BUKAN RAKYAT TIDAK MAHU BERUBAH TETAPI PEMIMPIN YANG TIDAK SANGGUP BERUBAH |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Setiap kali ada PRK setiap kali itulah Barisan Nasional akan menjanjikan bermacam-macam, buat itu dan buat ini. Tetapi yang peliknya kalau tiada PRK tiada apa pula yang nak dibangunkan seolah-olah tiada apa keperluan langsung untuk menjenguk atau menaiktaraf sesebuah kawasan . Kalau tiada kematian wakil rakyat maka tertinggallah sesutau kawasan itu.
Dari apa yang dapat dilihat ,perlakuan BN ini sememangnya itulah 'trend'nya. Kalau tiada "kekosongan kerusi" sampai keringlah sesebuah kawasan tersebut dari arus kemajuan atau penambahbaikan. Kemungkinan untuk sesuatu 'projek' untuk dilaksanakan akan mengambil masa bertahun-tahun dan 'budget' yang diperuntukan juga mungkin akan dialih kelain kawasan iaitu mengikut 'keakraban' seseorang Wakil Rakyat dengan pemimpin atasan. Begitulah caranya BN mentadbir selama ini.
Apa yang dapat ditakrifkan, BN sanggup berhabisan duit dan menjanjikan apa saja untuk sesebuah kerusi yang ditandinginya asalkan mereka kekal berkuasa. Samaada janji itu ditepati atau akan dilakukan dimasa hadapan tiada siapa dapat menjamin perlaksanannya.
Apabila terjadinya kekosongan kerusi , dan apabila ramai 'pemimpin atasan' turun padang, barulah terserlah 'kekurangan' dan 'kelompongan' yang ditinggalkan olih seseorang 'wakil rakyat' itu dan ini menampakkan kelemahan dan kecurangan yang ditinggalkan. Yang paling menyedihkan , kebanyakannya dikawasan yang bermajoriti Melayu samaada kawasan BN mahupun pembangkang, semuanya sama.
Apa yang paling menyedihkan, tiada satu 'KPI" yang 'selaraskan' bagi menunjukkan prestasi sesebuah kawasan yang diwakili. Kurangnya pemantauan dari Kerajaan serta sifat ketidakpedulian wakil rakyat terhadap sesebuah kawasan menyebabkan 'sesetengah' kawasan amat 'terpisah' dari arus perdana, samaada dari punca untuk mencari rezeki rakyat mahupun untuk 'beriadah', semuanya ketinggalan.
Seringkali rakyat akan didedahkan dengan bermacam-macam kekurangan disesebuah kawasan walaupun berpuluh tahun kawasan tersebut menjadi kubu kuat mereka samaada parti pemerintah mahupun pembangkang seolah-olah pembangunan untuk kawasan luar bandar bukan keutamaan .
Apa yang dilihat Kerajaan hanya memperuntukan berjuta ringgit untuk kemajuan dikawasan bandar dan sedikit untuk diluar bandar. Sebenarnya kemajuan yang dibawa kebanyakannya dinikmati olih masyarakat bandar dimana majoriti yang berada dibandar adalah kaum bukan Melayu. Olih itu disegi pembahagian, masyarakat Melayu amat sedikit sekali menikmati apa yang dilakukan Kerajaan. Disinilah 'kecurangan' pemimpin.
Untuk pertama kalinya saya menyatakan bahawa pada PRK Sg Limau , PAS dapat mempertahankan kerusi DUN nya dan sekali lagi, dan janji yang BN taburkan dikawasan ini akan tertangguh jua.
Bukan kerana rakyatnya tidak mahu berubah tetapi pemimpin BN sendiri yang tidak mahu berubah.
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment