Friday, 2 November 2012

KISAH BENAR CAHAYA AL MAJID : KEAJAIPAN ALLAH TERTUMPAH KEPADA DON FRAZIER DI NEW ZEALAND: KENAPA ALLAH PILEH YAACOB?? BERIMAN KAH DIA? YAKINKAH DIA? HANYA ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALA TERSEMBUNYI.


NEGERI SUMPAHAN MAHSURI " LANGKAWI" AMAT BERTUAH .? BAGI AKU SAMA SAJA YANG PENTING 'KEIKHLASAN HATI" ITULAH KUNCI UNTUK SEGALA-GALANYA DIDUNIA YANG FANA INI.  BERKUMPUL DENGAN SAHABAT DARI KUALA LUMPUR MENINGGALKAN SERIBU 'RASA' DIHATI DAN BANYAK PETUNJUK ALLAH  SEMALAMAN YANG PERLU AKU RENUNGI.
                                                            SAMBUNGAN BHG XV
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

" sesungguhnya semua yang aku tuliskan disini adalah kebenaran dan hanya Allah SWT sebagai saksi diantara kami"
Pada keesokkan harinya semua sahabat sahabat dari Kuala Lumpur ‘check-out’ agak awal kerana ingin melawat tempat “mistik” di Langkawi. Sesetengah dari mereka sudah pun ke makam Mahsuri semalam, selepas kami habis makan tengahari dan ada diantara mereka belum lagi berkesempatan kesana. Oleh itu mereka berpecah ada yang ke Kuah untuk membeli belah dan ada juga ke Makam Mahsuri serta kekampung Beras Terbakar. Begitulah jadual sahabat sahabat dari Kuala Lumpur. Pada sebelah petangnya aku berserta sahabat dari Langkawi kecuali Hj Kamaruddin menunggu mereka di Jeti Kuah untuk mengucapkan selamat jalan. Alhamdullilah, semuanya berjalan dengan baik dan mereka semua menaiki Feri menuju ke Kuala Kedah dan kami pun bersurai, pulang kerumah masing masing.
Hari berganti hari, minggu berganti. Isteri aku ditawarkan untuk mengikat kontrak persembahan di Holiday Villa Resort yang terletak agak berhampiran dengan Hotel Awana Porto Malai. Tetapi kali ini isteri aku bergandingan dengan seorang pemuzik iaitu Sabri . Sabri merupakan bekas anggota tentera udara dan pernah mewakili kumpulan pemuzik dari tentera udara tetapi beliau memohon untuk berhenti awal kerana mengalami kecerderaan kekal dikaki. Kecerderaa itu membuatkan beliau jalan terhincut hincut tetapi itu tidak mematahkan semangat beliau untuk meneruskan kehidupan dan dengan bakat yang dimiliki  membolehkan beliau mencari kerjaya dibidang muzik. Mungkin itu sudah ketentuan kehidupan beliau.Beliau sudah pun berumahtangga dan isteri beliau merupakan seorang penyanyi  suatu ketika dulu dan merupakan warganegara Filipina dan disebabkan ‘visa’ dan ‘permit’ beliau sudah tamat maka beliau tidak boleh menyanyi dimana-mana lagi sehingga satu tempoh. Alhamdullilah, ini mungkin merupakan satu rezeki buat isteri aku untuk bergandingan dengan beliau. Sabri merupakan seorang penyanyi yang bagus dan mempunyai suara yang enak serta mempunyai koleksi koleksi lagu yang sangat digemari oleh pengunjung hotel. Oleh itu berganding dengan beliau banyak memudahkan tugas isteri aku sebagai penyanyi di hotel-hotel.Pada setiap malam, seperti biasa aku akan menemani isteri aku ketempat kerja dan ada waktunya aku akan ketempat Hj Kamaruddin yang jauhnya lebih kurang 600 meter saja.
