SEMOGA KDN ATAU PIHAK POLIS DAPAT MEMAPARKAN WAJAH DAN NAMA MEREKA YANG DIKEHENDAKI. SEKURANG-KURANGNYA MASYARAKAT AKAN ALERT DAN AMBIL TAHU SIAPA JIRAN DISEBELAH RUMAH MEREKA. |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Usaha murni KDN memaparkan bertapa berkembang-biaknya kumpulan penjenayah di negara ini sangat-sangat disanjung tinggi. Tetapi dengan menamakan semua nama kumpulan tersebut sebenarnya tidak banyak membantu terutama kepada orang awam. Kita bukan nak tahu nama kumpulan mereka tetapi kita hendak tahu siapa mereka , wajah mereka dan nama mereka, itu yang terlebih penting.
Walaupun beribu nama kumpulan ini dipaparkan disuratkabar mahupun media sosial namun bagi kami warga 'blogger' tidak dapat membantu sedikit pun. Apa yang kami perlukan untuk membantu pihak berkuasa terutama Polis ialah sekiranya dapat dipapar wajah-wajah penjenyah tersebut agar kami bolih sama-sama memaparkan wajah dan nama mereka diblog kami untuk pengetahuan pelayar kami.
Sekiranya terdapat gambar mahupun lakaran penjenayah yang dikehendaki sekurang-kurangnya usaha menjejaki penjenayah ini dapat dilakukan dengan kadar segera setidak-tidaknya masyarakat akan lebih peka terhadap jiran yang tinggal bersebelahan.
Diharap KDN dapat menyalurkan informasi serta imej penjenayah.
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
Paparan yang saya ambil dari House PK
PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebentar tadi mendedahkan senarai lengkap ��49 kumpulan kongsi gelap di seluruh negara yang memiliki ��40,313 ahli berdaftar.
Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang medianya berkata, daripada jumlah itu
��28,926 menyertai kongsi gelap India,
��8,214 (kongsi gelap Cina) dan
��1,923 (kongsi gelap Melayu).
No comments:
Post a Comment