Bismillah-hir-rahman-nir-rahim |
Ucapan Selamat Menyambut Maal Hijrah diucapkan kepada semua pelawat semoga tahun baru Hijrah 1435 ini akan menjanjikan kebaikan kepada seluruh umat Islam.
Berjanji untuk melakukan kebaikan tidak akan terjadi sekiranya kita berusaha untuk merubahnya. Kalau ditahun sebelumnya kita berjanji bermacam-macam kepada diri kita dan juga keluarga untuk berubah atau berhijrah dan kita jangan jadikan ianya satu alasan untuk kita tidak melaksanakanya.
Didalam mengingati bertambahnya tahun dalam kalander Islam sedarkah kita bahwa umat Islam samada di negara ini mahupun diluar sedang diasak dari semua segi. Bermula dari perasaan, kehidupan, ekonomi dan budayanya semuanya cuba dirosakkan olih musuh Islam. Dengan kelalaian umat Islam itu sendiri didalam menghayati Al Quran serta Sunnah, ramai dari kalangan orang Islam mula hanyut dibawa badai perubahan samada pada mindanya mahupun tingkahlakunya.
Perasaan menghormati sesama insan semakin menipis dalam kehidupan. Jurang perbezaan kehidupan dijadikan kayu pengukur . Yang kaya dihormati dan yang miskin dipandang sepi. Adakah ini yang dianjurkan olih Islam kepada umatnya? Keterlanjuran 'kata-kata' dijadikan 'mainan' dan 'kemaksiatan perbuatan' dijadikan amalan. Begitulah hanyutnya umat Islam selepas kewafatan baginda Rasullulah s.a.w.
Sebenarnya umat Islam berada dipenghujung persimpangan, halatuju mana satu yang hendak diikuti. Kecelaruan minda dan hati gagal diimbangi. Diantara kesenangan dunia yang direbutkan menyebabkan 'ramai' yang tersasar jauh dari tuntutan dan kemakmuran persediaan ke akhirat bukan lagi 'keutamaan' malah dijadikan 'senda gurau'.
Perlumbaan 'mengagungkan watak pencari ilmu dari pembacaan' dan "para ilmuan yang dilahirkan dari gedung Universiti" ternama yang bukan dari negara Islam dijadikan sandaran 'rujukan'. Ketinggian pencapaian dalam akademik dijadikan ukuran untuk 'menobatkan' seseorang tentang 'kehebatan'ke ilmuannya, namun pada hakikatnya 'pengamal' ilmu dipinggirkan dan dipandang sepi.
Sebenarnya 'pembaca' dan 'pengamal' adalah dua darjat yang berbeza. Pembaca tidak semestinya 'mengamalkan' tetapi 'pengamal' sudah semestinya 'mengamalkan'. Olih itu tingkatan manusia yang amat disayangi Allah SWT adalah mereka yang mengamalkan 'ilmu' yang dimiliki daripada 'ilmuan' yang memiliki tetapi tidak mengamalkan.
Olih itu sempena hijrah ini, marilah kita beramai-ramai memulakan 'amalan' mengikut apa yang kita faham mengikut Al Quran yang disunnahkan olih semua Nabi dan Rasul untuk dijadikan bekalan serta kelangsungan kehidupan ini yang berbaki tidak berapa lama lagi.
Jadikan tahun Hijrah 1435 ini sebagai tahun 'penghijrahan' diri untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan mengasihi serta mencintai junjungan baginda Rasullulah s.a.w melebihi kecintaan kepada dunia semata. Semoga keberkatan akan tertumpah kepada diri kita dan juga keluarga.
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
.
No comments:
Post a Comment