Saturday, 4 November 2017

THE PROMISED LAND: ADAKAH INI JADI PILIHAN.

Bismillahirrahmanirrahim.

MELAYU MELAYU MELAYU
YANG DISEBUT ADALAH ORANG MELAYU
TETAPI BANGSA MELAYU AKAN HILANG.

BANGSA JOHOR SUDAH ADA

ADAKAH KETURUNAN SUKU ACHEH, KETURUNAN SUKU BUGIS, KETURUNAN SUKU MINANG, KETURUNAN SUKU ARAB MAHUPUN KETURUNAN SUKU JAWA MENDILING DI NEGARA INI TIDAK MAHU DIKENALI SEBAGAI BANGSA MELAYU ATAU HANYA MAHU DIPANGGIL SEBAGAI ORANG MELAYU SAJA???

Kalau sekarang sebut saja yang negative pasal keturunan pasti ada yang akan melenting.

Tetapi apabila  Dr Mahathir dijaja sebagai keturunan mamak  India dari Kerala, olih seorang Timbalan Perdana Menteri mahupun olih Perdana Menteri , sedikit pun Dr Mahathir  tidak pula melenting.
Tetapi apabila Dr Mahathir memulangkan paku buah keras kepada Najib  , ramai pula yang terasa.

Kini Raja dan Orang Besar Istana dah mula melenting apabila suku  keturunanya didakwa diungkit olih Dr Mahathir.

Isunya adalah kerana Dr Mahathir menuduh  Najib berasal dari keturunan lanun Bugis yang didakwa telah " mencuri" wang rakyat . Isu 1MDB dan RM2.6 yang diterima Najib dan masuk.keakaun peribadinya itulah yang menjadi pertikaian sehingga kini.

Namun isu ini diangkat dan diambil kesempatan olih mereka mereka yang berkepentingan.

Kalau isu suku atau keturunan yang semudah ini pun tidak dapat ditimbang maka tidak ada gunanya lagi bagi rakyat dari negeri lain untuk mentaati Raja yang bukan dari negeri mereka.
Hanya rakyat perlu taat dan  patuh hanya kepada Yang Di Pertuan Agong saja.

Kalau Raja atau Sultan berketurunan Bugis hanya untuk orang Bugis, atau kalau Raja Keturunan Syed atau Raja Perlis hanya untuk keturunan Syed saja maka Negeri Sembilan hanya untuk orang keturunan Minang Kabau dan begitu juga dengan Sultan Kelantan bersalur dari keturunan Petani Siam, maka, eloklah pembahagian dibuat kalau itu yang cuba ditanamkan olih ahli politik mahupun Istana kepada rakyat.

Maka tiada keperluan lagilah untuk rakyat yang berlainan keturunan dari menghargai mahupun menunjukkan taat setia kepada Raja mahupun Sultan yang bukan berasal dari negeri mereka.

Kalau orang Bugis hanya taat dan setia kepada Raja dan keturunan Bugis , manakala orang Minang di Negeri Sembilan juga wajib terhadap Yang Di Pertuan Besar nya maka begitu jugalah hendaknya kepada rakyat dinegeri lain.
Adakah itu yang diinginkan??

Kalau isu keturunan seperti ini yang dimahukan olih ahli politik maka tiada keperluan lagi buat rakyat untuk mengangkat Raja Melayu yang bukan berasal dari negerinya . Yang wajib hanya Raja dari negeri kelahiran nya saja.

Seperti kisah dizaman dahulu. Raja Majapahit untuk kerajaan Majapahit dan jajahannya saja.dan Negeri Melaka.hanya untuk rakyat negeri Melaka dan naungannya saja.

Kalau pemerintah dan kerajaan sanggup mempermainkan isu bangsa dan keturunan maka tiada apa lagi yang perlu rakyat pertahankan. Buatlah sekonyong-konyonnya.

Sepatutnya setelah lebih 60 tahun negara ini merdeka maka tiada lagi isu " suku" atau " keturunan" yang menjadi pemisah.

Dan sepatutnya semua warga telah menerima ketentuan bahawa cuma.ada Bangsa Melayu dan Bumiputra serta Raja Raja Melayu saja dinegara ini disamping bangsa bangsa lain seperti Cina, India dan lain lain . Isu suku kaum atau keturunan sepatutnya tidak timbul lagi.

Sebaliknya apa yang terhangat kini, isu sukukaum atau  keturunan mula dilihat sebagai tanda pemecahan negara bangsa.yang telah dibina..
Adakah berbaloi untuk.kita panjangkan isu ini?

Kaum Cina yang berasal dari China dan datang dari berpuluh puluh sukukaum pun masih tetap bermegah dengan Bangsa Cinanya dan mengenepikan sukukaum mereka namun dalam hal ini, orang kita gagal mempelajari dari mereka dan mengambil iktibar darinya.

Jadi benarlah bahawa Bangsa Meem bukanlah dari bangsa Melayu!!!

Allahhuakbar !!!

Sedih!!! sedih!!! sedih!!!

Cahaya Al Majid

4 comments:

  1. Ramai sedang mempamirkan..

    Apabila tak cukup masak, dinamakan tiga suku...

    Apabila tak cukup tinggi, dinamakan kurang seinci..

    Apabila tak dapat petunjuk dan hidayah..masak tak empuk..

    Semoga Allah terus memelihara Tun dan penyokongnya selagi perjuanganya benar...

    Aamiin..

    ReplyDelete
  2. Apabila tak cukup tinggi, dinamakan kurang seinci..
    Apabila tak cukup panjang, siibuk curi2 cari pengganti .ii.
    Apabila terlobeh panjang 9", sodapp siibuk terkancing gigi .I.

    ReplyDelete