Talipon berdering, aku lihat dipapan paparan tiada nombor talipon tertera, lalu aku jawap panggilan itu,’Asalammualaikum’, kata aku , yang aku dengar berbunyi begini.’Walikumsolom’,’Its me Don , Jaacob from New Zealand, still remember me’,Aku tersentak mendengar suara beliau, kerena inilah pertama kali beliau menghubungi aku melalui talipon setelah sebulan dia meningalkan Langkawi.’Lalu aku jawab, “Hello Don, how are you’, ‘I’m great’, jawab Yaacob lagi.’I’ve got a good news to share with you’, kata Yaacob lagi.Nada percakapan beliau amat ceria dan teruja sekali.”Its a miracle, the “thing’ in my head is gone’, kata Yaacob dalam nada kegembiraan.’ Thanks to Allah’, sahut Yaacob lagi(dia melafaskan kesyukuran kepada Allah SWT).’Izan, what shall I do now’, tanya Yaacob lagi.’Why don’t you come to Langkawi’, kata aku pula. ‘I will, I will’, jawab Yaacob.Lalu beliau menceritakan segala apa yang berlaku kepada aku.’That good’, kata aku . ‘I will inform you later’, jawap Yaacob, ‘Thank you Izan, send my love to everybody ok”, kata Yaacob mengakhiri perbualan kami malam itu. Aku memanjangkan kesyukuran aku kepada Yang Maha Esa, Syukur kehadrat yang Maha Esa dan Alhamdullilah keatas nikmat yang kau limpahkan keatas sahabat ku Yaacob Abdullah, sesunggunya segala keajaipan adalah milik Mu Ya Allah. Sesungguhnya Ya Allah, Kau Maha Berkuasa, Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Kau menyembuhkan dan kau duga semuanya  diatas Kehendak Mu Ya Allah, Kau Tuhan Langit dan Bumi dan segala sesuatu yang terbendung diantaranya. Terjadilah segala sesuatu mengikut kehendak Mu , Allahhuakbar, Allahhuakbar. Berita yang baru saja aku terima itu, aku kabarkan kepada Hj Kamaruddin dan juga kepada isteri aku sejurus beliau menamatkan persembahan malam itu. Dengan perasaan gembira penuh kesyukuran isteri aku menitiskan airmata kegembiraan dengan keajaiban yang dilalui oleh Yaacob. Kesedihan yang menyelubungi kami satu ketika dulu apabila dikabarkan bahawa beliau hanya mempunyai 6 bulan saja untuk hidup kini Yang Maha Esa menukarkan kesedihan itu dengan kegembiraan yang paling manis bagi sesiapa saja yang melalui detik detik itu tanpa diduda. Keterujaan aku amat tinggi sekali dan aku tidak sabar sabar menunggu kepulangan Yaacob ke Langkawi, itulah harapan aku.
TUMOR DON FRAZIER YANG HAMPIR MERAGUT NYAWA BELIAU DI'ANGKAT' ALLAH  HANYA DENGAN MELAFASKAN 'SYAHADAH" LAILAHAAILALLAH. YANG DILAFAS DENGAN SEIKLAS HATI.."YA ALLAH KAU BERI PETUNJUK KEPADA SESIAPA YANG KAU SUKAI"
                                              
Keesokkan harinya aku memanggil semua sahabat sahabat aku dan kami berjumpa di Awana Porto Malai. Amin datang dengan Nora, Simon ditemani oleh kedua dua anaknya, John Paul dan Andrew James dan malam itu Hj Kamaruddin membawa Ronnie dan aku datang bersendiri kerana isteri aku terpaksa bertugas. Aku menceritakan segala butir perbualan talipon diantara aku dengan Yaacob kepada mereka.  Aku memberitahu mereka apa yang terjadi sebenarnya apabila dia pulang ke New Zealand. “kata Yaacob,’setibanya dia di New Zealand selepas percutian 2 minggu di London, dia dijadualkan menemui Doktor yang merawatnya. Mengikut kata Yaacob lagi, sebenarnya pada setiap bulan dia harus menjalani rawatan terutama berhubung dengan tumbesaran “tumor’ dan pemeriksaan sampingan. Memandangkan beliau berada diluar Negara untuk jangkawaktu yang lama maka dia terpaksa berjumpa dengan Doktor dengan kadar segera tambahan pula bekalan ubatan yang dibekalkan hampir habis. Seperti biasa dia kehospital untuk menjalani pemeriksaan ‘scanning’ dan rawatan tersebut mengambil masa yang agak panjang. Kata Yaacob lagi, keputusan ‘scanning’ yang dijalankan hanya akan diketahui pada keesokkan harinya .Pada keesokkan harinya Jaacob kehospital untuk mengambil keputusan pemeriksaan  itu.Alangkah terkejutnya beliau, apabila Doktor yang merawatnya selama bertahun tahun mengesahkan bahawa ketumbuhan yang terdapat diotaknya sudah tiada. Salinan gambar yang telah di ‘scan’ juga ditunjukkan kepada Yaacob, namun ketumbuhan yang sepatutnya berada dilingkaran itu sudah tiada dan kejadian ini tidak bolih dijadikan satu ‘finding’ didalam teknologi perubatan moden. Oleh itu Doktor tidak berani untuk mengesahkan keajaibpan ini dan beliau dinasihatkan untuk menjalani ujian ulangan pada hari itu juga. Walaupun kesemua pakar kelihatan begitu gembira dengan keputusan tersebut tetapi mereka masih lagi meragui keputusan tersebut dan  sekali lagi Yaacob dinasihatkan untuk menjalani proses ulangan dan kali ini akan dikendalikan oleh beberapa orang pakar pula.Sekali lagi Yaacob terpaksa menjalani proses tersebut dan setelah selesai barulah beliau dibenarkan pulang tetapi kali ini keputusan terperinci hanya akan diketahui didalam jangkamasa dua hari. Pada hari yang dijanjikan Yaacob telah kehospital untuk mengetahui keputusan samada keputusan tempoh hari adakah benar ataupun kesilapan teknikal. Kata Yaacob lagi, pagi itu beliau sungguh gementar dan perasaan takut  menyelubungi diri beliau. Kalau dia merujuk kepada keputusan terdahulu, dia diberitakan hanya mempunyai masa selama 6 bulan lagi untuk bergelar manusia, tetapi keputusan hari ini akan menentukan segalanya berhubung nasib beliau. Setelah beliau dipanggil masuk kedalam bilek Doktor Pakar Otak dan Ketumbuhan beliau disambut dengan kegembiraan oleh kesemua Doktor yang menanti beliau. Gambar keputusan ‘scanning’ ditunjukkan kepada beliau dan Doktor mengesahkan bahawa ketumbuhan tersebut benar benar sudah tiada lagi ditempat sepatutnya. Kesemua Doktor yang menjalankan pemeriksaan terhadap beliau tempoh hari  kehairanan dan tidak dapat memberi sebarang ulasan scientific berhubung ‘kehilangan tumor’ yang dihidapi beliau sekian lama. Beliau sangat gembira dengan perkembangan itu dan mengambil keputusan untuk memberitahu kita semua dengan kadar segera.’ “Itulah apa yang diceritakan oleh Yaacob kepada aku”, kata aku kepada para sahabat dan Yaacob memberitahu bahawa dalam masa terdekat beliau akan menyusul semula ke Langkawi.  Berita kegembiraan yang aku sampaikan itu mengembirakan rakan rakan di Langkawi.Masing-masing mengucapkan syukur kehadrat Illahi sambil menekup kedua belah tangan kemuka mereka dan ada diantaranya menitiskan air mata. Aku lihat wajah setiap sahabat yang hadir, namun apabila aku terlihat wajah Simon, raut wajahnya berubah, aku tidak tahu kenapa, namun begitu aku hanya mendiamkan diri tanpa bertanya apa-apa kepada beliau. Hanya beliau dan Tuhan saja yang tahu apa yang tersirat dihatinya. Perubahan itu berlanjutan dan ketara dan sungguh janggal.  Beliau memberitahu aku bahawa beliau terpaksa balik awal dengan alasan anak beliau terpaksa menghabiskan kerja kerja sekolah dan tidak dapat bersama-sama kami untuk makan malam. Aku tidak membantah keputusan beliau tetapi aku merasakan ada sesuatu tidak kena. Namun aku membiarkan persoalan itu berlegar legar difikiran aku. Selepas bersalaman Simon dan anak anaknya berlalu dan meninggalkan kami. Aku menjangkan  hanya aku seorang saja yang perasan dengan perubahan Simon, rupa-rupanya Amin dan Hj Kamaruddin juga mempunyai firasat  yang sama juga dan merasakan perubahan yang amat ketara terhadap sikap dan tingkahlaku Simon. Untuk menenangkan hati sahabat-sahabat, aku pun berkata,’Mungkin dia tidak berapa sihat kot atau mungkin juga “bekas” isteri dia kacau”, kata aku lagi. Masing masing pun terdiam dengan kata kata aku itu. Selepas makan malam kami bersurai dan aku terus ke Holiday Inn Resort .

                                                    BERSAMBUNG
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment