INILAH GAMBARAN KUBANG KOBAU PARTI CAP UMNO |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Perhimpunan Agung semakin dekat. Keputusan selain jawatan Presiden dan Timbalan Presiden masih belum diketahui. Namun pertembungan bagi jawatan Naib Presiden masih belum lagi diputuskan. Kedudukan Naib Presiden yang 'menunggu' , ditentang olih tiga calon yang bukan baru dipersada parti Cap UMNO. Mereka-mereka yang mencabar ialah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan iaitu Isa Samad, bekas Ketua Menteri Melaka Ali Rustam dan Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir.
Bagi Naib Presiden yang menunggu ialah Zahid Hamidi, Hishamuddin Hussein dan Shafei Afdal. Sejauhmana ketiga-tiga watak ini dapat mempertahankan kedudukan mereka di persada Naib Presiden Cap UMNO masih lagi menunggu 'keputusan' dari pemilihan.
Berdasarkan kepada pencapaian individu masakini , dilihat Zahid Hamidi amat popular dikalangan ahli-ahli UMNO tetapi bagi kedudukan Hishamuddin . nampaknya kedudukanya sedikit goyang. Kegoyahan Hishamuddin disebabkan berbagai faktor salah satu ialah isu kepimpinannya. Sewaktu beliau memegang tampuk Kementerian KDN, kementerian beliau dilihat banyak kecelaruan serta 'kelompongan' yang berlaku dan Hishamuddin dilihat sebagai Menteri 'yang tidak bergigi' dan 'diumpamakan' bacul' olih segelintiir pemimpin. Ketidakupayaan beliau mengepalai KDN dilihat sebagai satu 'punca' beliau tidak digemari.
Tetapi bagi diri Shafei Afdal pula, kedudukanya banyak 'tergantung' kepada 'ehsan' dari wakil Sabah. Walaupun beliau tidak 'sepopular' Zahid dan Hishamuddin tetapi disebabkan 'skandal' yang dikaitkan dengan 'selebriti' sedikit sebanyak mempengaruhi kemeruduman popularitinya. Dari segi popular beliau masih belum lagi mencapai 'tahap' yang sepatutnya dan kelompongan dikementerianya juga banyak dipertikaikan 'ketelusan'nya.
Tetapi dari segi intigriti pula hanya Zahid Hamidi yang dilihat amat bertepatan tetapi bagi Hishamuddin dan Shafei 'intigriti'nya banyak dipertikaikan olih orang ramai. Kelemahan dan kurangnya 'jati diri' didalam membantu menangani 'isu' semasa terutama isu Melayu dan Islam banyak menampakkan kelemahan diri mereka dan itulah kegagalan terbesar dua Naib Presiden ini.
Berbalik kepada 3 calon yang menawarkan diri untuk jawatan ini pula, berbagai persoalan serta persepsi mula melanda. Kalau dilihat secara rambang tiada apa yang mengusarkan malahan terdapat kemungkinan untuk mereka merebut kedudukan ini. Tetapi, kini parti cap UMNO telah menwar-warkan bahawa parti mereka didalam proses 'perubahan'atau 'transformasi' atau istilah yang dipakai kini iaitu ' meremajakan' UMNO. Sejauh mana ahli parti Cap UMNO 'memahami' ungkapan yang dendangkan, hanya keputusan pemilihan kali ini saja yang dapat membuktikan kata-kata itu.
Melihatkan kepada latarbelakang ketiga-tiga calon-calon ini hanya Mukhriz Mahathir dilihat 'bersih' dari 'rasuah'. Tetapi kekurangan bagi diri Mukhriz ialah beliau masih lagi 'baru' diera kepimpinan tetapi itu tidak bererti beliau tidak layak. Sememang parti cap UMNO memerlukan pemimpin yang 'lantang' tetapi kalau kategori ini diambil kira, Mukhriz akan 'tertolak' kerana beliau tidak tergolong dalam 'specis' yang 'ganas serta celupar mulut'.
Berbeza dengan Isa Samad dan Ali Rustam. Kedua-duanya amat berpengalaman serta mempunyai 'kata-kata' yang sangat 'pedas' bila berbicara tetapi pada hakikatnya dua watak ini hanya 'pandai berkata-kata' semata-mata untuk 'mengail hati ahli UMNO' tetapi disegi 'implemantasi'nya terhadap bangsa Melayu dilihat sebagai 'cakap tak serupa bikin' malahan banyak Kontraktor Melayu atau anak Melayu yang tidak 'menyertai kem atau sealiran' dengan mereka akan 'tergelincir' .Apa yang dilihat sewaktu pemerintahan mereka terutama Isa Samad, beliau hanya 'mengutamakan kroni terapat' dan Taikoon Cina. Perkara ini bukan saja berlaku di Negeri Sembilan dibawah Isa malahan Ali Rustam juga serupa. Banyak kemudaratan dan penghinaan terhadap bangsa Melayu berlaku terutama didalam bentuk 'pengagihan kek ekonomi' negeri Ungkapan Melayu diutamakan tidak tergolong didalam 'kamus' sebenar pemerintahan mereka
Tetapi sekiranya ahli-ahli UMNO masih lagi memileh Isa Samad dan Ali Rustam, maka, tiada perubahan terhadap dasar Melayu UMNO akan berlaku , malahan ahli UMNO akan dicap sebagai 'Penobat Rasuah". Sudah terang lagi nyata, kedua-dua watak ini merupakan 'sejarah yang telah ditanam' olih Perlembagan UMNO tetapi kenapa ahli UMNO kini masih lagi menginginkan 'mayat yang dikuburkan" olih kesalahan mereka untuk dinobatkan lagi? Adakah dengan adanya dua watak ini akan 'menjernihkan' kekotoran yang telah dibuat didalam 'kawah' UMNO?
Kesian dan meluat, itulah kata-kata yang dapat diluahkan terhadap apa yang dilakukan olih Parti cap UMNO terhadap Melayu. Baru saja ketua Cap Parti UMNO melaungkan 'Permekasaan Ekonomi Melayu' .tiba-tiba meletup dengan pendedahan Jabatan Audit Negara tentang 'Penyelewengan Kerajaan Pimpinan Najib", apa nak jadi? Nampaknya kepimpinan barisan Najib dan barisan Majlis Tertinggi UMNO atau pun 'ahli UMNO yang buta" telah gagal 'mencungkil' watak yang 'elok' untuk diketengahkan.
Kemungkinan disebabkan 'kejahilan" diri didalam menerapkan 'unsur Islam' dalam diri pemimpin menjadikan parti cap UMNO terpaksa 'memilih' calon dari kategori 'buruk dari yang terburuk' untuk menduduki takhta Naib Presiden.
Seperkara lagi, Presiden UMNO juga dilihat gagal 'mencari 'Melayu 'berotak geliga' untuk menasihati beliau sebaliknya Najib melantik 'Con-sultan' untuk 'mengemudikan' Perancangan Kerajaan Malaysia untuk mengemudi negara ini . Untuk itu seeloknya Idris Jala dan Omar Ong' saja dilantik sebagai Naib Presiden bagi menggantikan Hishamuddin, Shafei Afdal, Isa Samad, Ali dan Rustam untuk dijadikan gandingan Zahid Hamidi dan Mukhriz Mahathir sebab Presiden sudah tidak percaya kepada 'kebolihan' pemimpin Melayu terutama dari anli Parti Cap UMNO!!!
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
LU FIKIRLAH SENDIRI APA MAKSUDNYA GAMBAR DIATAS |
LUAHAN TERBAIK DARI BLOG PENANGGAH
Radio Televisyen Malaysia (RTM) membelanjakan RM3,810 untuk satu jam dinding yang hanya berharga RM100, lapor Jabatan Audit Negara dalam laporan tahunan mereka. Rangkaian televisyen yang dimiliki kerajaan Malaysia itu mempunyai 20 biji jam yang sama dan harga keseluruhan yang dibayar adalah RM76,200.
Laporan itu seterusnya menjelaskan yang jam dinding itu adalah komponen dikenali sebagai "slave clocks". Ia sebahagian daripada sistem jam induk yang dihubungkan dengan satelit untuk membantu penyelarasan masa siaran dan bernilai RM116,220.
Bagaimana pun, sistem jam induk itu gagal berfungsi dan jam dinding berteknologi tinggi itu akhirnya digunakan sebagai jam dinding biasa. - M'siaKini
Umang aii!! bukan main laie korang berbolanjo.. berjoli sakan sampai lupo diri mengalah han anak rajo.. memboli apa sajo. yang melintas kek.. mato.. dari kapal trobang.. kasut but.. jam dinding hingga ler ke kerusi dan mejo... malah dengan tanpa raso bersalah bukan main bangga laie menayangkan muko dengan selambo dan bersahajo.. amboii!! apo korang ingat duit yang korang lanyak tu bapak korang yang tajo..
Kita pun tak pernah terbayangkan bagaimana liciknyer diorang merembat.. benda yang dibeli tu satu jer tapi yang diklaim sampai empat.. malah ada yang harganyer langsung tak munasabah.. kononnyer jam dinding ni mahal sebab jarum panjang dan pendeknyer boleh diubah.. malah skrunyer pun boleh ditambah.. dan scaner A4 cap tapir ni pun kena ditempah.. bukannyer dekat tapi jauh di Eropah.. kalau rosak tak payah susah-susah.. campak jer ke bakul sampah..
Sebenarnyer rakyat masih belum lupa.. kerana tahun lepas pun kita bercakap tentang benda serta masalah yang serupa.. dan setakat ni gua tengok takda pun tindakan atau hukuman yang dikenakan terhadap si pelahap celako.. malah diorang boleh lagi tersenyum dan berjenaka.. katanyer ini semua salah kira.. malah pak-pak menteri pun macam takut-takut jer nak berkato.. seolah-olah sama-sama menumpang kereta dan berkongsi cerito..
Ini la bahananyer bila pak menteri tak reti nak memantau.. entah apa yang disebokkan pun gua tak tau.. apa lagi penyamun pun terus ler bersilat dan berkuntau.. melibas apa saja yang terjangkau.. cuma stakat ni hanya si KJ jer yang ada sikit berkicau.. walaupun sikit tapi sekurang-kurangnyer ini akan membuatkan si penyamun sedikit risau kerana KJ sudah bikin kacau.. dan ada jugak pak menteri yang buat alasan melalut.. seperti cerita pistol tercabut lalu jatuh ke laut.. bila gua baca terus terguling-guling sampai krem perut..
Yang paling tak bleh blah ialah bos-bos di Khazanah.. melanyak duit sampai lupa segala amanah.. berbelanja sakan seolah-olah terjumpa harta karun dalam tanah.. woii!! apa yang korang buat dengan kad kredit tu hahh?!.. adakah buat pegi blanjer pasar atau pun beli kereta mewah.. adoii macam mana ler negara tak punah bila si penyamun disuruh jaga rumah..
Sebenarnya gua memang dah naik menyampah... kerana penyelewengan berlaku bersepah-sepah.. kalau ler senarai tu dibaca satu persatu mau ada yang rebah hingga kena dipapah.. bila melihatkan harta negara senang-senang kena kekah.. masalahnyer kita yang hidup susah ni disuruh belanja dengan berhemah.. kalau boleh duduk jer dibawah kemah.. kerana ekonomi negara kita sekarang ni dalam keadaan lemah.. hingga pak menteri nak keluar negara pun terpaksa tinggalkan amah.. tapi rupa-rupanyer dalam diam-diam diorang sedap-sedap makan besar dalam rumah..
Tapi yang sedih tu ada plak yang gembira tahap gaban.. dengan bangga menyokong si musang melahap ayam soroban.. katanyer K-Pop tu baik untuk kesihatan.. kalau boleh Pak Menteri panggil ler lagi tahun depan.. lagi satu.. saper jer yang protes akan teruk diserang.. dengan kata-kata jer bukan ler dengan parang.. “korang ni patut bersyukur dengan keadaan negara kita sekarang.. masih aman dan dapat jugak makan walaupun bajet dah kurang.. tapi kalau korang tak puashati korang bleh pindah dan duduk kat negara seberang..”..
No comments:
Post a Comment