Monday, 26 August 2013

DETAIL KEUNTUNGAN TPPA !!! PRESIDEN U.S OBAMA "BAKAL" DIPILEH SEBAGAI PRESIDEN UMNO DALAM P.A.U

ROMBONGAN KEBINET NAJIB YANG DIKETUAI OLIH JAMALUDDIN JARJIS
MEMINANG OBAMA UNTUK DIBERIKAN JAWATAN PRESIDEN UMNO
APABILA TPPA DITANGANI OKTOBER INI.
                         OBAMA LAYAK SEBAGAI PRESIDEN UMNO BILA TPPA    
                                                           DITANDATANGANI      
         
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Kebimbangan seluruh rakyat Malaysia sudah ditahap 'gaban'. Tiap hari isu TPPA ini disuarakan olih seluruh masyarakat, samaada yang berniaga mahupun 'kaki sembang" dikedai kopi. Tetapi yang paling gusar adalah kelompok 'yang berstatus 'usahawan wayang tinggi' yang berkepentingan. Tetapi kebanyakannya adalah kaum 'bukan Melayu', namun begitu, syarikat kepentingan Negara seperti Petronas dan Felda atau FGV , sememangnya, bimbang akan 'kemajuan' perundingan TPPA ini.

Tetapi agak menghairankan juga bahawa belum ada satu suarapun dari kalangan pemimpin UMNO yang berani bersuara samada untuk menyokong mahupun membangkang perlaksanaan perjanjian TPPA ini. Samaada takut kepada Najib atau sememangnya 'tidak ambil peduli' akan hala tuju dan kesejahteraan ekonomi Malaysia  atau sememangnya mereka ini 'buta ekonomi' atau 'menjadi pengikut taksub' kepada Najib hanya masa yang akan menentukan. Tetapi agak kecewa juga apabila semuanya 'bisu' ibarat 'lidah dah kena kerat'.

Walau bagaimanapun terima kasih kepada Dr Mahathir, walaupun sudah lanjut usia, tetapi beliau masih lagi ambil berat terhadap situasi yang runcing ini. Kebimbamgan beliau terhadap isu ini nampaknya 'sama tarafnya seperti kebimbangan beliau terhadap kelemahan Najib". Sebelum nasi menjadi bubur, kebimbangan Mahathir diserlahkan didalam forum . Olih itu perhatian dan kebimbangan Mahathir wajib diberi keutamaan walaupun rombongan Najib yang diketuai olih Jamaluddin Jarjis telah dihantar  ke US untuk 'meminang' Obama bagi  dipilih sebagai Presiden UMNO sekiranya perjanjian TPPA ini ditangani .

INI YANG AKAN DIKATA  OLIH NAJIB KEPADA OBAMA !!!!
                                             

Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sekiranya diteruskan bakal memberi kesan buruk kepada ekonomi negara, terutama daripada segi eksport dan import negara yang boleh menyebabkan negara mengalami defisit lebih teruk.

Malaysia mengalami defisit fiskal selama 15 tahun berturut-turut, malah agensi penilaian global Fitch Ratings baru-baru ini meletakkan Malaysia pada kedudukan negatif kerana hutang kerajaan meningkat kepada 53.3 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) penghujung 2012 daripada 51.6 peratus pada hujung 2011 dan 39.8 peratus pada hujung 2008.

"Sekiranya perjanjian TPPA ini diteruskan, kita lihat eksport akan berkurang dan import meningkat. Ini tidak baik untuk ekonomi negara.

"Bila berlaku ini, negara akan alami defisit. Ia suatu yang merugikan," kata bekas Perdana Menteri dalam sidang media pada persidangan meja bulat TPPA di INTAN, pagi ini.

Menurutnya, keupayaan Malaysia masih jauh lagi ketinggalan berbanding dengan Amerika Syarikat yang mempunyai kelebihan daripada segi teknologi dan kepakaran.

"Malaysia tidak mempunyai banyak barangan untuk eksport.

"Amerika Syarikat ada banyak lagi barangan, kita belum jadi negara maju," tegas Dr Mahathir lagi semasa memberi ucap tamanya.

Dr Mahathir juga berkata perjanjian tersebut hanya merugikan kerana tidak mempunyai kuasa untuk mengawal sebaliknya akan terikat dengan kekangan yang sudah ditetapkan oleh pelobi.

"Malaysia akan dikuasai oleh mahkamah yang bukan di Malaysia.

"Malah, kita tidak ada kebenaran untuk membuat rayuan, tidak banyak kelebihan didapati dengan menandatangani perjanjian TPPA ini," katanya. 

Beliau turut memberi amaran supaya tidak terjebak dengan krisis ekonomi yang melanda di Amerika Syarikat hasil kesan ketidakseimbangan pendapatan, mendakwa negara kuasa dunia tersebut cuba menguasai kekayaan sesebuah negara.

"AS (Amerika Syarikat) menjadi negara miskin sebab sebab hutang melebihi pendapatan.

"Kalau mereka dapat kuasai sumber negara-negara yang baru merdeka ini, mereka dapatlah kekayaan yang amat banyak," ujarnya lagi.

Dr Mahathir juga meluahkan rasa kebimbangan kerana tidak menolak krisis kewangan pada tahun 1997 mungkin berulang kerana kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk mengawal pertukaran mata wang.

"Mungkin akan jual mata wang kita sekali lagi, seperti 1997.

"Sebab kita tidak ada penguasaan dalam pertukaran mata wang," terang beliau.

Minggu lalu, Bank Negara Malaysian (BNM) telah mengumumkan pertumbuhan KDNK pada 4.3 peratus, kadar yang dianggap perlahan menurut penganalisis ekonomi berbanding unjuran awal yang diramalkan pada 4.9 peratus.

BNM juga menyemak semula unjuran pertumbuhan bagi seluruh 2013 ini kepada antara 4.5 dan 5.0 peratus daripada antara 5.0 peratus dan 6.0 peratus sebelum ini.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak juga gagal mencapai sasaran mengurangkan defisit fiskal kepada 4.8 peratus pada tahun 2012, sebaliknya mencapai defisit fiskal kepada 4.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) awal bulan ini mengadakan satu rumah terbuka bagi membincangkan mengenai TPPA dengan kumpulan perniagaan dan pihak berkaitan, bagaimanapun enggan mendedahkan butirannya atas alasan 'kerahsiaan'.

TPPA adalah inisiatif untuk membentuk satu kawasan perdagangan bebas (FTA) di kalangan 12 negara yang berjumlah 800 juta penduduk dan gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Malaysia menyertai TPPA sebagai anggota perunding penuh pada pusingan ke-3 yang diadakan di Brunei Darulssalam pada Oktober 2010 lalu, serta terbaru adalah di semasa pusingan ke-18 baru-baru ini di Kota Kinabalu.

Kontroversi TPPA mendapat perhatian banyak pihak antaranya kumpulan sivil, pertubuhan bukan kerajaan dan juga parti Pakatan Rakyat (PR), hingga menyaksikan Putrajaya terpaksa membentuk Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) melibatkan keanggotan dwi partisan bagi membolehkan pembangkang mendapat penjelasan berhubung perjanjian berkenaan.

PR turut membangkitkan persoalan terhadap beberapa isu dalam TPPA yang memungkinkan akan memberikan kesan negatif kepada Malaysia memandangkan perjanjian itu tidak boleh diumumkan kepada orang ramai.- 26 Ogos, 2013.

                                             

                                                         Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

1 comment:

  1. bro... lagi info..

    http://cogitasia.com/the-leaderboard-jamaluddin-jarji/

    ReplyDelete