Bismillahirrahmanirrahim.
BAB POLITIK SAHIH TELAGAH
BAB AGAMA BERTELAGAH JUGAK
BAB SUKU DAN KETURUNAN PUN
NAK BETELAGAH JUGA??
Firman Allah SWT " Aku jadikan manusia itu bersuku suku dan berbangsa bangsa, agar kamu mengenali sesama mereka'. Sesungguhnya yang terlebih mulia di sisi Ku adalah mereka yang bertakwa.
Sekiranya umat Melayu yang beragama Islam dan berpegang teguh dengan firman Allah SWT diatas, nescaya, tidak akan ada perbalahan akan berlaku.
Nescaya ungkitan mahupun celaan tentang keturunan mahupun sukubangsa pasti tidak akan menjadi perbandingan ataupun perbezaan lagi sekiranya mereka mentaati perintah Allah SWT seperti yang dituntut.
Cuba kita singkap kisah dizaman Nabi dahulu, adakah, " suku" atau " bangsa" yang dapat menyatukan mereka?
Tidak bukan!
Yang menyatukan mereka mereka ini adalah kerana" pegangan agama"nya yang dianuti atau yang dipercayai mahupun yang diyakini. Mereka mereka ini meliputi semua sukubangsa dan warna kulit tetapi disebabkan ketakwaan terhadap Allah SWT, isu sukukaum, sukubangsa dan warna kulit tetap tidak menjadi penghalang.
Bangsa Arab terdiri dari berbagai bagai sukukaum atau suku bangsa namun apabila Muhammad s.aw diangkat sebagai Nabi dan Rasullulah, adakah suku suku dari bangsa Arab lain datang dan menyanggah beliau? Yang disanggah hanya lah ' ajaran' nya, tetapi nilai kaum atau bangsa tidak pula dipertikai.
Mereka tetap berdiri teguh dibawah label ' bangsa Arab dan bukan suku kaumnya.
Begitu juga dengan Bani Israel. Terdapat banyak suku suku dikalangan mereka. Namun diatas keberadaan seseorang, apabila seseorang itu diangkat Tuhan sebagai Nabi mahupun Rasul, bangsa mereka tetap menerima seadanya walaupun ' ajaran" atau agama yang dibawa itu tidak menepati salera mereka. Tetapi kebanggaan kerana " bangsa" tetap keutamaan.
Namun apa yang bakal terjadi dan berlaku dinegara kita adalah sebaliknya.
Fahaman keterlaluan atau fanatik terhadap "kehebatan' suku kaum sendiri atau keturunan bangsa dijadikan ukuran. Sedarlah bila frasa kesukuan atau sukubangsa ini cuba diangkat dan meninggalkan bangsa , maka, keributan dan kekeliruan bakal mengundang perpecahan yang ketara dikalangan bangsa Melayu.
Perlu kita ingat, kenapa Allah SWT memfirman ayat ayat mengenai suku suku dan bangsa. Adakah untuk suka suka?? Tidak. Allah SWT telah menggariskan semuanya.
Firman Allah SWT itu sememangnya dilihat enteng tetapi implikasi dan risiko yang bakal ditanggung manusia sekiranya tetap mahu membeda beda,maka, bencana sesama sendiri pasti berlaku.
Perhatikan dinegara kita, ada Raja keturunan suku Bugis, ada Raja dari keturunan suku Minang Kabau, ada Raja dari Keturunan suku Jawa dan ada juga dari suku Arab dan bermacam macam lagi suku bangsa dan keturunan tetapi apabila kita telah menganggap bahawa kita adalah dari rumpun Bangsa Melayu, kenapa mesti kita bertelagah hanya kerana " suku kaum"?
Adakah.sukukaum ini akan menjamin ketakwaan kita disisi Allah SWT? Atau adakah suku kaum ini merupakan passport VIP untuk duduk di sisi Rasulullah?
Dalam perlembagaan telah digariskan siapa Melayu dan siapa bumiputra dan ditetapkan juga mengikut keturunan Bangsa masing masing .
Kita ada bangsa Cina ada Bangsa India dan bermacam macam lagi. Adakah perlu kita merujuk kepada kisah 500 dahulu atau fikiran kita tetap seperti 500 tahun dahulu.
Yang menjadi persoalan adakah Raja Raja yang memerintah negeri negeri ini mewakili suku kaum mereka saja ?
Atau mana yang lebih utama ,suku sendiri atau Bangsa?
Kenapa sejak kebelakangan ini isu sukubangsa dijadikan pertikaian? Kenapa masih lagi mahu berpuak puak ataupun bersuku suku kalau semua dan mengaku Bangsa Melayu ataupun Bangsa Malaysia bak kata Najib.
Cukup cukup lah..Ingatlah peringatan dari Allah SWT
Cahaya Al Majid
Yang menegakan kebenaran, itu namanya bangsa...
ReplyDeleteYang menegak, mempertahan, melindung, mengutamakan kemungkaran, itu namanya bangsat..
Apa yang nak sibuk2 dengan perkataan "Bugis"? Dedahkanlah sejaran Bugis ni.
ReplyDeleteDan di zaman moden ini, siapakah yang mengaku dirinya pahlawan bugis, layar kapalnya dilebarkan dan sauh dilabuhkan? Bukankah itu kenyataan yang bodoh? Itulahlah yang ditunjukkan oleh Tun M, sasarannya seorang "pahlawan Bugis' sahaja. Dan yang sibuk Jusuf Kala yang tak pernah ambil peduli rakyat Indonesia menghina Malaysia dan orang Melayu. Dan kaum Bugis di negara ini megah sangat kah dengan penyamun Bugis di negara kita ini sehingga nak serang orang tua tu.
Hey orang Bugis di Malaysia. Kenapa histeria sangat? Lapangkanlah fikiran anda semua. Pemikiran yang sempit beginilah yang menimbulkan histeria dan huru hara. Ingat orang Bugis ini memang megah, tetapi nampaknya kebanyakkannya berpikiran sempit. Bada 21 lah sekarang ni. Majulahlah sikit dan jangan ketinggalan zaman. Banyak anjing besar di luar sana yang miang dan galak menjolok anda!