TUANKU SUDAH BERTITAH !!! SIAPA BERANI MENYANGGAH TITAH TUANKU LAGI?? |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
TITAH TUANKU :- BERSATU PADU MEMPERTAHANKAN
KALIMAH ALLAH !!! FAHAM TAK???
Hanya ucapan kesyukuran yang dapat dipanjatkan kehadrat Illahi diatas titah Kebawah Duli Sultan Selangor yang secara terangan 'melafaskan' bahawa Kalimah Allah adalah untuk umat Islam. Terharu dengan seruan Duli Tuanku membuatkan hati ini tersentuh dengan 'kepekaan' Baginda terhadap 'kemelut' yang mengulit perasaan umat Islam dinegara ini dimana sempadan negeri tidak menjadi halangan untuk berserta ' akan titah Tuanku.
Apa yang dilafaskan olih Duli Tuanku merupakan satu tamparan keatas semua Pemimpin Melayu terutama kepada mereka-mereka yang bergelar ' Yang Berhormat' terutama mereka-mereka yang berbangsa Melayu dan beragama Islam tetapi keadaan mereka 'amat takut' untuk menetapkan pendirian dimata umum berhubung isu 'kalimah allah' amat dikesali.
Kemungkinan ingin menjaga 'periuk nasi' atau ' takut hilang kuasa' membuatkan kebanyakan Pemimpin Melayu menjadi bisu tidak 'berlidah'. Yang menjengkelkan pula terdapat segelintir Pemimpin Pas dan PKR yang bersekutu dengan puak Kristian untuk menuntut 'kalimah Allah" pula. Tetapi yang paling bodoh, Pemimpin UMNO juga bersikap bisu dan membiarkan pula NGO NGO Islam untuk mendepani isu ini , seolah-olah 'mereka ' juga 'bersongkol' dengan bukan Islam bagi membenarkan penggunaan 'kalimah Allah' kepada Gereja Kristian.
Belum ada lagi ketetapan dari parti Politik samada UMNO mahupun Pembangkang 'membantah' penggunaan 'kalimah Allah' ini olih Gereja Kristian .
Alhamdullilah, semoga 'amaran' yang dibuat olih Duli Tuanku Sultan Selangor akan menyemarakan lagi semangat orang Melayu dan Islam untuk terus membantah 'kecurangan' ini dan semoga Raja Raja dari Negeri yang lain juga akan membuat ketetapan yang sama seperti titah Duli Tuanku Sultan Selangor.
Kalau Duli Tuanku sudah mula 'bertitah' hamba rakyat akan menjunjung perintah Tuanku demi Islam dan orang Melayu walaupun ' terpaksa bercerai nyawa', namun, Islam tetap dijunjung.
AMPUN TUANKU
SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mengarahkan supaya penggunaan kalimah Allah di dalam `Bible’ dan penerbitan ‘The Herald’ versi Bahasa Melayu dihentikan serta merta
Sultan Selangor turut bertitah menasihatkan mana-mana pihak supaya tidak mengambil kesempatan untuk menjadikan isu kalimah Allah sebagai agenda politik mereka kerana kalimah Allah ialah satu kalimah suci dan membabitkan akidah umat Islam.
Baginda juga bertitah menggesa umat Islam merapatkan barisan dan bersatu padu mempertahan kesucian kalimah Allah serta menghalang usaha mana-mana anasir yang tidak bertanggungjawab menyalahguna dan menghina kalimah Allah.
“Isu yang berkaitan dengan agama tidak seharusnya dipandang ringan kerana ia boleh membawa implikasi buruk kepada keselamatan negara dan boleh menimbulkan ketegangan antara kaum di negara ini,” titah baginda.
Baginda turut berdoa supaya perpaduan dan keharmonian rakyat negara ini sentiasa terpelihara dan mereka dapat hidup dengan aman damai, menghormati antara satu sama lain dan saling bertolak ansur -BERNAMA
No comments:
Post a Comment