Monday, 5 November 2012

KISAH BENAR CAHAYA AL MAJID : KEAGUNGAN ALLAH TERJADI DIHADAPAN MATA MEREKA. ADAKAH MEREKA YAKIN DENGAN KEJADIAN INI?


KEBESARAN ALLAH SWT TERBUKTI  DISINI  "HOOLIDAY VILLA LANGKAWI"  DIHADAPAN PARA SAHABATKU . SIKODOK ATAU KATAK JUGA 'MENDENGAR SERUAN  AKU". SIMON,PETER,DON, ZAINAL, HJ KAMARUDDIN DAN ISTERI KU 'TERKEDU' DENGAN PERISTIWA INI.
                                                              SAMBUNGAN XVII
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

" sesungguhnya semua yang aku tuliskan adalah kebenaran dan hanya ALLAH SWT sebagai saksi diantara kami".

Hari yang dijangkakan sudah tiba, Simon memberitahu aku bahawa Yaacob akan sampai di Langkawi esok. Dia memberitahu aku bahawa dia akan menjemput Yaacob di lapangan terbang dan dia sudahpun memaklumkan kepada Hj Kamaruddin agar menyediakan sebuah bilek untuk Yaakob di Awana Porto Malai. Simon memberitahu aku bahawa adik beliau, Zainal juga akan datang keesokkannya dari Kuala Lumpur.Zainal ketika itu agak kerap juga datang ke Langkawi untuk menemui aku untuk tujuan projeknya diJohor. Perhubungan kami agak rapat juga seperti yang lain lain.
Pada hari kedatangan Yaakob ke Langkawi buat kedua kalinya, aku hanya pergi menemui beliau di Awana Porto Malai hanya pada sebelah malam sahaja kerana beliau sampai waktu tengahari dan aku menjangkan Yaakob akan kepenatan kerana perjalanan yang jauh jaraknya. Penerbangan beliau melalui Auckland ke Singapura dan dari Singapura beliau terbang ke KLIA Sepang dan dari KLIA beliau menaiki penerbangan yang lain untuk ke Langkawi dan aku menjangkakan keseluruhan waktu yang diperlukan untuk sampai ke Langkawi melebihi 10 jam dan ini amat memenatkan.Aku hanya menghubungi Yaacob melalui pangilan talipon pada petang itu dan hanya Simon dan Hj Kamaruddin sahaja yang menemani beliau diHotel tengahari itu.
Selepas waktu Maghrib aku terus ke Awana Porto Malai dan perjalanan dari Holiday Villa Resorts hanya mengambil masa 5 minit sahaja. Sebenarnya Holiday Villa menyediakan sebuah bilek untuk kegunaan isteri aku kerana beliau merupakan residen singer dihotel tersebut.Dengan penyediaan bilek itu, memudahkan aku untuk ke Awana pada bila bila masa. Apabila aku sampai di Awana Porto Malai aku terus ke Boardwalk Cafe. Setibanya aku di Boardwalk Cafe aku lihat Hj Kamaruddin,Simon dan anak anaknya,John dan Andrew sudah pun berada bersama-sama Yaacob sementara Amin masih lagi belum kelihatan.(Mungkin didalam perjalanan.)Salam aku ucapkan kepada semua lalu aku kearah Yaacob sambil menghulur tangan. Beliau bangun berdiri lalu memeluk aku , ‘Thank you, Izan, Thank you Izan’, diulangnya ungkapan itu.’ Thanks to Allah;, jawap aku. ‘Yea, Yea’, kata Yaacob sambil menepuk belakang bahu aku. ‘Thanks Allah” kata Yaacob. Kami pun duduk, dari jauh aku terlihat Amin datang sambil tersenyum, ‘Assalammualaikum’, ucapan Amin,’Waalaikumsalam’, jawap kami semua.’Hai Don’, sahut Amin, sambil menghulur tangan. Yaacob bangun disambutnya tangan Amin lalu dipeluknya Amin. Aku duduk disebelah Yaacob dan Simon dihadapan aku bertentangan. Terdengar oleh aku ungkapan Amin,’How are you”,tanya Amin. “I’m great, thank to Allah’, jawab Yaacob.Pelukan dilepaskan dan Amin merapati aku sambil menghulur tangan bersalaman,’Apa khabar Bang?’,’Alhamdullilah”, kata aku, lalu beliau bersalaman dengan Simon. Kami bersembang sambil menikmati makanan dan sekali sekala Hj Kamaruddin akan ke meja kami untuk memastikan makanan dimeja kami sentiasa dipenuhi.
Malam itu merupakan giliran Hj Kamaruddin sebagai ‘Duty Manager’.Perbualan malam itu agak rancak dan sekali sekala Amin akan membuat ‘lawak’nya maka ‘pecah’lah keheningan meja kami. Didalam kerancakan perbualan itu Yaacob menceritakan perjalanan yang dilalui ketika membuat rawatan susulan dihospital di New Zealand dan juga ketika beliau bercuti di London bersama-sama anak beliau, Scott Frazier.Perbualan kami malam itu agak lewat juga berakhir lebih kurang jam 1.00 pagi.
Pada keesokkan harinya seawal jam 8.00 pagi aku telah sampai di Awana Porto Malai untuk bersarapan dengan Yaacob.Kedatangan aku pagi itu disambut oleh Hj Kamaruddin. Sementara menunggu Yaacob turun ke Boardwalk Cafe , Hj Kamaruddin menjemput aku untuk bersarapan dahulu sambil menunggu Yaacob. Lebih kurang setengah jam kemudian, Yaacob menyertai kami untuk bersarapan dan kini giliran aku dan Hj Kamaruddin menemani beliau pula. Waktu sarapan itu kami berbual tetapi pada pagi tersebut Amin dan Simon tidak berkesempatan menyertai untuk bersarapan.Didalam perbualan itu aku ada menyebut juga tentang perkara asas yang belum lagi disempurnakan lagi oleh Yaacob. Lalu Don bertanya, ‘Izan, what shall I do now’,lantas aku menjawap,’First of all, we must register yourself as a Muslim with Langkawi Islamic Office, is it ok with you?’, kata aku.’Of course”, jawap Yaacob.’ When can we do that’, sambung Yaacob.’Anytime’, kata aku,’ ‘but if you are free, we can do it today’,kata  aku lagi. Aku tidak ingin mendesak, hanya ingin melakukan apabila dia berasa selesa.’Ok, I do it today’, kata Yaacob pula.’What time shall we go there?’, tanya Yaacob.’Maybe, after you had your breakfast”, aku cadangkan kepada beliau.’Ok, but I need t take my passport, its in my room’, kata Yaacob. ‘No problem’, kata aku lagi. Selesai saja sarapan Yaacob memohon diri untuk naik kebilek untuk mengambil dokumen peribadi beliau. Lalu Hj Kamaruddin menghubungi Amin dan Simon , memberitahu mereka bahawa kami akan ke Pejabat Agama Langkawi untuk mendaftar ‘penghijrahan’ Yaacob  secara resmi. Lebih kurang jam 10.30 pagi aku, Yaacob dan Hj Kamaruddin sampai di pejabat agama. Ketika aku sampai Amin dan Simon sudahpun berada disana dan kami sama-sama masuk ke pejabat. Kami dijemput duduk oleh pegawai yang bertugas dan bertanya apa tujuan kami . Aku memberitahu pegawai tersebut akan hajat kami. Kami diminta  menunggu sebentar sementara beliau akan memaklumkan perkara ini kepada pegawai atasan iaitu Tuan Sheikh Allaudin. Kami dijemput masuk kebileknya oleh Tuan Sheikh dan  dijemput duduk sambil bersalaman dengan semua yang hadir. Aku membuka bicara, lalu aku ceritakan kepada beliau kisah yang berlaku di Airport terminal tempohhari berhubung dengan saudara baru dan aku menjelaskan secara terperinci kepada beliau keadaan pada waktu itu. Tuan Sheikh Alauddin mengesahkan bahawa ‘akad’ atau ‘aku janji’ yang aku laksanakan itu mengikut ‘syariat’ dan tidak perlu diulang lagi dihadapan beliau. Beliau melahirkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa kerana diberi kesempatan untuk menjadi saksi didalam ‘penghijrahan’ ini dan mendoakan kami semoga Allah merahmati usaha murni semua pihak yang bertanggungjawap . Beliau berkata lagi,’ hanya syurga Allah saja yang menanti kamu’,’Alhamdullilah, Tuan Sheikh, semua ini kerja Allah, Dia yang merencanakan, kami hanya ‘asbab’ nya saja, tidak lebih dari itu’, kata aku lagi, ,menjelaskan. Tuan Sheikh hanya tersenyum, faham akan maksud kata kata aku tadi’. Tuan Sheikh bertanya kepada aku apakah nama Islamnya. Aku memberitahu bahawa selepas peristiwa ‘akad’ dilapangan terbang tempoh hari, kami menamakan beliau Yaacob bin Abdullah atau Jaacob.’Suykur’, kata Tuan Sheikh, lalu beliau memanggil pegawai bawahannya lalu memberikan fail dan beliau mencatitkan keatasnya ‘ Yaacob bin Abdullah’, dan memberikan semula fail tadi sambil menyuruh pegawai itu melengkapkan semua butiran peribadi Yaacob diborang yang tersedia. Lalu beliau Tn Sheikh pun bangun sambil menghulur tangan kepada Yaacob , beliau berkata,’Alhamdullilah, Yaacob’, Yaacob menyambut salam, lalu berdiri. Melihatkan Tuan Sheikh dan Yacob berdiri, kami semua turut berdiri. Ucapan Tuan Sheikh disambut oleh Yaacob dengan berkata,’ Thank you,praise to Allah, Amin’. Mendengarkan kata kata itu, terus Tuan Sheikh menadah tangan dan beliau membacakan doa. Kami semua menadah tangan, mengaminkan doa yang beliau bacakan. Setelah semua selesai kami pun beradar dari situ dan terus ke Restoran, ditempat kebiasaan kami untuk makan tengahari. Setelah selesai makan tengahari kami balik kehotel sementara Amin dan Simon terus pulang kerumah masing masing. Setelah hampir 2 jam aku luangkan masa dengan Yaacob dan Hj Kamaruddin aku pun balik kerumah. Pada sebelah malamnya pula aku menjemput Yaakob lalu aku bawa dia menemui isteri aku di Holiday Villa Resort . Malam itu aku memperkenalkan isteri aku kepada Yaakob dan kami berbual sambil menikmati ‘late supper’ dan selepas itu aku menghantar Yaakob balik ke hotel. Sebelum kami berpisah malam itu, Yaakob memberitahu aku bahawa esok dia akan bersama-sama Simon kerana urusan perniagaan dan dikabarkan juga bahawa adik Simon, Zainal sudahpun berada di Langkawi bermalam dirumah Simon.
DI COFFEE HOUSE INI KAMI BERBUAL PADA MALAM TERSEBUT. "KEDENGARAN SUARA KATAK SAHUT BERSAHUTAN ' SELEPAS HUJAN. SESUNGGUHNYA ALLAH SWT MEMBENARKAN KATAK PATUH  PADA KATA KATA.
                                             
Pada keesokkan harinya aku tidak menghubungi mereka. Seperti biasa aku akan menemani isteri aku ditempat kerjanya. Aku menghantar isteri aku petang itu agak awal tidak seperti biasa kerana cuaca berawan dan mendung.Setelah aku menghantar isteri aku diperkarangan lobby hotel lalu aku terus kebilek penginapan kami. Ketika itu waktupun sudah menghampiri waktu maghrib. Setelah aku selesai menunaikan kewajipan aku, aku terus ke bangunan utama hotel Holiday Villa. Waktu aku sampai, isteri aku baru selesai segmen pertama persembahan dan ketika itu aku terus ke Coffee house untuk bersama isteri aku.Memandangkan cuaca tidak berapa baik malam itu, kedatangan pengunjung ke hotel berkurangan, ini dapat dilihat di coffee house hanya terdapat 3 meja sahaja yang dipenuhi lebih kurang 12 orang saja.Pergerakan di coffee house malam itu agak lembap. Malam itu isteri aku membuat persembahan tidak seperti kebiasaan kerana tiada pengunjung dilounge. Malam itu tugas isteri aku agak mudah tetapi demi tugas dan kontrak maka persembahan diteruskan juga walaupun terdapat seorang pengunjung disana. Seawal jam 10.30 malam tiada lagi pengunjung dilounge.Hujan mulai turun dengan lebat, kilat sambung menyabung sekali sekala diselang dengan petir. Keadaan diluar kilat memancar,langit berdentum kuat disertakan dengan tiupan angin yang agak kencang, kelihatan pokok kelapa diperkarangan taman dihotel berbuai buai kekiri dan kanan seolah olah melambai lambai. Selalunya persembahan isteri aku akan berakhir pada jam 12.00 malam namun disebabkan tiada pengunjung maka didalam kontrak dibenarkan untuk berehat sehingga jam 12.00 malam tetapi tidak boleh meninggalkan lounge. Maka baki masa yang terluang itu digunakan untuk mencuba lagu lagu terbaru. Dalam keadaan hujan yang seakan reda aku lihat Hj Kamaruddin, Amin, Simon, Yaakob dan Zainal memasuki perkarangan lobby utama hotel menuju kearah aku diberada dilounge. Aku terus bangun lalu berjalan kearah mereka. Setelah salam diberi aku menyuruh mereka menunggu aku di restoran kerana aku perlu mengambil sesuatu dilounge.Setelah memberitahu isteri aku, aku terus mendapatkan sahabat sahabat aku di restoran. Aku lihat mereka rancak berbual  .Aku duduk dihujung meja sementara kerusi pertama disebelah kiri aku dikosongkan, dikhaskan untuk isteri aku. Hj Kamaruddin dan Amin disebelah kiri aku sementara Yaakob, Simon dan Zainal disebelah kanan aku. Sementara menunggu isteri aku turut serta, kami membuat pesanan dahulu. Hujan diluar sudah mulai reda tetapi titisan hujan yang kasar masih lagi kedengar menimpa atap .Beberapa minit berlalu, isteri aku datang dan duduk dikerusi yang dikosongkan. Isteri aku membuat pesanan ‘supper’ beliau.Hujan diluar sudah berhenti sama sekali tetapi kini kedengaran pula suara suara ‘sang kodok’ dengan kuatnya. Kedudukan kolam yang terdapat disitu amat berhampiran sekali dengan meja kami. Jikalau tadi, titisan hujan membuatkan kami terpaksa bercakap dengan nada yang kuat, kini, setelah hujan berhenti , kami juga terpaksa bercakap dengan kuat. Makin kuat kami bercakap makin banyak pula suara ‘sang kodok’ berlagu, sehinggakan kami terpaksa beralah untuk memberi laluan kepada ‘sang kodok’ bertasbih memuji Yang Maha Esa, begitulah lumrahnya ‘sang kodok’ selepas hujan .
MAHA SUCIMMU YA ALLAH, KATAK JUGA KAU JADIKAN CONTOH KEPADA PARA SAHABAT AKU.
                                           
Disebabkan oleh suara ‘sang kodok’, yang kuat dan membuatkan Zainal tidak mendengar perbualan kami dengan jelas maka Zainal pun bersuara dengan nada tinggi,katanya,’Hei, diamlah, bising je’,tempik beliau.(memarahi sang kodok yang tidak kelihatan dimana-mana  hanya suara sahaja yang kedengaran).Namun tempikan itu tidak membawa erti apa apa kepada ‘sang kodok’. Lalu masing masing pun mencuba dan berteriak menyuruh ‘sang  kodok’, berhenti bersuara, silih berganti diantara mereka menyuruh ‘sikatak’ berhenti termasuklah isteri aku sendiri namun masih tidak berkesan. Binatang mana kan faham bahasa manusia, kata aku lagi.’Abang, semua dan mencuba menyuruh katak berhenti membuat bising’ abang cuba lah pula ‘, kata Amin. Para sahabat semua memandang aku. Mendengarkan kata kata Amin itu, lalu aku bersuara, kepada “sang kodok’,’ Shut up’, kata aku, dengan nada yang lembut. Senyap sunyi semuanya, tiada satu pun suara ‘sang kodok’ kedengaran lagi,sunyi sepi keadaan itu seolah olah sang kodok faham akan kata aku tadi . Semua sahabat dan isteri aku terperanjat dengan situasi itu. Melihatkan keadaan itu, aku mula rasa  janggal apabila kesemua sahabat aku mula berhati hati apabila ingin bercakap dengan aku. Aku pun tidak tahu kenapa mereka mula bersikap begitu. Setelah selesai ‘supper’, kami semua beredar dari restaurant, berjalan menuju kekereta. Diruang tempat letak kereta kami masih lagi berbual-bual. Seolah olah sesuatu membisikan ditelinga aku menyuruh aku melihat kelangit. Aku pandang kelangit, langit terang dan keadaan amat indah sekali. Aku lihat kearah bulan, Maha Suci Allah, sesungguhnya Engkau tunjukkan kebesaran Mu kepada kami. Aku lihat bulan seolah olah digelungi  pelangi, sangat cantik, Allah Maha Besar, kata aku. Mereka semua mendongak kelangit, melihat kejadian itu, seakan akan Allah menunjukkan kekuasaanNya kepada kami. Lalu Yaacob berkata,’I never see this in my entire life’ thank you Allah’. Selepas menyaksikan keindahan dan keajaipan itu, kami semua kekereta masing masing. Sebelum beredar aku berpesan kepada Yaacob, Amin dan Hj Kamaruddin, bahawa aku ingin berjumpa dengan mereka malam esok kerana ada beberapa perkara yang ingin aku kongsikan dan aku berharap mereka dapat bersama. Pada keesokkan harinya Simon dan anak anaknya bersama Zainal akan ke Kuala Lumpur, oleh itu beliau tidak dapat bersama.Sebenarnya sejak kebelakang ini banyak urusan Simon tidak aku ketahui namun semua itu, sedikit pun aku tidak berkecil hati dengannya.

                                                                 BERSAMBUNG

Ikhlas dari "- Cahaya Al Majid


Maka Allah swt telah memerintahkan seekor katak untuk menjawab doa Nabi Daud a.s. itu, lalu katak itu berkata: "Hai Nabi Allah, apakah anda mengungkit pada Tuhan ibadatmu yang setahun? Demi Allah yang mengutusmu menjadi Nabi , saya di hutan ini selama tiga puluh tahun atau enam puluh tahun bertasbih, bertahmid kepada Allah, sedangkan persediaanku tetap gementar kerana takutkan Tuhanku".
Firman Allah: al-Isra'(17.44):

"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun".

No comments:

Post a Comment