Friday, 2 November 2012

KISAH BENAR CAHAYA AL MAJID : ADAKAH PERISTIWA INI SATU PERSAMAAN ?


GAMBARAN YANG DIILLUSTRASIKAN  OLIH LEONARDO  DA VINCCI ' THE LAST SUPPER' YANG BERLATARBELAKANG CAHAYA  SIANG YANG TERANG DILUAR RUANG MAKAN"
ADAKAH INI LAST SUPPER YANG DIDAKWA ATAU LAST LUNCH UNTUK PARA SAHABAT
                                                              SAMBUNGAN XIV
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

"sesungguhnya semua yang aku tuliskan adalah benar belaka dan hanya Allah SWT menjadi saksi diantara kami"
Sepanjang minggu berikutnya, kisah Yaacob bin Abdullah menjadi topik hangat kami , cerita dari hari pertama dia sampai ke Langkawi sehinggalah hari beliau meninggalkan Langkawi menjadi ulangan pada disetiap sesi perjumpaan kami. Begitulah keintiman dan rapatnya hubungan kami dengan manusia yang bernama Yaacob bin Abdullah yang lahir  di Langkawi yang mana jangkahayatnya  akan bertahan hanya untuk 6 bulan sahaja lagi ,mengikut kata Doktor yang merawatnya, Semoga Allah merahmati Yaacob bin Abdullah dan memelihara beliau.
Hubungan aku dengan para sahabat yang berada di Kuala Lumpur berjalan seperti biasa. Kegembiraan yang aku lalui dengan kehadiran Yaakob juga aku sampaikan kepada kepada mereka.Seminggu berlalu, aku mendapat berita dari sahabat aku di Kuala Lumpur bahawa mereka akan datang ke Langkawi untuk bercuti sambil menziarahi aku serta ingin  berkenalan dengan ‘saudara saudara baru’ di Langkawi. Kata para sahabat aku lagi, perancangan telah lama dibuat hanya masa belum mengizinkan untuk mereka datang.Tempahan bilek telah pun dibuat melalui Hj Kamaruddin. Minggu yang dijanjikan pun sampai, lebih kurang jam 9.00 pagi aku menerima panggilan dari sahabat aku dari Kuala Lumpur , mengatakan bahawa mereka sudahpun sampai di Jeti Feri Kuah dan mereka akan terus ke Hotel Awana Porto Malai. Waktu check-in ialah jam 12.00 tengahari. Aku menalipon Hj Kamaruddin dan memaklumkan bahawa para sahabat dari Kuala Lumpur sudahpun berada di Kuah dan meminta beliau menghubungi mereka. Tidak berapa lama lepas itu, Hj Kamaruddin menghubungi aku, menjemput aku untuk makan tengahhari di Hotel Awana dan katanya lagi Amin dan Simon juga akan turut serta pada tengahari itu. Aku menerima undangan itu.
Pada tengah hari tersebut aku agak kelewatan kerana aku terlebih dahulu harus menjemput anak aku(Daniel) dari tadika. Ketika itu Daniel belum lagi genap 6 tahun, kerana dilahirkan pada penghujung tahun iaitu 31hb Disember 1996.Sewaktu aku tiba di Boardwalk Coffee House, aku lihat kesemua meraka sudahpun berada disana. Meja diatur panjang, bersambung dan semua kerusi sudah dipenuhi. Aku pasti “setting’ meja itu dilakukan oleh Ronnie sendiri. Aku lihat Simon dan Amin pun sudah berada disana dan duduk bersebelahan sambil berbual bual dengan sahabat sahbat yang baru sampai itu.’Assalammualaikum”, aku memberi salam, ‘waalaikumsalam”, jawab mereka serentak. Aku bersalaman dan memeluk setiap dari mereka kecuali Amin dan Simon dan Hj Kamarudin. Empat meja diatur rapat dan disetiap baris sudah dipenuhi. Memandangkan tiada ruang kosong diantara mereka lalu Hj Kamaruddin mengambil kerusi tambahan untuk aku. Aku terpaksa duduk dihujung meja,aku lihat enam orang disebelah kanan aku dan enam disebelak kiri dan aku ditengah menghadap mereka seperti seorang ‘pengerusi”.Rupa rupanya yang hadir tengahari itu seramai 12 orang termasuk Hj Kamaruddin, Amin dan Simon serta 9 orang sahabat dari Kuala Lumpur tidak termasuk aku sendiri. Aku bertanyakan kepada tetamu dari Kuala Lumpur,’mana lagi yang lain?’,’Mungkin dalam perjalanan kesini atau masih lagi di Kuah, shopping, kata salah seorang dari sahabat. Makanan dibawa lalu dihidang kerana mereka terlebih dahulu telah memesan sebelum ketibaan aku.’You, nak makan apa”, tanya Hj Kamaruddin, merujuk kepada aku. Hj Kamarudin sudah terbiasa dengan kehendak aku, aku tidak makan nasi pada waktu tengahari.’Macam biasa la Din’, Lalu Hj Kamaruddin memanggil Ronnie dan memberitahu beliau akan pesanan aku. Sambil makan sambil berbual. Maklumlah sudah agak lama aku tidak bertemu dengan sahabat sahabat dari Kuala Lumpur hanya berbual melalui talipon saja. Dikesempatan yang terhidang didepan mata maka banyaklah tajuk perbualan tengahhari itu, tidak terkecuali kisah Don Frazier atau Yaacob bin Abdullah yang memeluk Islam beberapa minggu sebelumnya. Salah seorang dari mereka berkata,’ Abang Izan , kisah abang ni samalah macam kisah Jesus,”, katanya lagi. ‘Cuba tengok, Simon, Amin dulu Peter sekeluarga, John dan Andrew anak Simon, Aunt Lili kini Mama Maryam, Joshua yang kini bergelar Mohd Fitri dan terbaru Don Frazier kini Yaakob atau Jaacob’, semuanya memeluk Islam dibawah abang Izan, ini kan nama nama besar dan pengikut setia Nabi Isa’, sahut dia lagi.Aku lihat masing masing berpandangan sesama sendiri apabila mendengar ungkapan salah seorang sahabat.’Hari ni pun sama, kalau Al Masih ada last supper bersama dengan pengikutnya yang 12 orang ,sekarang ni kita pun melalui perkara yang sama juga, cuba kira, semuanya ada 12 orang tak termasuk Abang, ‘kata salah seorang dari mereka’.’Tak da lah, ini secara kebetulan agaknya’, kata aku.’ Bang”, sahut salah seorang dari mereka yang paling hujung, “ kalau benar, macammana’,
FOTO SO CALL THE LAST SUPPER
                                       
’ Biarlah..hanya Allah SWT yang mengetahui’, kata aku lagi. Aku pesongkan tajuk perbualan tadi, lalu aku menceritakan tentang latarbelakang Amin kepada mereka serta kerjajaya beliau kepada sahabat sahabat. Seperti biasa Amin akan memulakan perbualan yang menceriakan. Sebenarnya Amin adalah seorang yang kelakar dan mudah membuat orang ketawa apabila bersamanya. Itulah sifat Amin, selalu melengkapi situasi dengan lawak lawak dan kata kata yang mengusik hati secara sepontan. Alhamdullilah, cuaca hari itu sangat baik, cerah dan redup sambil angin laut bertiup lembut membaluti setiap tubuh yang hadir pada hari itu.Hari semakin petang lalu aku menjemput semua yang hadir untuk sama sama berjemaah pada waktu maghrib nanti di Awana Porto Malai. Ketika itu aku mempunyai lebih kurang 3 jam saja untuk kembali semula kesini. Alhamdullilah, semua yang hadir bersetuju dengan cadangan aku itu, aku pun memohon untuk beredar.
Memandangkan di Awana Porto Malai tidak mempunyai surau, dan surau yang berhampiran terletak agak jauh juga dari Awana Porto Malai, lebih kurang 15 minit perjalanan tambahan pula kenderaan tidak mengcukupi maka Hj Kamaruddin telah menyediakan sebuah ‘suite’ untuk kami berjemaah solat Maghrib. Aku dan Amin sampai semula di Awana Porto Malai lebih kurang jam 7.20 malam agak terlewat juga tetapi berkesempatan juga. Aku dapati ‘suite’ itu sangat luas dan selesa dan alhamdullilah yang hadir pada malam itu seramai 17 orang semuanya. Alhamdullilah, saf saf dihadapan telahpun dipenuhi. Aku dan Amin berkesempatan untuk duduk di saf yang paling belakang. Pada maghrib tersebut sahabat aku menjadi Imam. Setelah selesai solat Maghrib , Imam membacakan doa ,Imam dengan serta merta mengadakan “tahlil’kesyukuran terhadap perjalanan yang kami lalui selama ini. Aktiviti Maghrib diteruskan sehingga ke waktu Isyak, sementara menunggu waktu, cuaca diluar sudah bertukar dan berubah rupa. Angin bertiup laju, langit biru sebentar tadi sudah berubah ditutupi dengan awan hitam yang pekat, pemandangan diluar bertukar gelap, air laut bergelora kuat menghempas tebing boardwalk, sekali sekala air laut memercik kelantai boardwalk, sungguh berbeda keadaan malam itu.Guruh mengaum dilangit, kilat sambung menyambung dan sesekali petir berdentum kuat namun semua yang berlaku ini adalah lumrah alam ciptaan Allah SWT tiada apa yang perlu dihiraukan. Semua itu tanda “pengsujudan” ciptaan Allah SWT kepada Yang Maha Pencipta. Setelah masuk Isyak kami berjemaah sekali lagi untuk solat Isyak. Selesai saja solat, hujan turun mencurah mencurah seperti tiada penahan langsung dilangit dan turun dengan lebatnya membasihi keseluruhan Langkawi. Kilat sabung menyabung diselang seli dengan dentuman petir yang amat kuat, begitulah keadaannya waktu itu.Gelora air dilaut tidak tertahan lagi, memukul tebing penahan boardwalk, air laut mulai naik dan aku dapati lebihkurang setengah kaki saja untuk memyamai lantai boardwalk. Laman makan diboardwalk terpaksa ditutup dan kerusi plastic berterbangan kemerata arah.
GEGINILAH GELAP DAN LEBATNYA HUJAN MALAM TERSEBUT DENGAN KILAT SABUNG MENYABUNG DISELURUH LANGIT LANGKAWI
                                                                                   
Semua pintu bilek yang menghadap laut terpaksa ditutup kerana tempias air hujan bercampur dengan percikan air laut. Semua pintu gelunsor menghadap laut di Coffee house terpaksa ditutup kerana angin bertiup dengan kuat dan laju. Salah sebuah lagi Coffee house iaitu Yatchman yang hanya menghidang makanan laut dan western yang tidak mempunyai pintu penghadang terpaksa ditutup sepenuhnya kerena keseluruhan tempat itu dipenuhi dengan air hujan bercampur air laut. Begitulah keadaannya.Kami semua masih lagi didalam ‘suite’ menantikan Simon yang tidak kunjung tiba.Sementara itu aku bertanya kepada Hj Kamaruddin samaada , dia, ada terlihat Simon. Katanya dari maghrib tadi pun dia tak nampak Simon . Selepas selesai semua, kami dijemput oleh Hj Kamaruddin untuk ke Coffee House untuk makan malam. Memandangkan hujan terlalu lebat serta tempias kami menggunakan laluan tengah diantara bilek untuk ke Coffee House. Alhamdullilah, memandangkan ‘Suite” berada di bangunan yang sama dengan Coffee House maka tempias dan hujan tidak kami rasai cuma apabila sampai di tingkat bawah,hanya dikawasan reception saja yang agak terbuka luas yang memungkinkan  kami dibasahi hujan. Alhamdullilah, sampai dibawah kami dibekalkan dengan payung oleh kakitangan hotel, terima kasih kepada Hj Kamaruddin dan pengurusan Awana Porto Malai kerana peka dengan keadaan .
Keadaan dilobi hotel malam itu agak lengang, tiada pelancong kelihatan dilobi, keadaan agak suram malam itu. Aku terus ke Coffee House, lampu agak malap malam itu mungkin disebabkan oleh cuaca luaran. Aku terpandang Simon, Mama Maryam, John dan Andrew duduk disatu sudut, lalu aku mendekati mereka dan memberi salam. Salam aku dibalas.Aku bertanya kenapa mereka tidak menyertai kami di ‘suite”. Simon menjelaskan bahawa dia terlewat sampai dan apabila melihatkan tiada seorang pun diantara sahabat kami berada di lobi hotel maka dia membuat keputusan untuk menunggu kami dicoffee house saja.Aku lihat keadaan sekeliling coffee house, rata rata lantai kelihatan basah dan hujan masih lagi tidak berhenti diluar. Simon memberitahu aku bahawa operasi coffee house ditutup buat sementara kerana kaki tangan hotel belum berkesempatan untuk membersih dan mengatur meja kerana semuanya dibasai air. Sesungguhnya memang berlainan malam itu, bagi aku hanya Allah SWT saja yang mengetahui sebab nya.Kelihatan ‘yatch’ mewah yang berlabuh di ‘pontoon’ Awana Porto Malai, bergolek golek dipukul ombak dan sekali sekali kedengar bunyi pengeseran antara’ pontoon’ dengan kapal. Keadaan begini tidak pernah aku lalui sebelum ini walaupun ketika air laut pasang besar dan kejadian malam ini amat berlainan sekali.’Ya Allah, apakah yang ingin kau tunjukkan kepada kami’kata hati aku. Hujan mulai reda selepas 2 jam dan seluruh kakitangan hotel bertungkus lumus untuk membersihkan coffee house kerana sedikit demi sedikit penghuni hotel datang ke Coffee House untuk ‘dinner’, tetapi keadaan diluar masih lagi lintang pukang, kerusi dan meja plastik bertaburan dan payung kanves ada yang patah dan ada yang tercabut. Malam itu kami semua makan makan malam agak lewat hampir jam 12.00 malam dan selepas itu kami semua beredar. Aku pulang terus kerumah bersama Amin.

                                                                  BERSAMBUNG

Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment