saya simpan, jadi saya simpanlah, sampai hari ini’, kata beliau lagi.’Abang nasihatkan, lebih baik Joshua tanamkan abu mayat ni, ini untuk kebaikkan awak juga”, kata aku lagi.’Ok bang, nanti saya tanam’, jawap Joshua lagi. Setelah selesai aku pun minta diri untuk balik kerumah kerana aku belum lagi menunaikan solat asar petang itu, lalu aku pun berlalu dari situ.
Pada keesokkan harinya aku menunggu Amin dan Joshua ditempat biasa seperti yang kami janjikan. Setelah beberapa minit Amin dan Joshua tiba disitu, aku tahu bahawa Amin terpaksa ke pejabat kerana hari itu dia bertugas disebelah pagi dan aku jangkakan Amin tidak akan berkesempatan untuk bersarapan bersama sama aku pagi itu. Setelah sampai Amin memberitahu aku dia terpaksa meninggalkan kami kerana waktu kekonti sudah agak hampir. Tinggal aku dan Joshua direstoran tersebut. Kami bersarapan pagi bersama sama sambil berbual bual kosong. Pada kebiasaanya Simon selalu bersama kami tetapi pada hari itu di mempunyai urusan peribadi yang harus didahulukan. Sewaktu kami berbual bual kosong, aku dikejutkan oleh Joshua dengan berkata,’Abang, saya nak peluk Islam’, aku terhenti makan, terperanjat dengan kata kata Joshua.’Betul ke’, tanya aku.’Saya dah tanya Tuhan malam tadi bang’,katanya lagi. ‘Alhamdullilah’, kata aku lagi.Aku pun bangun lalu aku peluk Joshua’, lalu aku tanya dia, ‘Amin dah tahu ke?’,’Belum lagi Bang, saya nak abang tahu dulu’,kata Joshua lagi. Lalu aku lepaskan Joshua dari pelukan aku, dan terus duduk disebelah beliau.’Tak pa Joshua, lepas Amin habis konti, kita selesaikan semuanya dan hari ini juga kita akan ke Pejabat Agama,ok’, kata aku lagi.’Baikla Bang’, jawap Joshua lagi. Aku terus menalipon Amin, alhamdullilah, dia ‘off air’ ketika itu, aku memberitahu Amin perkabaran terbaru ini dan memberitahu dia bahawa kami masih lagi ditempat yang sama. Tidak berapa lama lepas aku bercakap dengan Amin, aku lihat dilaluan biasa ,laluan yang digunakan oleh Amin untuk ke pejabat, aku lihat dia berjalan dengan cepat dan dari jauh aku lihat wajah beliau tersenyum tanda kegembiraan berjalan menuju kearah kami. Sebaik saja beliau menghampiri meja, dia mengucapkan salam, ‘Assalammualaikum”, “Waalaikumsalam”, jawap aku.Lalu dia menghampiri Joshua,lalu dipeluknya Joshua. Mereka berpelukan, dan aku lihat kedua duanya menangis kegembiraan,Aku terdengar Joshua berkata,’Peter, i want to embrace Islam’,Didalam keadaan itu aku lihat Amin mengatakan sesuatu kepada Joshua sambil melepaskan Joshua dari pelukannya. Lalu Amin berjalan menuju aku, lalu aku dipeluknya aku sambil berkata,’Abang, you’re so great, nobody are like you, you’re so special’.Kata kata Amin itu menusuk hati dan jantung aku, aku menitiskan airmata juga lalu aku katakan kepada Amin,’Only God is great, not me, I’m only his servant”, kata aku lagi. Setelah aku terangkan akan ungkapan tadi, barulah Amin mengerti akan maksud kata kata aku itu.
'SESUNGGUHNYA AKU MENYEMBAH KAU YA ALLAH DAN TIDAK MEMPERSEKUTUKAN KAU DENGAN SESIAPAPUN DAN SESUATU PUN DIDALAM IBADAH AKU TERHADAP MU" |
Setelah habis berbincang dengan Joshua dan Amin, kami pun berlalu dari situ menuju ke Pejabat Agama Kuah, yang jauhnya lebih kurang 1km saja dari tempat kami. Alhamdullilah, syukur kepada Allah SWT, dengan perkenan Nya setiap kali aku membawa “saudara baru’ pasti Tuan Sheikh Allaudin, Ketua Agama Daerah Langkawi ada di pejabat dan aku tidak mempunyai sebarang masaalah untuk berurusan dipejabat tersebut. Bagi aku,ini merupakan urusan Allah SWT, Tuhan Semesta Alam ,Tuhan Yang Maha Esa dan Maha Pencipta, Tuhan yang mengaturkan segala sesuatu mengikut kehendakNya dan perlu disegerakan .Setelah selesai majlis “akad” dan pendaftaran, kami pun pulang. Berita penghijrahan terbaru Joshua atau nama Islamnya Muhammad Fitri ini aku kabarkan kepada semua sahabat sahabat.Alhamdullilah pada setiap hari Jumaat kami akan bersama-sama kemesjid Aishah menunaikan solat fardu Jumaat dan pada setiap hari Jumaat kebiasaannya aku, Amin,Simon,John, Andrew dan Joshua akan berkumpul dan berbincang hal hal berbangkit sekiranya ada selepas solat. Persahabatan dan rasa persaudaraan antara kami semua bertambah erat. Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah manusia. Joshua atau Mohammad Fitri terpaksa pulang ke Kuala Lumpur kerena percutian beliau sudah berakhir. Aku dan Amin menghantar Joshua yang jeti Feri Kuah. Itulah hari perpisahan kami untuk seketika, agaknya.Semoga Allah memberi petunjuk dan rahmat kepada beliau.
Masa berjalan begitu pantas, hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan sileh berganti dan tahun bertukar angka. Semakin lama aku di Langkawi, semakin ramai penduduk tempatan aku kenali.
BERSAMBUNG
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
RENUNGAN :-
Surah Al Jinn :-
Masa berjalan begitu pantas, hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan sileh berganti dan tahun bertukar angka. Semakin lama aku di Langkawi, semakin ramai penduduk tempatan aku kenali.
BERSAMBUNG
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
RENUNGAN :-
Surah Al Jinn :-
`Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.
`Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya.
`Dan bahawa sesungguhnya kami, ketika mendengar petunjuk (Al-Quran), kami beriman kepadanya (dengan tidak bertangguh lagi); kerana sesiapa yang beriman kepada Tuhannya, maka tidaklah ia akan merasa bimbang menanggung kerugian (mengenai amalnya yang baik), dan juga tidak akan ditimpakan sebarang kesusahan.
"Dan bahawa sesungguhnya, ketika hamba Allah (Nabi Muhammad) berdiri mengerjakan ibadat kepadaNya, mereka hampir-hampir menindih satu sama lain mengerumuninya".
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah beribadat kepada Tuhanku semata-mata, dan aku tidak mempersekutukanNya dengan sesiapapun".
No comments:
Post a Comment