SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA AKHIR HAYAT |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Malan Isnin lalu berlangsungnya pernikahan kali kedua diantara 'Lajenda Badminton' negara kita iaitu Dato' Sri Di Raja Haji Jailani bin Dato' Sidek dengan pasangan bahagianya Datin Sri Di Raja Zaleha bertempat di Double Tree Hilton, Jalan Tun Razak.
Kesempatan saya menghadiri majlis tersebut atas jemputan Datin Sri Di Raja Hajjah Zaleha saya ucapkan ribuan terima kasih dan didoakan semoga kebahagiaan yang didambakan ini bakal berkekalan ke akhir hayat .
Lebih kurang 500 jemputan yang menghadiri Majlis tersebut dan diantara celebriti tanah air yang menghadiri termasuklah Umie Aida, Aliah Lee, Dahlan Zainuddin dan Effa Rizan, Salimah Mahmod dan suami serta Noorshila Amin. Dan semua adik beradik adik Dato' Sri Di Raja turut hadir sama dan tidak ketinggalan Raja Azmi dan suaminya juga turut serta.
Yang menyeronokan suasana kesemua anak kedua-dua pengantin turut sama meraikan perkahwinan baru ibubapa mereka tanpa rasa kekok. Tahniah.
Selamat Berbahagia
No comments:
Post a Comment