Bismillahirrahmanirrahim.
PULAS TANGAN PISAU DILEHER
Negara dan bangsa Melayu yang dahulunya amat dihormati warganya kini tengah berada di persimpangan.
Persimpangan ini dicetuskan olih pola politik yang tidak bersandarkan kepada ajaran Al-Quran mahupun dari ajaran yang dibawa olih Rasulullah saw iaitu ajaran hakiki yang menurut syariat yang sebenar.
Kerana politik, pemikiran rakyat dipesongkan semata mata demi kuasa. Ada rakyat yang termakan ideologi dan dakyah sesebuah parti politik namun dan ada juga yang tidak.
Tetapi rata rata yang taksub dengan politik akan terlihat ketaksuban mereka.
Majoriti rakyat dinegara ini adalah berbangsa Melayu yang mengaku Islam.
Namun keterbukaan minda tentang beberapa isu yang menyelubungi politik serta kuasa politik dilihat amat sempit.
Sedarkah kita bahawa apa saja keputusan yang bakal menjelma selepas PRU 14 ini, atau kelompok siapa saja yang menang belum tentu akan menjamin masa depan negara yang baik.
Sebenarnya kita sedang dijurus atau dialirkan ke destinasi yang kita pilih sendiri.
Siapa berkuasa atau siapa memerintah adalah pilihan kita. Namun segala pilihan kita semuanya akan berakhir dalam perencanaan Yang Maha Esa jua.
Allah SWT berfirman " Aku tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka yang merubahnya".
Berdasarkan dari firman diatas maka segala perubahan bukanlah ditentukan Allah SWT tetapi pilihan ingin berubah itu adalah ditangan manusia.
Kini dua kelompok Melayu sedang berlumba lumba untuk menjadi juara. Pihak yang memerintah kini sedang giat mempromosikan ajendanya.
Walaupun partinya telah memerintah negara ini lebih dari 60 tahun namun 5 tahun kebelakangan ini parti tersebut dilihat sudah lari dari perancangan dan hala tuju.
Pemimpin parti ini didakwa olih pemimpin pembangkang dan juga olih dunia akan keterlibatannya dalam subsektor pengubahan wang haram. Namun didalam negara pula beliau sendiri mengaku bahawa RM2.6 billion masuk keakaun peribadinya begitu juga dengan dana RM40 juta.
Namun yang menjadi pertikaian adalah sumbernya. Walauapapun alasan yang cuba diberikan namun keadaan yang dilalui ini amat memberi kesan dan kini terdapat kalangan penyokong nya berubah arah.
Dari implikasi yang sedang diharungi pemimpin ini , martabat dan maruah jawatan Perdana Menteri negara kita merudum dimata Pemimpin dunia.
Ini yang sedang berlaku kini.
Apa yang kita takutkan berlanjutan dari kes ini, akan bermacam macam perkara luar jangka bolih terjadi, samaada dari segi ekonominya mahupun politik nya.
Pengheretan kelangsungan masa depan negara ini sudah tidak ketentuan lagi dibawah kepimpinan yang memerintah masakini.
Bermacam macam rintingan dan kekangan ekonomi pasti membatasi kerancakan pengekonomi negara diluar negeri.
Ketidak telusan serta dipalitkan dengan isu pengubahan wang haram membawa implikasi buruk terhadap perhubungan dua hala.
Mengambil contoh kalau dahulu negara kita berpendirian berkecuali terhadap isu isu negara luar tetapi kini pegangan itu sudah mula luntur.
Peperangan yang diketuai olih Arab Saudi dan sekutunya Amerika terhadap Yamen. Kini Malaysia telah terbabit dengan secara tidak langsung. Namun negara yang diperangi Arab Saudi itu tidak mengambil kira situasi ini, apa yang mereka tahu adalah melabelkan kita sebagai rakan subahat Arab Saudi.
Adakah situasi in baik untuk kita?
Bersambung
Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment