Sunday, 3 November 2013

THE PROMISED LAND : ISLAM OXFORD VS ISLAM AL QURAN

LIDAH KRISTIAN, HINDU DAN BUDDHA SERTA AGAMA SEMAWI YANG LAIN
TIDAK PERNAH MENGANGGAP BAHAWA ALLAH SWT ADALAH
TUHAN SEBENAR TUHAN YANG ESA OLIH ITU
DIMANA KEPERLUAN UNTUK MEREKA MENGGUNAKANYA


Why get emotional, ‘Allah’ not exclusive to Muslims, says Oxford theologian

“Why do we get emotional when others use the word #Allah?” Ramadan asked on his Twitter account, @TariqRamadan handle.

“There is only one God. My God is your God. Allah is not just the God for Muslims,” he wrote.

Local Islamic scholar Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin has similarly said that the Quran allows ― and even encourages ― non-Muslims to address God as “Allah”, as long as they are referring to “The Supreme Being”.

The former Perlis mufti said last month that banning non-Muslims from calling God “Allah” is tantamount to “syirik”, which refers to the sin of practising idolatry or polytheism and is an unforgivable crime in Islam.

                                                   Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Benar, semua umat Islam menganggap bahawa tuhan itu adalah Allah SWT  dan Allah SWT itu tiada bandingan dengan tuhan-tuhan agama lain dan mempercayai bahawa Allah SWT itu yang mencipta segalanya . Tetapi adakah pengikut agama lain menganggap Allah SWT itu Tuhan semesta alam? atau sekadar mempercayai bahawa ada Tuhan lain selain Allah SWT yang telah menciptakan manusia dan kejadian? atau

Adakah penganut Kristian menganggap bahawa Allah SWT itu tuhan Jesus Christ ? atau
Adakah penganut Hindu menganggap Allah SWT itu Tuhan kepada tuhan-tuhan mereka ? atau
Adakah penganut Buddha menganggap Allah SWT itu Tuhan Buddha? atau
Adakah Sai Baba menganggap bahawa Allah SWT itu Tuhan yang paling tinggi?

Bolihkah kita samakan tuhan yang kita panggil Allah SWT untuk  disamakan dengan tuhan kepercayaan mereka walhal mereka 'menyerupakan' tuhan mereka dalam bentuk 'berhala".

Umat Islam sememangnya telah diajarkan atau dididik dengan mengakui bahawa hanya ada satu tuhan iaitu Allah SWT yang tidak dapat kita gambarkan  atau bayangkan dan menyatakan secara fizikal akan bentuknya tetapi berlainan dengan kefahaman agama lain. Mereka 'memreplika'kan tuhan mereka seolah-olah tuhan mereka berbentuk dan menyerupai kehidupan ataupun manusia. Adakah mereka akan menganggap bahawa Allah SWT sebagai  "supreme"?

Olih itu jangan terpedaya dengan pandangan atau kajian yang dilakukan olih mereka yang menganggap diri mereka 'terlebih hebat' disebabkan 'pengajian ' ilmiahnya.

Benar, perkataan Ilah itu berpunca dari bahasa Arab asalnya tetapi apabila Yang Maha Esa telah memilih 'bangsa arab' untuk dilahirkan Rasul dan Nabi yang terakhir untuk umat manusia dan diatas Zatnya juga Yang Maha Esa memilih bahasa Arab untuk dijadikan 'bahasa penghantar Al Quran" maka sekali gus Tuhan mengantikan namaNya kepada Allah SWT untuk memudahkan urusan bagi perbedaan dengan kepercayaan agama lain . 

Dengan pengangkatan 'bahasa Arab' sebagai 'bahasa resmi untuk menterjemahkan kata-kata Tuhan maka itu dipanggil  Al Quran, maka sekaligus bahasa itu dipilih untuk menterjemahkan 'wahyu'  atau 'firman-firman' didalam bentuk kata-kata bahasa Arab untuk  memudahkan urusan baginda Rasullulah s.a.w..

Olih itu apabila Tuhan telah mengiktiraf  perkataan "Allah  " dalam bahasa Arab sebagai namaNya seperti yang termaktub didalam Al Quran maka tiada kepentingan agama lain untuk menyamakan Nya dengan sembahan yang lain selain Allah SWT yang Esa dan yang meliputi. 

Untuk itu tiada keperluan untuk penganut lain selain Islam untruk menggunakannya tetapi sekiranya benar agama lain menganggap bahawa Allah SWT adalah tuhan sebenar Tuhan dan paling tertinggi dan 'supreme'  serta tiada tuhan lain selain Nya maka tidak menjadi kesalahan untuk dipergunakan.

                                           Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

1 comment:

  1. Benar, Allah swt Tuhan sekelian alam, Tuhan bagi semua makhluk.
    Tapi bila merujuk Allah swt sbg tuhan anak, tuhan bapak, tuhan yg tiga dan tuhan roh suci, tentulah syirik jadinya, dan bila yg mengaku muslim menyetujui, meredhai apatah lagi menyokongnya, tentu rosak aqidahnya. Tidakkah bila maksiat dan dosa dilakukan sekurang kurang sikap Mukmin hendaklah membenci dalam hati, dan dosa maksiat apakah yg lebih besar dari mensyirikkan Allah swt ?

    ReplyDelete