Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
" sesungguhnya apa yang aku tuliskan adalah kebenaran dan hanya Allah SWT menjadi saksi diantara kami"
Pada malam itu aku ke Awana selepas menghantar isteri aku.,waktu aku sampai Amin, Yaacob dan Hj Kamaruddin sudah pun berada disana. Malam itu aku meminta Hj Kamaruddin untuk menemani Yaacob ke Mekah untuk melakukan ziarah. Perkara berhubung ziarah ke Mekah telah pun aku bincangkan dengan Yaacob dan beliau amat teruja untuk kesana. Yaacob inginkan aku menemani beliau ke Mekah tetapi hajat beliau itu tidak dapat aku tunaikan dan aku meminta agar Hj Kamaruddin saja yang menemani beliau, bagi menyempurnakan ‘niat’ tersembunyi itu, tambahan pula Hj Kamaruddin telah beberapa kali kesana dan ini akan memudahkan semua urusan. Sebelum ini aku pernah mencadangkan kepada Simon , Zainal, Hj Kamaruddin dan juga Amin, agar, sesiapa yang ada kelebihan rezeki agar ke Mekah . Pada awalnya Simon yang amat beriya-iya hendak menunaikan umrah bersama anak-anaknya dan begitu juga dengan Zainal tetapi mungkin rezeki belum kesampaian. Saranan itu aku panjangkan kepada Hj Kamaruddin dan beliau bersetuju untuk menemani Yaacob. Mulai malam itu maka segala perancangan telah dibuat untuk persiapan ke Mekah. Sebagai persiapan awal Hj Kamaruddin dan Yaacob terpaksa ke Kuala Lumpur untuk beberapa hari bagi menguruskan visa dan sebagainya. Mengikut kata Hj Kamaruddin beliau terpaksa berulang alik diantara Kedutaan Arab Saudi dan Kedutaan New Zealand untuk tujuan itu. Setelah selesai Hj Kamaruddin dan Yaacob pulang ke Langkawi dan bermula dari hari itu aku mempersiapkan mereka akan perkara perkara yang perlu dan seharusnya dilakukan apabila berada ditanah suci Mekah. Segala bentuk tekanan mental dan fizikal telah aku siapkan bagi mereka berdua dan aku menyuruh mereka agar melakukan semuanya dengan sebaik mugkin apabila berada disana. Pada hari mereka akan berlepas ke Mekah hanya aku dan Amin saja yang mengiringi mereka ke lapangan terbang Mat Sirat, namun aku agak musykil kenapa Simon tidak dapat menghadirkan diri. Memandangkan Yaakob merupakan seorang ‘saudara baru’ maka aku meminta Hj Kamaruddin agar dapat membimbing dan membantu Yaacob dan ketika aku memeluk Hj Kamaruddin aku membisikan kepada beliau, kata aku,’ Inshaallah Din, Allah akan tunjukkan aku siapa sebenarnya ’. Sejurus mereka berlepas maka aku dan Amin pun pulang. Semenjak permergian Yaacob dan Hj Kamaruddin ke Tanah Suci hanya Amin sahaja yang selalu menghubungi aku dan sekali sekala Amin dan keluarganya akan datang kerumah tetapi berlainan dengan Simon, beliau sudah menjauhkan diri.
Hari berganti hari dan minggu bertukar, kepulangan Hj Kamaruddin dan Yaacob amat kami nantikan di Langkawi dan aku berpesan kepada mereka berdua agar tidak menghubungi aku sewaktu mereka disana. Tarikh kepulangan mereka sememangnya telah kami ketahui namun jauh disudut hati aku, aku berharap dengan kepulangan mereka berdua ini akan dapat menyatukan kami semua termasuk Simon dan anak anak agar kami bolih berkumpul seperti dahulu .
Perpisahan selama 12 hari tidaklah lama sangat, kami rasakan dan pada hari Hj Kamaruddin tiba di Kuala Lumpur beliau menghubungi aku dan memberitahu bahawa beliau telah selamat mendarat di KLIA dan hanya sebelah petang beliau akan sampai di Langkawi. Aku memberitahu Hj Kamaruddin agar beliau terus balik kerumah, beristerihat dahulu, berjumpa dengan anak dan isteri dan aku mencadangkan agar hanya keesokan harinya saja kita bertemu dan aku meminta agar perkara ini disampaikan kepada Yaacob.
Keesokkan harinya selepas Isyak ,aku dan Amin pergi ke Awana Porto Malai. Kami berkumpul di Boardwalk Cafe. Malam itu semua hadir kecuali Simon dan anak anaknya saja. Aku bertanya kepada Hj Kamaruddin adakah beliau sudah memberitahu Simon berhubung dengan perjumpaan ini. Hj Kamaruddin menjelaskan perkara sebenar yang berlaku, kata Hj Kamaruddin lagi,’ Pak Lan, Simon , Zainal dan beberapa orang sahabat dari Kuala Lumpur menunggu beliau dan Yaacob di lapangan terbang Mat Sirat. Kata Hj Kamaruddin lagi, begini ceritanya,’Sebenarnya semalam, semasa saya dan Yaacob berada di Lapangan Terbang ,beberapa sahabat dari Kuala Lumpur iaitu ‘Pak Lan’ dan yang lain menunggu saya dibalai ketibaan, katanya, ketibaan atau kepulangan saya ini sememangnya ditunggu-tunggu dan berita itu diperolehi melalui Yaacob. Lalu saya dan Yaacob di ajak kesebuah cafe berhampiran untuk berbual dengan mereka. Pak Lan bertanya,” apa petunjuk’ yang saya dapat dan perolehi dari Mekah. Saya katakan kepada Pak Lan bahawa, saya melakukan apa yang telah diwajibkan kepada semua jemaah, tambahan pula ini bukan kali pertama saya menunaikan ‘umrah’, oleh itu perjalanan mengerjakan ibadah umrah tidak mendatangkan kesulitan,jadi saya lakukan sebaik yang mungkin begitu juga dengan Yaacob, beliau hanya mengikut apa yang saya lakukan. Alhamdullilah, sewaktu dihadapan Ka’abah Al Mukaramah saya sempat menghadiahkan Al Fatihah kepada Pak Lan. Sewaktu di hadapan Ka’abah, Alllah SWT memberi petunjuk kepada saya’,Alhamdullilah , sekiranya ada keraguan didalam diri saya terhadap Izan selama ini telah dipadamkan oleh Allah SWT dan perakuan itu dibuktikan melalui petunjuk Allah SWT didepan Ka’abah.’ cerita Hj Kamaruddin lagi. Pak Lan membantah dan menidakkan cerita saya. Beliau mengatakan bahawa petunjuk yang saya perolehi di depan Ka’abah itu semuanya tidak benar. Saya kebingungan, tak tahu nak kata apa apa, cerita Hj Kamaruddin lagi. Kata Pak Lan lagi, sebenarnya saya telah di sihir oleh Izan dari Langkawi. ‘Saya mengucap panjang’, cerita Hj Kamaruddin. Setahu saya , Allah SWT telah berjanji bahawa tidak seinci pun kawasan Kaabah dapat disentuhi maupun ditembusi oleh shaitan mahupun iblis .Kata kata Pak Lan itu tidak dapat merubah pendirian saya, kata Hj Kamaruddin.’Astagarirullah Al Azim;, kata aku pula. Aku berseloroh, ‘Alangkah hebatnya aku Din,dibumi yang Allah SWT telah janjikan yaitu Mekah, terutama didepan Ka’abah, bahwa “shaitan” yang direjam tidak akan dapat masuk, boleh aku tembusi dengan sihir’dari Langkawi, Maha Suci Engkau Ya Allah, kenapalah begini hebatnya ‘fitnah’ yang ditanamkan terhadap aku. Apalah dosa aku, Ya Allah’, kata aku lagi.’Adakah doa yang kita pohon daripada Allah SWT dihadapan Ka’abah,dan kita mendapat petunjuk,adakah petunjuk itu datangnya daripada shaitan?, tanya aku lagi. ”Mashaallah, Allah Maha Pemberi Petunjuk’,Kau yang hadir disitu, kau yang memohon dan berdoa” dan kau yang mendapat petunjuk dari Allah SWT, dia pula yang menidakkan”. Kenapalah ada manusia yang begini’, kata aku lagi. ‘Tak mengapa Din, biarlah mereka menganggap begitu, jangan dilayan lagi’, sambung aku lagi .Lalu Yaacob bersuara, ‘They want the project that we discuss, and hand-it-over to them’ and how do they know about the project, i have no idea but i did told Simon about it.” And maybe Simon did tell them about our future planning in Langkawi’, kata Yaacob lagi.
SAHABAT BERTUKAR PEMFITNAH. PERJALANAN AKU MENUJU ILLAHI DITITI RANJAU DENGAN ONAK DAN DURI YANG DATANG DARI SAHABAT SENDIRI. |
Tetapi pagi tadi sahabat dari Kuala Lumpur, iaitu Pak Lan masih berada diAwana Porto Malai dan yang paling tidak diduga Simon dan Zainal juga turut bersama-sama mereka. Menurut Hj Kamaruddin , mereka sekali lagi beriya-iya cuba menyakinkan Hj Kamaruddin dan Yaacob bahawa segala apa yang dilalui serta petunjuk di Ka’abah itu semuanya tidak benar dan meminta saya agar meninggalkan sahabat yang lain dan mengikut mereka. Saya katakan tidak kepada mereka dan meminta mereka agar perkara ini dipanjangkan kepada awak (merujuk kepada aku) tetapi mereka keberatan untuk menerima cadangan ini. Hj Kamaruddin memberitahu aku bahawa beliau tidak mahu bersengkokol dan bersubahat dengan sahabat dari Kuala Lumpur lagi. Mereka juga cuba mempengaruhi Yaacob agar meninggalkan kita dan mengikut mereka, ujar Hj Kamaruddin lagi. Sebenarnya aku pun tidak tahu kenapa ini terjadi. Bagi aku ini merupakan ujian dari Allah SWT kerana manusia itu selalunya bersifat khianat., kata aku kepada Hj Kamaruddin, lalu aku menjelaskan lagi,.”Sesungguhnya Allah ingin menduga sejauh mana keimanan kita, cuba kita singkap perjalanan kita balik, kata aku. ‘Semua tahu apa yang dilalui oleh Simon, alangkah cepat dia melupakan segala keajaipan yang dilaluinya. Sebenarnya Simonlah yang paling lama disisi aku dan dialah yang paling banyak melalui detik keajaiban dan kebanyakannya berkisar dengan diri beliau.Pertama, Allah memperkenankan doa aku agar membawa pulang isteri beliau sewaktu perayaan Krismas, Allah memakbulkan. Adakah beliau bersyukur. Kedua. Sewaktu beliau di Switzerland, Allah mengilhamkan kepada aku dan memberi aku gambaran lelaki yang akan beliau temui bernama Heinz dan aku menegur perlakuan beliau memandang kearah ‘punggung’ seorang wanita ketika beliau duduk dibangku,semua itu benar dan disahkan oleh Simon sendiri dan Ken Peddler. Ketiga,tentang Mama Maryam, aku katakan bahawa dipayudara beliau ada tanda, itu juga benar, disahkan sendiri oleh Mama Maryam kepada Simon. Keempat,meminta agar aku memohon kepada Allah SWT agar beliau diberi peluang untuk memulakan perniagaan dan aku memberitahu beliau bahawa dia akan menerima panggilan, itu juga benar. Kelima, lelaki yang akan ditemui di Singapura itu mempunyai ‘brain tumor’, Yaacob itu juga benar, Keenam,menyaksikan bagaimana aku menyuruh katak diam, semasa di Holiday Villa bersama sahabat yang lain, itu juga benar ,Ketujuh,aku boleh melihat kedalam rumah Linda isteri Ken Peddler di New Zealand dan mengesahkan dua ‘Chinese Vase’ berwarna biru dan putih yang ada diruang tamu rumah Linda,itu juga Simon ketahui. Kelapan,bagaimana aku mengetahui ‘prototype mushroom’ yang ditinggalkan oleh Ken Peddler itu mempunyai 3 wire didalamnya walhal alat tersebut tidak pernah dibuka didepan aku. Apa lagi yang membuatkan beliau berpaling tadah dan kenapa?‘ Aku tidak merasa kecewa dengan perlakuan Simon kerana semua itu sudah aku jangka akan berlaku pada akhirnya, oleh itu aku tidak merasa kecil hati’, jelas aku lagi. Sesungguhnya Allah SWT ingin membuktikan kepada aku bahawa dia adalah ‘pengkhianat’ aku, dan aku pernah berkata dahulu ‘ Those who dipp with me is the traitor’, ingat lagi kisah ini semasa di Coffee House Awana?, kata aku kepada mereka.’Ya’, jawap Hj Kamaruddin dan Amin, Ingat lagi kisah Nabi Isa bagaimana dia mengetahui ‘ musuh dalam selimut’ beliau. ‘Sesungguhnya pengikut Isa a.s juga terdiri dari Simon, Peter, John, Andrew, , Mary dan lain lain, kata aku lagi. Begitu juga kepada Amin, begaimana Allah memberi petunjuk kepada kamu secara terus dan cepat apabila kamu memohon petunjuk samaada untuk pergi kekelab atau pun tidak. Ingat apa yang Amin lafaskan, Ya Allah sekiranya Engkau tidak mengizinkan aku pergi kesana, berilah aku petunjukMu, tetapi jangan sampai menyakitkan aku”, Apa yang terjadi? Tiba-tiba Amin sakit perut terasa untuk membuang airbesar, apa yang keluar, najis bercampur darah’,lihat bagaimana Allah memberi petunjuk , cepat dan pantas tanpa menyakitkan. Sekiranya Amin teruskan juga niat untuk kekelab tersebut tanpa melihat tanda yang diberikan, apakah statusnya, ayatnya adalah “Bloody shit’, ‘faham’ .” Faham Bang” jawap Amin .Cuba lihat kenapa nama nama ini ada bersama aku dan mengikut aku, kenapa awak semua dihantar kepada aku,’kenapa?’. Kenapa nama dan watak ini sama dengan pengikut ‘Nabi Allah Jesus’?. Aku harap semua faham kerana masing-masing telah pun mengalami dan melihat dengan mata dan kepala sendiri akan keajaipan Allah SWT, oleh itu fikirlah sedalam-dalamnya. Biarlah aku berterus terang dengan awak semua, kata aku, ‘apabila sampai waktunya nanti, seorang demi seorang akan meninggalkan aku, oleh itu aku berharap jangan ada sesiapa diantara kamu semua berasa sedih’, kerana itu adalah kesudahanya perjalanan kamu dengan aku. Sementara waktu itu masih jauh lagi aku berharap awak semua dapat melakukan yang terbaik untuk diri sendiri’, nasihat aku lagi.
BERSAMBUNG
Ikhlas dari "- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment