Tuesday, 12 November 2013

THE PROMOSED LAND : MANA SATU KEINGINANYA!!!



Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Terpanggil sekali lagi untuk membicarakan perihal 'kegundah gulanaan' FAM semenjak KJ menjadi Menteri Belia dan Sukan.
Telah berulang kali dinyatakan olih peminat bolasepak negara agar 'Sultan' mahupun ' Raja' yang berkecimpung yang dikatakan sanggup 'mencemar duli'  untuk mengetuai Persatuan-Persatuan Berpristij agar 'memisahkan' ' status diri' apabila 'menggalas' jawatan.

Jangan hanya seseorang itu berketurunan 'Di Raja' dan mengetuai Persatuan-Persatuan maka semua 'titah perintah'nya wajib diikuti.

Persatuan bukannya sebuah 'institusi beraja' dimana semua 'kata putus'nya wajib dituruti. Persatuan adalah milik 'ahli yang bergabung' dan semua ahli yang berdaftar didalamnya. Setiap ahli adalah sama tarafnya , tiada siapa tinggi dan tiada siapa yang rendah, dan yang membezakan ialah 'nama jawatan yang dipegang' itupun atas 'amanah ahli' yang memilih. 

Undi setiap ahli gabungan adalah kekuatannya .Olih itu sesiapa saja yang bernaung dibawah persatuan maka seseorang itu terikat dengan 'perlembagaan' yang telah dirangka. Tiada seorangpun ahli didalam persatuan itu melebihi dari diri yang lain.

Persatuan perlu tahu dan memahami etikanya. Walaupun seorang Raja yang memerintah sesebuah negeri yang menjadi Presiden sesebuah Persatuan, maka, hak exclusivenya hanya kepada ' negeri' yang diPerintah atau negeri yang diketuai tetapi apabila 'seseorang Raja' yang dilantik sebagai 'Presiden' untuk sesebuah Persatuan maka 'hak exclusive sebagai Pemerintah Negeri' tidak terpakai kepada 'Akta Persatuan', olih itu, 'tiada kuasa mutlak' diberikan kepada Presiden


                                                         
Tetapi olih kerana sifat rakyat Malaysia yang terlalu 'mengampu' "Personaliti' yang 'berdarjat'ini maka perjalanan sesebuah persatuan itu jadi 'haru-biru dan tidak menapati garis panduan persatuan. Seringkali 'terdengar' keputusan yang dibuat selalunya 'tidak tepat' serta 'bersalahan' dengan etika 'persatuan'.

Seeloknya jangan dibenarkan sesiapa pun dari 'institusi Raja' untuk 'menyarung sebarang jawatan dalam Persatuan. Kerana 'sifatnya' institusi beraja  ini sangat 'sensitif' dan demi untuk menjaga 'kemuliaaan; yang dikata, maka, semoleknya, janganlah 'institusi Raja' mencalarkan 'imej mereka sendiri'

Tetapi sekiranya 'institusi Raja' tetap juga dengan pendirian mereka untuk 'menyarung jawatan' dalam sebarang Persatuan, maka, 'tiadalah diri mereka ini kebal dari sebarang kritikan orang ramai mahu pun daripada wakil Rakyat atau Ahli Parlimen yang dipilih rakyat. Bukannya rakyat tidak menghormati 'institusi Raja' tetapi 'kancah' yang digauli adalah 'milik' orang ramai.Olih itu sebarang 'back fire' haruslah diterima dengan hati terbuka.


Kepada Siti Nurhaliza yang secara 'membuta tuli' memperjudikan kata-katanya diharap tidak lagi terjerumus didalam kancah 'perbalahan' ini. Walaupun Pahang baru muncul pemenang baru-baru ini dan kemungkinan Siti teruja dengan kemenangan tersebut telah membuatkan Siti 'terghairah' sedikit namun perbuatan dan tingkahlaku  amat tidak disenangi. Jangan Siti beranggapan bahawa 'kata-kata'nya benar terhadap KJ.

Siti perlu tahu atas kapisiti apa 'peringatan' itu dibuat olih KJ. Jangan sembarangan, jangan disebabkan beliau dikurniakan Darjah Kebesaran dari Pahang dan KJ masih belum ada apa-apa 'Gelaran' maka 'lontaran' perkataan' yang tidak manis diungkapkan kepada Ahli Parlimen tersebut.

Ingin saya perjelskan sekali lagi,"JANGAN USIK KJ" ATAU  'MELEBIHI BATAS'..

                                          ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment