Monday, 11 November 2013

THE PROMISED LAND :- JANJI ALLAH BENAR!! TETAPI PEMIMPIN MELAYU LEMAH

PEMIMPIN MELAYU DILIHAT LEMAH
DALAM
MEMPERJUANGKAN KA;IMAH ALLAH
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim


Nampaknya kemelut 'kalimah Allah' semakin menjadi 'idaman untuk disamakan dengan tuhan agama lain'. Keterujaan 'Gereja Kristian' Kristian untuk 'menjala' kalimah tersebut tidak akan terhenti dan semakin hari semakin mendalam 'keinginan' mereka untuk 'memilikinya' walau dengan apa cara sekalipun.

Berpaksikan kepada kalimah ' kebebasan beragama' yang termaktub didalam Perlembagaan , kumpulan ini dengan bantuan serta sokongan dari ahli serta 'parti politik' yang sememangnya 'berajenda' telah memungkinkan 'onar' yang dicipta ini 'menggusarkan' umat Islam serta orang Melayu khasnya dan sekali gus cubaan untuk memecah-belahkan uamt Islam dilihat semakin 'menghampiri' matlamatnya.

Kini dua kelompok terbesar parti politik yang berteraskan Melayu iaitu UMNO dan PAS dilihat semakin hari semakin bertentangan pendirianya berhubung isu 'kalimah Allah" ini. PAS yang sememangnya dari dahulu amat senonimnya 'sifat pembangkang'nya telah berjaya diresapi  dengan ideologi yang dicipta olih DAP dan PKR semata-mata untuk menentang UMNO.

UMNO yang mendemonasi BN  serta yang terkini  dibarisi olih serpihan kaum Cina dan India iaitu MCAdan MIC serta kumpulan kaum Bumiputra yang  lain dilihat semakin tertekan 'pegangan' serta 'perjuangannya' dengan 'permainan' pengikut Kristian mahupun 'parti politik' yang bukan Islam berhubung 'kalimah allah". Ancaman dari 'dalam' serta sifat 'api dalam serkam' ini amat jelas dan terang kini.

Namun begitu pihak bukan Islam yang berada didalam komposisi Kerajaan dilihat 'amat teruja' dengan peningkatan sokongan berbagai pihak terhadap 'isu kalimah allah' . Perbezaan pendapat serta kefahaman berhubung 'isu' ini  terutama dari pandangan  kepimpinan tertinggi PAS dan juga PKR. membuatkan mereka hanya  menunggu dan melihat 'sandiwara' yang dicipta olih pihak Kristian dengan harapan 'Kerajaan' membuat kesilapan bagi memudahkan mereka 'membelasah' dari 'dalam'

Dengan mencipta 'berbagai 'onar' didalam 'kehidupan masyarakat Islam'  bagi mengambarkan 'kepincangan pihak pemerintah' serta 'kelemahan Islam dalam kepimpinan' Melayu, berbagai 'isu diketengahkan demi 'mencalarkan' imej orang Melayu tanpa dapat dipertahankan olih Pemimpin Melayu. Hanya yang lantang bersuara hanyalah NGO NGO Melayu dan Islam. Hanya Najib melalui kata resminya 'berjanji' bahawa beliau akan mempertahankan ;kalimah Allah", samada itu merupakan kenyataan resmi Kerajaan pimpinannya atau hanya bersifat 'peribadi' tidak dipastikan.

Apa yang dapat dilihat perbezaan pendapat dari dua kelompok terbesar Melayu berhubung 'isu' ini amat jelas. PAS dan PKR amat 'jelas' dengan pendirian mereka, samaada, ini adalah 'modal politik' hanya mereka yang dapat menentukanya . Bagi UMNO yang dikata mewakili orang Melayu pula dilihat amat berhati-hati didalam 'perancangan' atau 'mengauli' isu ini, kerana takut dilihat 'melebih-lebih' kerana terlampau ingin menjaga 'hati bukan Islam'.

Walauapapun orang Melayu perlu menentukan 'hala tuju' sebenar 'isu' ini, sekiranya dilepaskan seratus peratus kepada 'orang politik' maka akan hancur leburlah 'agama' Islam tetapi sekiranya orang Melayu Islam bersatu dan berkeras membantah 'inshaallah' ' bukan Islam' tidak akan berani lagi 'menuba Islam' sesukanya.

" Kejituan Islam adalah ditangan anda, menyerahkan Islam kepada  orang politik akan hancurlah bangsa Melayu"

                                             ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment