Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Bukan kita medoakan kekalahan tetapi Sg Limau adalah ketentuan untuk parti pemerintah terutama parti UMNO untuk 'bermusahabah diri' atau 'merenung" kembali apa yang gagal dilaksanakan atau ditunaikan demi kelangsungan bangsa Melayu dibumi ini. Bukan PAS itu hebat atau UMNO mahupun BN itu lemah tetapi ianya merupakan satu 'signal' atau ' amaran' kepada Pemimpin Melayu terutama dari parti Pemerintah untuk lebih mendekati masyarakat Melayu yang ketinggalan disegala sudut waima segi ekonomi mahupun dari segi kesempurnaan kehidupan.
Kecundangan calon parti UMNO telah saya tuliskan pada post minggu lalu (Post hari Jumaat) .
Cara kehidupan yang melampau sesetengah Pemimpin Melayu samaada PAS atau UMNO mahupun PKR banyak memperlekehkan tata cara kehidupan orang Melayu yang mengikut Al Quran dan Sunnah . Kekayaan harta benda melampui pendapatan, kekayaan wang ringgit ibarat 'perigi yang tidak pernah kering' , 'kecurangan nafsu' mengalahkan binatang, tingkah laku ibarat 'pak kadok naik junjung' dan pegangan agama serta cara kehidupan keluarga mengalahkan 'artis barat', itu perumpamaan yang setara dengan diri mereka.
Caci mencaci, fitnah memfitnah , tuduh menuduh serta 'kata-kata berunsur 'menyinggung perasaan' adalah mainan lidah mereka. "Mengaib'kan diri individu, bersubahat dan bersengkokol adalah mainan 'diri' didalam mencapai 'tujuan' dan semua yang diajarkan tidak dipraktikan dan yang ditegah semua nya dilakukan tanpa rasa bersalah. Adakah ini 'politik'yang dikata 'mengikut Sunnah?
Walau apa pun semuanya telah berlaku , kini apa yang menjadi persoalan, adakah apa yang dijanjikan akan dilaksanakan? Atau adakah kita akan bermusahabah diri dan 'bertaubat' diatas kesalahan yang dilakukan? Atau terbukukah perasaan 'dendam"?
Tetapi apa yang jarang dapat dilihat ialah 'sifat' maaf memaafkan sesama mereka dan sifat 'perbezaan' dijadikan sempadan untuk 'bermusuhan' selagi 'politik' dijadikan sandaran diri.
Diharap apa yang telah berjaya dicapai olih pemenang dan yang kalah sepatutnya tidak menjadikan orang Melayu semakin terpinggir dari keperluan meningkatkan ekonomi diri kerana Islam hanya akan dipandang tinggi sekiranya umatnya 'bersatu padu' dan tidak berbelah-belah.dan berkelompok.
Jangan biarkan 'perbezaan' ini sebagai satu pemutus kepada jalinan 'kasih' sesama insan.
Sekiranya Pemimpin Parti UMNO masih lagi tidak mahu 'sedar' atau 'masih terlena' dengan mimpi indahnya dengan 'meminggirkan' kaum majoriti iaitu Melayu dan hanya melebihkan suku sakat, anak pinak , saudara mara sendiri serta 'kroni' , inshaallah, kalau masih terdapat lagi 'by-election' dimasa terdekat...parti Pemerintah pasti kecundang..
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid.
Akhlak yg mulia adalah antara sifat org bertaqwa. Bila ada taqwa tentu ada akhlak yg mulia. Tanpa akhlak yg mulia tiadalah taqwanya walau dianggap org ulama'.
ReplyDelete