Thursday, 1 November 2012

KISAH BENAR CAHAYA AL MAJID : BHG XIII : "I'II TAKE 'HIM' AS MY GOD" PENGAKUAN DON FRAZIER JUTAWAN LADANG BUAH KIWI DARI NEW ZEALAND:


PULAU LANGKAWI MENEMUKAN AKU DENGAN MEREKA. WALAUPUN BERIBU KILOMETER NAMUN KEHADIRAN MEREKA DISINI DIATAS KETENTUAN  ALLAH SWT. AKU HANYA 'ASBAB' UNTUK PENGHIJRAHAN INI. 
                                                      SAMBUNGAN BAHAGIAN XIII
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

"sesungguhnya semua yang aku tuliskan adalah kebenaran hanya Allah SWT sebagai saksi diantara kami"

Pada keesokkan harinya, aku dan Simon menemani Don Frazier untuk bersarapan. Seawal jam lapan  pagi kami berdua sudahpun berada di Coffee House dan tidak berapa lama kemudian Don Frazier   menyertai kami. Tetapi pada pagi pagi itu Amin tidak dapat menyertai kami kerana beliau terpaksa bertugas disebelah pagi. Kami menghabiskan masa lebih kurang dua jam setengah di Coffee House sambil berbual. Pada penghujung masa pagi itu aku memanjangkan jemputan Hj Kamaruddin kepada Don Frazier dan juga kepada sahabat yang lain untuk makan malam di Awana Porto Malai. Jemputan Hj Kamaruddin itu diterima oleh Don Frazier dan beliau amat berbesar hati untuk menghadirinya.
Pada sebelah malamnya , lebih kurang jam 8.30 kami semua berkumpul di Hotel Awana Porto Malai. Aku datang bersama isteri aku, Amin bersama isterinya Nora sementara Don Frazier datang bersama Simon, Mama Maryam, John dan Andrew sementara Hj Kamaruddin merupakan host .Pada malam itu aku dan Amin mengenalkan isteri masing masing kepada Don Frazier dan yang teristemewanya malam itu Hj Kamaruddin menyajikan kami dengan menu makanan Western. Western food merupakan makanan kegemaran aku terutama lamb chopnya. Sambil menjamu selera kami berbual mesra dan gelak ketawa.  Perhubungan sesama kami amat rapat, begitu juga dengan ‘tetamu’ yang baru sampai, seolah olah tiada sempadan pemisah, perasaan yang dirasakan ibaratkan satu keluarga yang telah lama tidak berjumpa, begitu mesra dan bersahaja. Tetapi firasat  aku merasa ada sesuatu yang terbuku dihati Don Frazier yang beliau sembunyikan. Selepas kami habis makan dan hanya menunggu  pencuci mulut  dihidangkan, tiba-tiba Don Frazier bersuara memecah keheningan dengan berkata,’Izan, can you tell me about this number. This number struck in my mind since I left my home,’.Aku temenung sejenak memikirkan nombor yang disebut, yang terbayang difikiran aku hanya satu, Al Quran. Seluruh sahabat yang hadir hanya diam, mereka menunggu jawapan dari aku. ‘Excause me Don’, kata aku ,’I only believe in my holy book, Al Quran, but if you don’t mind, I like to refer to my book, is its ok with you?’, sambung aku lagi. ‘No problem’, jawap Don pula. Lalu aku menyuruh Hj Kamaruddin mengambil Al Quran .(Hj Kamaruddin sentiasa membawa naskah Al Quran bersamanya).Hj Kamaruddin pun bangun lalu ke pejabatnya.Sementara menunggu beliau aku lihat Don Frazier mengeluarkan sesuatu dari poketnya lalu diletakkan diatas meja.’Excause me friends’, kata Don,’ I need to take my pills now’, ‘ No problem Don’, kata aku.Aku sudah dimaklumkan oleh Simon bahawa apabila Don Frazier mengambil pil tersebut, beliau akan ‘high’ atau ‘khayal’ untuk jangka masa setengah jam. Untuk waktu ini kami tidak  berkomunikasi dengan Don Frazier dan kami biarkan beliau ’melayan perasaan” nya dan aku lihat  Don Frazier seperti tidur dan kepalanya disandarkan kekerusi dan matanya lelap. Oleh itu masa yang terluang kosong itu aku gunakan untuk membersihkan diri ketandas begitu juga dengan sahabat yang lain. Setengah jam kemudian aku datang semula ke meja dan aku lihat Don Frazier sudah seperti sediakala.Amin, Nora, Simon , Mama Maryam sudah berada disitu kecuali John dan Andrew tiada bersama.’How’s your feeling now?’, tanya aku kepada Don.’I’m  ok’, jawab Don.’Can I start now?’, kata aku lagi.’OK’, kata Don pula. ‘Din, hulurkan Kitab tu”, pinta aku kepada Hj Kamaruddin. Hj Kamaruddin menghulurkan Al Quran kepada aku.Aku menyambut Al Quran tersebut lalu aku buka helaian muka surat mengikut “Juzuk” dan aku cari nombor ayat seperti nombor yang diberikan.’Don, this is what my Holy Book  says,’take me as your God, Allah”, and ‘The first number representing the chapter and the last two digit referring to the numbers of the verse’, kata aku lagi.’This is my interpretation regarding the number”, kata aku lagi. Don Frazier termenung sejenak tidak berkata kata. Semua yang hadir juga diam hanya berpandangan sesama sendiri.Lalu aku katakan kepada Don Frazier,’Don’t you worry about that, think it wisely’, ujar aku lagi. Lalu aku menukar topic perbualan kerana aku tidak mahu Don Frazier rasa tertekan atau pun serba salah. ‘How is the food, Don?’, kata aku. ‘ Oh yes, the food was good and nice’,thank you Kamaruddin’, kata Don Frazier.
LANGIT AWANA PORTO MALAI MENJADI SAKSI APABILA DON FRAZIER MENGUNGKAPKAN ' I'II TAKE ALLAH AS MY GOD.
                                        
 Hj Kamaruddin hanya tersenyum.Tiba tiba Don Frazier berkata,’I will take him as my God, if He say so’,terkejut aku dengar luahan kata kata Don Frazier itu, namun aku membiarkan saja luahan Don Frazier tadi tanpa menyambung luahan kata kata itu. Kesemua yang ada dimeja seolah olah tidak berani untuk mengatakan sesuatu berhubung ‘luahan’ kata kata Don Frazier, seolah olah semua mulut yang ada semua terkunci. Sekali lagi Don Frazier memecah kesunyian dimeja kami, ‘Izan, I want to follow you’, kata Don .Lalu aku jawap,’Ok Don’, tanpa  mengerti akan maksud kata kata itu, ‘Thank you brother”, jawab Don Frazier.Alhamdullilah, pertemuan  malam itu sungguh membawa erti bagi aku, terutama sekali  dapat berkumpul bersama-sama dengan mereka yang sealiran kepercayaan dan sedikit sebanyak dapat merapatkan silatulrahim antara kami semua, dan semoga malam ini membawa keberkatan kepada kami  dan malam itu kami bersurai agak lewat juga lebih kurang jam 2.30 pagi.
LAPANGAN TERBANG MAT SIRAT, LANGKAWI
                                           
Pada setiap hari Simon akan menemani Don Frazier dari pagi hingga petang dan hanya sebelah malam sahaja aku, Amin dan Hj Kamaruddin dapat meluangkan masa bersama sama Don Frazier. Masa berjalan dengan pantas, seminggu hampir berlalu. Maka tibalah hari perpisahan  kami dengan Don Frazier. Dalam hati berkata , bila lagi dapat bertemu, sesungguhnya pertemuan dan perpisahan sudah lumrah didalam kehidupan manusia, hanya kenangan manis sahaja akan terukir diminda dan terpahat dihati. Apa yang aku diberitahu oleh Simon, sepatutnya selepas habis urusan di Zurich tempohari, Don Frazier akan ke London untuk bertemu anaknya  tetapi disebabkan cerita ‘ketumbuhan otak’ beliau yang diketahui oleh orang yang tidak dikenali dari Langkawi maka tujuan untuk ke London terpaksa ditunda.Aku ke Airport Mat Sirat bersama Amin, sementara Don Frazier akan ditemani oleh Simon berserta John dan Andrew dan Hj Kamarudin akan menyusul dari tempat kerja. Setibanya aku diairport, aku terus menuju ke Cafe , tempat temujanji kami berkumpul. Don Frazier, Simon,John, Andrew dan Hj Kamaruddin sudah pun berada disana, aku terus ke meja mereka. Setelah bersalaman dengan semuanya aku diberitahu oleh Simon bahawa semua urusan ‘check-in’ dan ‘pemeriksaan bagasi” sudah pun diselesaikan dan hanya menunggu panggilan ’boarding” sahaja. Perasaan aku terasa amat sedih kerana sudah hampir seminggu kami bersama dan rasanya amat janggal akan ketiadaan Don Frazier pada hari hari akan datang dan kami hanya mempunyai beberapa minit sahaja lagi untuk bergurau sebelum berpisah. Tiada ucapan perpisahan terucap ketika itu. Tiba tiba Don berkata ,’Izan, I need a favour from you’,sambil tangan Don Frazier memegang tangan aku, genggaman aku dipegang dengan erat, muka beliau memandang tepat kearah muka aku. Aku tidak menjawap, hanya diam. Lalu Don berkata lagi.’I want to embrace Islam, can you perform for me’,maksud kata kata tadi,’Izan, saya hendak memeluk Islam, boleh tak saya akad dengan awak’.lalu kau tanya Don Farazier lagi,’ Are you sure?’jawap Don pula.’I’m sure, can we do it now’, jelas beliau, agak mendesak.  Otak aku berputar laju berfikir, dimana nak bermula kerana keadaan agak terdesak. Para sahabat semua panic, tak tentu arah, sebab bagi kami, waktu amat singkat dan mungkin tidak berkesempatan. Lalu aku tanya Hj Kamaruddin,’ Din, surau kat mana?’’Ada dihujung sana’, jawab Hj Kamaruddin. Lalu aku berkata kepada Don Frazier,’ Don, lets go’, tanpa menerangkan apa apa kepada Don Frazier. Kami pun bangun lalu berjalan berlari-lari anak menuju kesurau yang terletak disudut belakang tempat kami berkumpul.Sampai disurau aku menyuruh Hj Kamaruddin membentang ‘sejadah’ dan mengambil senaskah Al Quran yang terdapat diruang rak buku sementara aku dan Don Frazier terus kebilek air tempat mengambil wuduk. Aku menyuruh Don Frazier membersihkan muka, tangan dan kaki beliau sementara aku terus mengambil wuduk. Setelah siap aku mengiringi Don Frazier keruang solat .Alhamdullilah, ketika itu terdapat 3-4 orang masih bersolat. Aku menyuruh Don Frazier duduk (mengikut sepertimana aku duduk, kedudukan antara dua sujud). Aku dan Don Frazier duduk bertentangan, tangan kiri aku memegang Al Quran dan tangan kanan aku bersalaman dengan Don Frazier beralaskan Al Quran yang aku pegang. Aku menyuruh Don Frazier mengikut apa yang aku lafazkan. Aku lafazkan istifar , disebutnya dengan perlahan lahan dan aku ulang ulang sebutan itu , Alhamdullilah, Don Frazier boleh menyebut nya dengan baik sekali. Lalu aku ajarkan sebutan Allah, disebutnya berulang ulang. Syukur, Alhamdullilah. Lalu aku ajarkan Don Frazier melafazkan’ kalimah sahadah’ beberapa kali. Alhamduillilah, semuanya berjalan dengan baik sekali.Disaksikan dengan jemaah yang terdapat didalam surau tersebut, para sahabat aku dan senaskah Al Quran maka lengkaplah diri Don Frazier sebagi seorang Muslim. Alhamdullilah,doa aku panjangkan kehadrat Allah SWT untuk memohon keberkatan bagi memberkati ‘akad atau ‘aku janji’, yang berlangsung sebentar tadi. Setelah doa aku panjangkan kehadrat Illahi, lalu aku peluk Don Frazier ,air mata aku berlinangan berguguran membasihi pipi aku, lalu aku kata kan kepada beliau, “Alhamdullilah, may Allah bless you’. Semua sahabat sahabat aku turut menangis kegembiraan sambil bergilir gilir memeluk Don Frazier dan mereka yang turut berada didalam surau itu pun turut bersalaman dengan “saudara baru” yang baru saja melalui penghijrahan. Alhamdullilah, Allah Maha Agung, Allah Maha Kaya, setelah sempat kami menghayati detik detik kegembiraan bersama Don Frazier barulah kedengaran pengumuman untuk perlepasan dibuat, Allah Maha Pengatur. Sebelum kami beredar dari surau, Don Frazier memohon aku memileh nama Islam untuk beliau. Aku menamakan beliau Yaacob bin Abdullah.Setelah selesai kami pun bergegas mengiringi Yaacob ke pintu perlepasan. Salam perpisahan dan selamat jalan aku ucapkan begitu juga ucapan dari sahabat sahabat yang turut hadir. Bagi aku saat manis itu adalah sesuatu yang amat sempurna dan indah untuk dilalui. Berjumpa, bergembira, berpisah dan menangis merupakan yang terbaik yang aku lalui. Allahhuakbar, Allah Maha Besar, Allah Maha Agung.

Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment