Saturday, 4 November 2017

THE PROMISED LAND : UNGKAPAN "KEPALA BAPAK KAU" TANDA MANUSIA HILANG PEDOMAN.

Bismillahirrahmanirrahim.

Tiada kata yang dapat diterjemahkan dalam melihat tingkah laku Najib serta gaya bahasa yang dilontarkan terhadap musuh politiknya.

Kalau dalam masyarakat Melayu, sekiranya terpacul ungkapan " kepala bapak kau" dari mulut seseorang nescaya "kemarahan", dan " dendam" pasti terpahat dihatinya ". "Bengkak" atau kemungkinan " terjadinya pergaduhannya "berparang" dari musuh yang diserang pasti berlaku.

Mengeji dan menghina dengan cercaan "kepala bapak kau " dihadapan bangsa lain yang bukan beragama Islam amatlah dikesali dan ianya sekali gus membuktikan bertapa rendahnya nilai moral dan akhlak seseorang itu.

Ini menunjukkan betapa rosaknya akal dan budi seseorang. 
Kesalahan sianak ini jelas membuktikan bahawa kedua ibubapanya gagal  dalam mendidik anak terutama dalam bak akhlak dan santun.

Perbuatan Najib bukan saja menjatuhkan maruahnya sebagai seorang Perdana Menteri yang mengaku Islam juga Melayu, ditambah pula dikatakan dari keturunan  "orang besar Istana" maka imej Islam yang "dikendong" mahupun yang dilaung laungkan dalam agama sebagai agama berkasih sayang, hancur berderai jatuhnya kelubang najis akibat dari perilaku Najib.

Itulah perumpamaan yang dapat digambarkan terhadap batang tubuh Najib.

Isu yang diketengahkan Pembangkang tentang penjualan dan pembinaan serta pemilikan harta berstatus " freehold" ATAU " pegangan bebas'  yang dibenarkan olih Kerajaan Najib kepada warga China dilihat tidak disenangi olih rakyat mahupun warga tempatan.

Namun atas alasan pelaburan Kerajaan Najib menghalalkannya.

Sekiranya isu pelaburan itu dijadikan alasan buat Najib untuk mengungkap kata kata " kepala bapak kau" maka Najib adalah tergolong dari " specis" yang wajib dibuang kerana " "virus" dari mulut nya amat berbahaya kepada masyarakat.

Kalau " budget 2018" NAJIB dipanggil " ibu segala bajet' maka ' Bapak kepada Segala Bapak Penyamunan Negara, adalah Bapak Najib".

Cahaya Al Majid


No comments:

Post a Comment