ATAU ADAKAH KERANA TIDAK DIBERI UNDI MAKA KEMAJUAN UNTUK ORANG MELAYU DAN ISLAM AKAN DISEKAT?? ATAU ADAKAH INI AJARAN ISLAM 'ANUTAN' KEPIMPINAN UMNO??? |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Dikatakan bahawa Sg Limau diperintah atau dipimpin olih parti PAS sejak berpuluh tahun dahulu dan demi kesusahan rakyatnya mereka masih lagi memberikan 'undi' kepada PAS walaupun terpaksa hidup dalam kemelaratan. Salah siapa? Adakah kita akan menyalahkan kerajaan Kedah pimpinan PAS selama 5 tahun dahulu atau sememangnya telah bermula semenjak kerajaan BN memerintah lagi? Kenapa kawasan ini dipinggirkan?Kenpa terdapat 'kedaifan' yang melampau dikawasan ini?
Gambar yang saya ambil dari Blog : Another Brick In The Wall , terima kasih, tuan!!!
Sepatutnya, walaupun BN kalah disesebuah DUN tersebut, namun urusan untuk membantu rakyat tidak terhenti disitu malahan sepatutnya berterusan sehingga berjaya menambat hati rakyat semula dan bukan membiarkan 'rakyat' terus terjerumus dalam 'kedaifan'.Adakah Kerajaan tahu apa hukumnya 'membalas dendam' diatas kegagalan untuk memenangi hati rakyat?
Kalau untuk bukan Islam kerajaan sanggup berhabis puluhan juta malahan ratusan juta untuk 'membeli' jiwa kenapa perkara yang serupa tidak dilakukan kepada orang Melayu yang beragama Islam? Kalau untuk 'upacara kesesatan" seperti membiayai rumah ibadat kaum kafir , kerajaan sanggup menghulurkan bantuan, tetapi kenapa untuk orang Melayu yang tidak sealiran dengan kefahaman politik mereka , kerajaan sanggup 'membiarkan'? Susah sangatke untuk berbuat kebaikan kepada sesama Islam? Tidak samakah 'sahadah' yang dilafas olih orang Melayu PAS dengan orang Melayu BN? Berbeza 'kiblat' kah anda semua?
Apa yang dapat disaksikan melalui photo yang dipaparkan, ia sebenarnya bukan menggambarkan kelemahan PAS tetapi sebaliknya kelemahan orang Melayu yang mengaku Islam didalam menaiktaraf kehidupan bangsa sendiri terutama yang beragama Islam. Kegagalan Kerajaan Persekutuan didalam memperbaki nasib kehidupan rakyat luar bandar amat terserlah. Jangan salahkan wakil rakyat mereka, tetapi, salahkan Kerajaan Persekutuan yang dipimpin olih BN yang dilihat gagal didalam memperbaikai taraf sosio ekonomi rakyat tempatan yang sememangnya 'daif'.
Tiada guna melaungkan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' sekiranya nasib dan kemaslahatan rakyat tidak dijadikan 'ikhsan' untuk dimajukan, samada secara fizikal mahpupun secara 'kerohanian' nya . Kegagalan untuk mencantumkan kedua-duanya tetap melambangkan kegagalan sesebuah kerajaan yang memimpin..
Kalau sudah tahu taraf kehidupan rakyat sememangnya didalam kedaifan kenapa tidak diberikan pertolongan, kenapa, hanya apabila adanya kekosongan kerusi DUN semuanya hendak diberikan kenapa tidak sebelumnya?
Kalau baginilah 'mentaliti'nya pemerintah Kerajaan Barisan Nasional, eloklah ada kematian berturut-turut terhadap Ahli Parlimen ataupun Wakil Rakyat, setidak-tidaknya menafaat akan dinikmati olih rakyat setempat dan baru kita akan melihat Kerajaan Persekutuan akan turun melabur demi kepentingan . Dengan sifat beriya-iya Perdana Menteri mahupun Menteri-menteri sedikit sebanyak perubahan dan kemajuan terpaksa dilakukan demi mencapai 'impian' mereka untuk terus berkuasa .
KALAU KERAJAAN PERSEKUTUAN TERUS MEMINGGIRKAN GOLONGAN INI BAGAIMANA INSAN INI NAK BERUBAH |
WALAUPUN WANITA INI PENGUNDI PAS NAMUN KEWAJIPAN KERAJAAN PUSAT TIDAK TERUS MEMINGGIRKAN INSAN INI KEWAJIPAN TETAP KEWAJIPAN |
KALAU 5 PENGGAL KERAJAAN PERSEKUTUAN MEMINGGIRKAN KEPERLUAN MEREKA TIDAKKAH KERAJAAN PUSAT BERASA BERDOSA |
SEKIRANYA KERAJAAN PAS TIADA BERKEUPAYAAN KENAPA KERAJAAN MEMBIARKAN MEREKA TANPA BANTUAN!! |
TIDAKKAH KERAJAAN PUSAT BERJANJI UNTUK MEMBANTU SEMUA RAKYAT TIDAK MENGIRA FAHAMAN POLITIK? |
BERPULUH TAHUN MEREKA HIDUP DALAM TEKANAN TIDAKKAH KERAJAAN PUSAT NAMPAK ATAU'SENGAJA BUAT TAK NAMPAK |
BUKANKAH MEREKA INI RAKYAT MALAYSIA DAN SEPATUTNYA KERAJAAN PUSAT MEMBANTU WAIMA APA CARA SEKALI PUN |
BUMI MALAYSIA TANGGUNGAN KERAJAAN MALAYSIA KENAPA DIBIARKAN TANPA PEMBELAAN |
Bagaimana pengundi PAS nak bertukar arah kepada BN sekiranya tiada apa yang dilakukan untuk
mengubah pandangan pengundi PAS terhadap BN atau Kerajaan Pusat . Lebih 5 pengal rakyat dibiarkan dibawah PAS tanpa bantuan dan ikhsan Kerajaan Pusat. Patutlah pengikut PAS dan orang Melayu lain mengatakan bahawa Kerajaan BN zalim dan tidak beramanah didalam mentadbir negara. Semuanya sebab salah sendiri kerana kurang mendekati hati rakyat terutama orang Melayu yang ketinggalan serta daif disegala bidang.
Jadikan ini satu iktibar supaya kemajuan dapat dilakukan tanpa memilih bulu agar pandangan rakyat terhadap Kerajaan Pusat tidak negatif dan kemakmuran dapat dirasai olih semua lapisan masyarakat tanpa mengira latarbelakang politik.
Sekiranya perubahan ini dapat dilakukan demi rakyat dan agama, inshaallah, pandangan rakyat terhadap Kerajaan Pusat akan berubah .
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
KERAJAAN WAJIB MEMBELA SETIAP RAKYAT DINEGARA INI TANPA MENGIRA FAHAMAN POLITIK, ITU JANJI TANAH MELAYU
Pemimpin tempatan spt Ketua Kampung, Pengerusi JKKK, Penghulu dan Ketua UMNO cawangan tidak main peranan,
ReplyDeletepabila orang yang tak reti jaga tanggungjawab(amanah) dijadikan kepala dan
ReplyDeletepabila ulamak membuat semak ...tunggu sikit lagi kiamat la alamatnya...