LEBIHAN ROTI AKU YANG DIDALAM PIRING DIAMBIL OLEH SIMON LALU DICELUP DIDALAM MANGKUK KUAH YANG AKU MAKAN. "YA ALLAH ADAKAH INI PETUNJUK MU? KENAPA PERISTIWA INI BERULANG ? KENAPA AKU. |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
"sesungguhnya semua yang aku tuliskan adalah kebenaran dan hanya Allah menjadi saksi diantara kami"
Beberapa hari selepas kejadian itu, Hj Kamaruddin menjemput aku ke Boardwalk Cafe, kerana hari itu merupakan hari pertama Hj Kamaruddin mengadakan promosi makanan ‘barbeku’ di Hotel tersebut. Aku menjangkakan juga bahawa jemputan ini juga dipanjangkan kepada Amin serta keluarga dan juga Simon berserta anak anak. Pada hari tersebut aku keluar dari rumah agak awal kerana aku sudah memaklumkan kepada isteri aku tentang jemputan Hj Kamaruddin tetapi isteri aku tidak dapat turut serta kerana petang itu beliau terpaksa membuat rehearsal bersama Sabri untuk persiapan lagu lagu baru. Setelah aku hantar isteri aku diHoliday Inn Resorts aku terus ke Awana Porto Malai. Diperkarangan letak kereta aku dapati kenderaan Simon dan Amin diletakkan bersebelahan lalu aku parkir kereta aku bersebelahan kereta Amin. Aku terus berjalan kearah pintu utama Hotel Awana dan terus berjalan kebelakang menuju boardwalk cafe. Aku dapati ketika itu ramai pengunjung dan pergerakan kaki tangan agak sibuk sehinggakan kehadiran aku disitu tidak disedari oleh sesiapa pun. Lalu aku menuju kemeja Amin dan Simon, mereka juga tidak perasan akan kehadiran aku. Aku memberi salam,”Assalammualaikum’,’Waalaikumsalam”, jawab Amin. “Maaf Bang, tak perasan abang sampai’, kata Amin.’Tak pa”,kata aku.”sibuk juga petang ni”, kata aku sambil menghulur tangan bersalaman .’Ha, Din, sibuklah malam ni”, kata aku kepada Hj Kamaruddin.’Macamtulah nampaknya, first day promotion, malam BBQ pulak’, jawap Hj Kamaruddin.’Hai Simon, where’s the two boys”,tanya aku .’They don;t want to come, tired I guess”, sambung Simon lagi. “Ok”, jawap aku pula. Ketika itu mereka sudah pun mula makan, mungkin aku terlambat petang tu.’ Abang, makan?’, kata Amin mempelawa aku,’Bismillah”, jawab aku pula.Ronnie pun datang menghampiri aku, ‘Abang Izan nak minum apa?”, tanya Ronnie.’’Nescafe panas’, jawap aku, ‘Makan?’, tanya Ronnie lagi,’Kejap lagi la Ronnie’, kata aku.Ronnie pun terus ke kitchen. Aku duduk sambil rokok dijari aku sambil memerhatikan mereka berdua makan.’Patutlah tak nampak abang datang, rupanya lauk kari”, kata aku kepada mereka. ‘Bang, rasalah..power’, sahut Amin pula. Simon dan Hj Kamaruddin hanya tersenyum mendengar kata-kata Amin itu. Dari jauh aku lihat Ronnie berjalan kearah kami sambil membawa minuman aku. Diletaknya minuman didepan aku.’Bang Izan, daging lamb chop fresh, baru sampai tadi, macammana?’, tanya Ronnie. Dia tahu aku suka makan lamb chop, tak kira waktu, petang atau malam,semestinya lamb chop.’Boleh la”, kata aku lagi.”Bos”, merujuk kepada Hj Kamaruddin pula.’Boleh juga la”, sahut Hj Kamaruddin pula.Nampaknya hanya aku dan Hj Kamaruddin akan menikmati lamb chop petang itu.Apabila pesanan kami sampai, Ronnie meletakan lamb chop tersebut satu dihadapan aku dan satu lagi dihadapan “Bos”nya.’’Ada apa apa lagi?’, tanya Ronnie. ‘Ronnie, tolong bawakan Bun serta kuah kari ya’, pinta aku kepada Ronnie,’Ok Bang Izan”, dan Ronnie pun berlalu dari situ.Hari itu hanya kami berempat saja,Simon duduk bertentangan dengan aku dan bersebelahan dengan Amin dan Hj Kamaruddin pun sama dimana Hj Kamaruddin duduk disebelah aku. Simon dan Amin baru saja habis makan lalu meminta diri kebelakang untuk mencuci tangan. Aku dan Hj Kamaruddin mula makan sambil berbual dan roti serta kuah kari yang aku pesan sudah pun sampai dan diletakkan diatas meja.. Beberapa minit kemudian Amin dan Simon kembali semula kemeja kami dan kami berbual seperti biasa. Apabila aku dan Hj Kamaruddin sudah habis makan , Ronnie membersihkan meja kami dan mengangkat semua pinggan kecuali roti dan