BERBUIH MULUT MENGATAKAN TETAPI TETAP JUGA MAHUKAN YANG BERMASAALAH SEKARANG KAU HADAP LAH SEMUANYA |
Sekiranya Najib ditentang dan hanya memenangi 3/4 dari undi ahli itu bermaksud Najib sememangnya ditolak dan tidak selayaknya bergelar Presiden parti
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Berpuluh komentar pembaca dan berpuluh blogger telah menyatakan perihal ini namun disebabkan 'ketepuan' otak serta 'mental' kepimpinanya, ahli partinya yang berkedudukan dipersada 'peha' Presiden UMNO , masih lagi diberikan kepercayaan untuk jawatan-jawatan tinggi samada didalam Kabinet mahupun didalam ajensi Kerajaan .
Kini berita hangat melanda lagi, Sharizat Jalil yang telah meletak jawatan atas dakwaan suami serta anak-anaknya 'mempulun' NFC serta memperolehi pinjaman mudah Kerajaan berjumlah RM240 Juta masih lagi belum selesai diangkat semula olih Najib untuk dilantik sebagai Penasihat Perdana Menteri bertaraf Menteri di Pejabat PM yang tugasnya dikhususkan untuk wanita. Atas alasan apa jawatan ini diwujudkan hanya beliau saja yang mengetahui walaupun Kementerian untuk Wanita sememangnya wujud dibawah Menterinya iaitu Dato Rohani.
Nampaknya Najib sememangnya tidak memperdulikan 'hati dan perasaan' orang UMNO dan rakyat Malaysia terutama orang Melayu. Sudah terangan Sharizat Jalil dan keluarganya 'bermasaalah' dan mencemar nama baik UMNO didalam kes NFC tetapi Najib tetap 'melantik' Sharizat. Atas kapasiti apa atau 'helah' apa Sharizat Jalil dipilih ? Apa keistemewaan dan kehebatan Sharizat Jalil ini sebenarnya sehinggakan watak yang telah membawa implikasi buruk kepada UMNO dan BN serta pernah ditolak olih pengundinya sendiri di Lembah Pantai tetapi tetap diberi keutamaan olih Najib.? Tiada lagikah pemimpin Wanita selain Sharizat yang setaraf atau setara dengan nya dalam Wanita UMNO.?
Dari apa yang dapat dilihat, kini barisan kabinet Najib dianggotai olih mereka-meraka yang bolih dikatakan bermasaalah samaada kepada parti, peribadi dan kepimpinan, menjadikan semuanya semakin menghimit 'perjalanan UMNO' untuk terus 'bingkas' bagi menerajui BN pada PRU 14 . Diharap dengan adanya PAU pada tahun ini, semoga ahli cawangan dan semua perwakilan dapat menentukan halatuju UMNO bagi meneruskan legasi pada PRU14. Sekiranya 'cekadak-cekadak' ini masih lagi 'bertuan' dikerusi masing-masing tanpa 'dianjak', maka eloklah ahli UMNO menyiapkan 'jirat besar' untuk pertubuhan mereka sebagai persediaan.
Semenjak Najib memperbaharui 'lesen PM"nya, walaupun sudah 100 hari ditampuk, kegilaan Najib meletakkan seseorang ditempat yang salah dan seseorang yang tidak 'kredible' semakin menjadi-jadi. Sifat meluat dan menyampah orang Melayu samaada didalam UMNO mahupun diluar UMNO semakin menyerlah terhadap Najib.
Kemungkinan pegangan Najib 'kau peduli apa' , telah memesongkan perjuangan nya dijalan sebenar UMNO telah 'menjadikan Melayu 'muak' dengan perangai dan kegilaan pentadbiranya. Sebagai 'jalan pintas' menangani situasi ini, eloklah Tengku Razaligh mencabar kedudukan Presiden UMNO. Kita nak tengok sejauh mana popular dan 'taat'nya ahli UMNO kepada 'perangai' Najib. Sekiranya terdapat 1/4 dari ahli UMNO atau perwakilan memberi undi kepada Tengku Razaligh, itu tandanya Najib tidak diterima olih keseluruhan ahli UMNO dan sebagai tanda 'Najib perlu berundur.
Tengku Razaleigh hampir pasti tanding Presiden Umno -
Malaysian Insider " 19 August
Menjelang pemilihan Umno pada 19 Oktober depan, kedudukan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah terus menjadi sebutan sama ada beliau akan bertanding jawatan Presiden Umno atau sebaliknya. Meskipun beberapa negeri sudah membuat ketetapan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertandingkan, keadaan itu sebenarnya hanya berlegar-legar di peringkat atasan sahaja.
Sebaliknya, di peringkat bahagian dan cawangan, masih kedengaran suara yang mahukan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan. Ia bukan saja untuk menterjemahkan transformasi politik dilakukan oleh Najib yang sedia mengubah peraturan pertandingan tetapi juga untuk membuktikan amalan demokasi masih lagi subur dalam Umno.
Najib pula, walaupun menerima sokongan daripada Ketua-Ketua Umno Bahagian untuk terus mengekalkan jawatannya, sikap serta pendiriannya yang tidak tegas dalam beberapa isu berkaitan Melayu dan Islam, turut menambahkan lagi kebimbangan itu.
Setelah Najib tunduk dengan beberapa desakan pembangkang seperti pemansuhan ISA, Akta Hasutan dan Ordinan Darurat serta sikapnya yang terlalu lembut terhadap tuntutan kaum lain, semakin ramai yang bimbang nasib bangsa Melayu akan lebih tertekan dalam menghadapi fasa kritikal lima tahun akan datang ini.
Nota :-
Inshaallah sekiranya pertembungan diantara Najib dan Ku Li ini berlaku, nescaya Muhyiddin akan dicalonkan bagi mengimbangi perebutan ini. Persaingan tiga penjuru untuk jawatan Presiden UMNO akan terjadi dan lebih menarik. Kehadiran Tan Sri Muhyiddin akan menjadi pengimbang diatas kecenderongan kepada Ku Li. Sekiranya strategi ini berlaku, Tan Sri Muhyiddin bakal dinobatkan sebagai Presiden UMNO dan 'berakhirnya ' lagenda' serta 'legasi' Tun Abd Razak didalam politik Malaysia..
No comments:
Post a Comment