Saturday, 27 October 2012

KAU PILIH MEREKA DARI KALANGAN YANG BERIMAN DENGAN KITAB INJIL : KISAH BENAR CAHAYA AL MAJID " BHG IX


MEREKA DIKELILINGI AKU KINI MULA BERHIJRAH KEPADA ISLAM. TERAMAT MUDAH  BAGI  MU YA ALLAH MENUMPAHKAN KERAHMATAN KEATAS MEREKA YANG KAU PILIH. AMIN. ALLAH ,MAHA BESAR. PULAU LANGKAWI DI KELILINGI OLEH 99 PULAU YANG  PENUH DENGAN MISTIK DAN LEGENDA SUMPAHAN 'MAHSURI'.TETAPI KEBERKAHAN LANGKAWI TERTUMPAH KEATAS AKU. ADAKAH INI SATU PERANCANGAN KEPADA PENGAKHIRAN.
                                                        SAMBUNGAN BHG IX

                                                        
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

"sesungguhnya semua yang aku tuliskan disini adalah kebenaran dan Allah SWT sebagai saksi diantara kami"

Pada sebelah malamnya, kami semua ke Hotel Awana Porto Malai kerana memenuhi undangan Hj Kamaruddin. Segala peristiwa yang terjadi pada sebelah petangnya kami ceritakan kepada Hj Kamaruddin.”Alhamdullilah”, itulah kata kata yang mampu diluahkan tanda kegembiraan, dengan linangan airmata Hj Kamaruddin memberi salam pertamanya kepada Aunt Lili sempena penghijrahannya kejalan yang Allah SWT diredai. Dalam keindahan yang penuh kegembiraan kami malam itu aku memanjatkan kesyukuran  kehadrat  Illahi kerana melengkapkan kami dengan seorang ibu yang tidak kami punyai di Langkawi. Subhanallah, Walhamdullilah, Allahhuakbar.
Keesokkan harinya aku ke Pejabat Agama Daerah Langkawi membawa Aunt Lili untuk membuat pendaftaran dan pengistiharan diri beliau sebagai seorang Muslim. Seperti biasa , pegawai agama melakukan sepenuhnya kewajipan berhubung dengan “saudara baru’. Aunt Lili menyuruh aku memilih nama Islam untuknya. Aku menamakan beliau Mariam bt Abdullah, memandangkan beliau tidak pernah berkahwin dan sewaktu beliau di”jalan yang lama”, beliau mengakui bahawa Mariam adalah seorang wanita yang suci yang telah melahirkan Isa Al Masih dan mengakui bahawa Isa Al Masih adalah anak Tuhan (Itu kepercayaan beliau terdahulu) . Setelah segala urusan sudah dibereskan, aku menemani beliau balik kerumah  Simon. Setibanya kami dirumah Simon, aku berbual dan menceritakan apa yang telah berlaku di Pejabat Agama Tiba tiba Simon menyampaikan hasrat hati kedua dua anaknya John dan Andrew. Mereka dua beradik sudah sepakat dan mendapatkan kebenaran daripada bapa meraka untuk memeluk Islam. Aku bertanyakan kepada Simon adakah dia merestui keputusan kedua anaknya untuk berhijrah dan memeluk agama Islam. Kata Simon lagi, dia tiada halangan langsung diatas keputusan kedua dua anaknya. Aku terangkan lagi kepada Simon  bahawa sesungguhnya kedua dua mereka dibawah umur dan persetujuan terletak dibawah tanggungjawap beliau. Simon berkata beliau tiada bantahan akan keinginan anak anak mereka itu.Keinginan kedua dua anak beliau itu aku tangguhkan untuk sementara waktu dan aku tinggalkan mereka untuk memberi  mereka ruang untuk berfikir dan berbincang dan aku katakana bahawa pada sebelah petang nanti aku akan datang semula.
Seperti yang dijanjikan aku datang semula kerumah Simon pada sebelah petangnya. Aku menemui Simon serta John dan juga Andrew disaksi oleh “saudara baru” ibu kami Mariam bt Abdullah. Aku tanya berkali-kali kepada mereka, apakah benar mereka ingin mengikuti jejak Uncle Amin dan Unty Lili(Mariam). Mereka amat amat teruja ingin memeluk Islam. Aku terangkan semuanya kepada mereka,agar mereka mengerti dan faham atas kelangsungan dan tindakan mereka. Setelah aku berpuas hati dan yakin dengan pendirian mereka maka aku memohon kebenaran kepada bapa mereka, Simon, untuk aku mengajar mereka untuk melafaskan “dua kalimah sahadah” dan selawat untuk anak anaknya, John dan Andrew. Simon dengan rela hati memberi persetujuan. Dengan bersaksikan senaskah Al Quran berserta aku, Amin Peter Carlos dan Mariam bt Abdullah, aku menyuruh mereka John dan Andrew mengikut apa yang aku lafaskan iaitu sahadah (mengucap dua kalimah sahadah ) berserta selawat keatas junjungan , Nabi Muhammad s.aw.. Setelah selesai aku memeluk mereka berdua tanda kasihnya aku kepada mereka dan aku menamakan mereka Yazid kepada John Paul dan Hassan kepada Andrew James. Kedua-dua mereka pun dipeluk oleh Amin Carlos dan juga oleh nenek saudara mereka iaitu, Mariam ataupun Aunt Lili. Kami semua menangis kegembiraan begitu juga reaksi Simon dengan linangan air mata dicium dan dipeluk kedua dua puteranya tanda kasih seorang ayah terhadap anaknya yang kini berlainan pegangan dengan bapanya. Syukur kehadrat Illahi yang mengaturkan segala galanya, dengan kehendakNya jua terjadinya penghijrahan ini. Allah Maha Besar, Allah Maha Agung, Allah Maha Pengasih. Pada malam itu kami semua berkumpul dirumah Simon termasuklah Hj Kamaruddin yang agak terlewat sampai namun semua perkembangan dan keajaiban ini kami kongsikan dengan beliau.
Sebenarnya aku tidak pernah mengimpikan perkara ini terjadi kepada aku, cepat dan pantas . Bukan aku yang mengaturkan semua ini, ini semua ketentuan Allah SWT, Tuhan Yang Maha Agung, aku tidak mampu dan berupaya melakukan sebegini, Allahhuakbar, Allahhuakbar,Allahhuakbar. Maha Suci Allah padaNya terletak segala sesuatu yang tiada manusia mengetahui.
                                                           

KESEMUA YANG BERHIJRAH DIBAWAH SAYAP AKU ADALAH MEREKA YANG BERIMAN DENGAN KITAB  INJIL DIANTARANYA SIMON, PETER, JOHN, ANDREW, AUNT LILY, ALICE, JOSHUA, DON FRAZIER RONNIE DAN LAIN LAIN  . SETIAP MEREKA YANG DILANGKAWI MENYAKSIKAN 'KEBESARAN' ALLAH SWT.
                                                  
Pada keesokkannya pula aku mendapat satu lagi berita gembira, Simon memberitahu aku bahawa beliau juga ingin beralih arah. Hijrah. Beliau juga ingin menyempurnakan dirinya sebagai seorang Muslim. Aku kata ‘Alhamdullilah”, dan aku berjanji bahawa aku akan kerumahnya pada sebelah petang bersama sama Amin Carlos dan juga Hj Kamaruddin. Apabila semua sudah berkumpul dirumah Simon, aku bertanyakan sekali lagi akan hasrat Simon, kerana aku ingin benar benar pasti akan pilihannya. Aku tanyakan kepada beliau adakah kerana kerana Amin, Aunty Lily dan anak anaknya memileh Islam membuatkan dia serba salah atau sekadar ikutan. Kata Simon menjawap soalan aku,”tidak”,dia memileh Islam adalah diatas kerelaan sendiri tanpa dipengaruhi oleh sesiapa , dan keinginan ini memang datang dari hatinya sendiri’.”Alhamdullilah” sahut aku. Sekiranya inilah jalan yang awak pileh Simon, inshaallah, kami semua bersyukur dan semoga Allah SWT memberkati awak’.Memandangkan diantara kami, Hj Kamaruddin merupakan sahabat yang lebih tua dari aku dan pula pernah mengerjakan ibadah ‘Haji”, maka aku menyuruh beliau untuk menyempurnakan tanggungjawap ini, untuk mengajar lafas sahadah serta berselawat bagi menyempurnakan “akad” bagi Simon untuk bergelar seorang Islam.Alhamdullilah, Hj Kamaruddin melakukan dengan baik sekali begitu juga dengan Simon, terang , fasih dan tenang ketika melafaskan sahadah serta selawat yang disaksikan dengan senaskah Al Quran serta para sahabat yang lain termasuk aku.Alhamdullilah, syukur aku kepada Allah SWT, diperkenankan sahabat sahabat aku memileh Islam sebagai pegangan dan jalan kehidupan mereka.
Setelah segala urusan yang dibuat di Pejabat Agama selesai, Simon memileh Noah bin Abdullah nama Islamnya  sempena nama Nabi Allah, Nabi Nuh .Maka termaktublah  di Langkawi para sahabat aku yang memileh Islam sebagai pegangan mereka, Peter Carlos sebagai Amin, Alice sebagai Nora, Simon sebagai Noah, John Paul sebagai Yazid, Andrew James sebagai Hassan dan Lily sebagai Mariam bt Abdullah. Bermula dari itu maka bermulalah perjalanan baru bagi semua saudara saudara baru dengan pegangan dan kepercayaan yang dibawa oleh Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w iaitu Islam. Alhamdullilah, bermula dari saat itu maka bermulalah episode dan perjalanan masing masing dan aku sebagai pembantu, mencuba sedaya upaya membantu mereka didalam apa jua keadaan, masa dan tempat dan mereka ini merupakan keutamaan aku. Kebanyakkan masa yang aku punyai selalu aku habiskan bersama sama mereka dengan dibantu oleh isteri aku dan juga Hj Kamaruddin. Perkembangan keajaipan ini aku panjangkan kepengetahuan kepada sahabat sahabat aku di Kuala Lumpur, kesemua mereka kegembiraan dan bersyukur dengan perubahan terbaru ini. Setiap hari diwaktu terluang aku akan gunakan untuk mentelaah Al Quran dan mengajarkan segala sesuatu berkenaan Islam keseluruhanya.
Pada satu hari Amin datang kepada aku dan memperkenalkan dua sahabat beliau kepada aku yang baru sampai dari Kuala Lumpur. Salah seorang dari mereka merupakan lelaki Melayu bernama Razali dan seorang lagi bernama Joshua, keturunan  Serani. Kata mereka tujuan mereka ke Langkawi adalah untuk berehat sambil mencari peluang yang sekiranya ada untuk perniagaan mereka.Boleh dikatakan setiap hari aku akan berjumpa dengan mereka dan kami menghabiskan banyak masa bersama dan mereka memanggil aku “abang”. Dengan panggilan sebegitu, itu membuatkan persahabatan kami bertambah erat. Aku dan Amin selalu menghabiskan masa dengan mereka berdua. Ditakdirkan Allah SWT, Razali terpaksa pulang ke Kuala Lumpur sebelum tamatnya percutiannya kerana ada urusan perniagaan yang harus diselesaikan di Kuala Lumpur. Tinggallah Joshua seorang di Langkawi. Memandangkan beliau keseorangan, Amin menjemput Joshua untuk tinggal bersamanya dan perkara ini dibincangkan terlebih dahulu dengan aku. Sewaktu Amin ke pejabat maka Joshua akan berada bersama-sama aku kerana adalah tidak manis sekiranya Joshua berada dirumah Amin tanpa kehadiran Amin kerana Nora dan anaknya saja tinggal  dirumah. Ini adalah cara terbaik yang kami fikirkan untuk mengelakkan salahfaham dan fitnah . Penghijrahan Amin sekeluarga kepada Islam sudah pun diketahui oleh Joshua. Ketika aku bersama sama Joshua, dia selalu bertanya kepada aku tentang  Islam dan perbezaan antara Kristian . Kami selalu berterus terang didalam perbincangan walaupun melibatkan perkara perkara yang sensitif.

                                                               BERSAMBUNG

1 comment:

  1. Kalau sudah masuk Islam mengaku Islam, berimanlah terus hanya kepada Kitab AlQuran AlKarim dan Sunnah2 Nabi Muhammad SAW. Sebab antara himpunan AlQuran itu sudah terkandung kesah2 intisari2 Injil Asli. Kitab2 Injil sediada dgn perbagei versi terjemahan diragui keasliannya dan kebenarannya. Perlu diingat Bani Nasara dgn Bani Yahudi satu kepala satu citarasa satu halatuju. Mereka paling pinter lecek puter belit, memusuhi dan menikam meraconi Islam dari dalam.

    Telunjuk mereka nampak tegak menyacak loros tapi kelingking mereka koq maseh tetap lagi bersimpol berkaet. Niat mereka tidak seperti ada udang disebalik kotiau. Kalau tersesat dihujong jalan, jalan lopa kembali semula kepangkal jalan. Jalannya "EHDINASSIRITALMUSTAQIM" - Tunjukilah akan daku jalan nan loros...Oleh itu berwaspadalah...

    ReplyDelete