kuah kari yang masih lagi belum aku sentuh. Selalunya aku akan makan roti dan lamb chop sekali tetapi hari itu aku tidak berbuat demikian.Hj Kamaruddin menjemput aku untuk menjamah roti tersebut. Aku katakan tunggu dahulu kerana masih terasa kenyang lagi. Selepas pusingan kedua minuman dihidang, lalu aku ambil roti dan aku bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian aku makan dan satu bahagian lagi aku letakkan semula dipinggan. Aku makan roti itu sedikit demi sedikit sambil mencelupnya kedalam kuah kari tersebut. Ketiga tiga mereka hanya memerhatikan saja aku makan sambil kami berbual. Tiba-tiba Simon mengambil sebahagian roti yang aku letakkan tadi lalu diambilnya dan dia mencelup roti tersebut kedalam mangkuk kari yang aku gunakan. Aku pernah memberitahu mereka bahawa aku tidak membenarkan sesiapa pun untuk mengambil atau memakan makanan lebihan aku kecuali anak anak aku dan isteri sahaja. Melihatkan perbuatan Simon itu, Hj Kamaruddin dan Amin tercengang dan berpandangan sesama mereka tanpa berkata kata. Setelah sebahagian roti tersebut habis dimakan,
“It is the one to whom take this piece of bread when I have dipped it in the dish.”
Judas took the bread, t
hen, dipping the piece into Jesus dish" Judas Iscariot, son of Simon.
‘KENAPA SIMON JUGA MELAKUKAN PERKARA YANG SAMA SEPERTI JUDAS. ADAKAH INI SATU PETUNJUK "During the meal Jesus predicts his betrayal by one of the disciples present," |
Simon memohon diri sebentar untuk ketandas.Lantas Simon bangun dan terus berjalan menuju ketandas. Aku pernah berkata dan mengingatkan mereka dengan ungkapan ,’those who dip with me is the traitor’.Aku kira Simon terlupa agaknya. ‘Macammana Bang’, tanya Amin kepada aku. “Nak buat macammana dan terlepas, mungkin ini suatu tanda’, jelas aku lagi. Amin terdiam, lalu aku berkata lagi,’Amin, ini bukan kehendak kita, tetapi Tuhan yang menentukan’.’Mudah mudahan Bang’, kata Amin .’ I baru teringat’, sampuk Hj Kamaruddin pula,’malam tadi I mimpi Simon datang jumpa I, dia pakai pakaian yang serupa seperti macam ni, kenapa ya’, tanya Hj Kamaruddin.”Allah Maha Pemberi Petunjuk’, ‘Jangan lihat dengan mata’,tak nampak, tapi lihat’ dengan hati’, baru terang, jelas aku lagi. Amin dan Hj Kamaruddin terpingga-pingga dengan penjelasan aku itu.’Ini yang susah nak faham ni’,kata Hj Kamaruddin lagi. ‘ Nanti you all akan faham’,kata aku lagi. Apabila Simon sampai kami tidak panjangkan cerita itu lagi. Tidak berapa lama selepas itu, Amin dan Simon pun beredar dan aku pun terus ke Holiday Villa.
Hari yang dijangkakan sudah tiba, Simon memberitahu aku bahawa Yaacob akan sampai di Langkawi esok. Dia memberitahu aku bahawa dia akan menjemput Yaacob di lapangan terbang dan dia sudahpun memaklumkan kepada Hj Kamaruddin agar menyediakan sebuah bilek untuk Yaakob di Awana Porto Malai. Simon memberitahu aku bahawa adik beliau, Zainal juga akan datang keesokkannya dari Kuala Lumpur.Zainal ketika itu agak kerap juga datang ke Langkawi untuk menemui aku untuk tujuan projeknya diJohor. Perhubungan kami agak rapat juga seperti yang lain lain. Pada hari kedatangan Yaakob ke Langkawi buat kedua kalinya, aku hanya pergi menemui beliau di Awana Porto Malai hanya pada sebelah malam sahaja kerana beliau sampai waktu tengahari dan aku menjangkan Yaakob akan kepenatan kerana perjalanan yang jauh jaraknya. Penerbangan beliau melalui Auckland ke Singapura dan dari Singapura beliau terbang ke KLIA Sepang dan dari KLIA beliau menaiki penerbangan yang lain untuk ke Langkawi dan aku menjangkakan keseluruhan waktu yang diperlukan untuk sampai ke Langkawi melebihi 10 jam dan ini amat memenatkan.Aku hanya menghubungi Yaacob melalui pangilan talipon pada petang itu dan hanya Simon dan Hj Kamaruddin sahaja yang menemani beliau diHotel tengahari itu.
BERSAMBUNG
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
BERSAMBUNG
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment