Saturday, 6 October 2018

THE PROMISED LAND : WAJAH SEBENAR TELAH TERUNGKAP!!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

BERAS TERLEBIH AIR JADI BUBUR KERANA MENGANGGAP SEMUA AGAMA ADALAH SAMA.
KINI NEGARA INI BERSTATUS "JINGGA".

KUASA YANG DI PERTUAN AGONG DAN RAJA MELAYU BUKAN LAGI TEMPAT MENAUNGNYA AGAMA ISLAM.
SEKARANG FAHAMAN AHLI POLITIK YANG MENENTUKAN SEGALA NYA.

Apa yang ditakutkan kini telah diterjemahkan secara 'nyata' olih Menterinya.
Islam yang menekankan amalan 'nahi mungkar' mahu dikuburkan.
Inilah pembaharuan yang dibawa.

Pertembungan antara Kuasa Politik Dan Institusi Beraja yang menaungi  Agama Islam serta Institusi Mesjid Dan Surau bakal meledak.
Nampaknya "sarang tabuan"  sudah dijolok, hanya menunggu tabuan menyerang..

INILAH PENDIRIAN PUTRAJAYA.


Inilah kefahaman kerajaan pemerintah tentang :- 
rahmatan lil alamin (rahmat untuk seluruh alam).

Mujahid menjelaskan, beliau sedang berhubung dengan agensi terbabit untuk meyakinkan mereka supaya mengambil pendirian sama dengan Putrajaya.


Jabatan agama Islam negeri-negeri mungkin tidak lagi menjalankan serbuan ke atas premis persendirian yang disyaki menjadi lokasi khalwat atau maksiat.

Dr Mujahid Yusof berkata pihaknya percaya apa yang dilakukan oleh orang Islam di tempat tertutup bukan urusan kerajaan.
"Katakanlah anda melakukan sesuatu maksiat secara peribadi, dalam ruangan peribadi, saya takkan masuk campur.

Inilah yang ditunggu tunggu olih masyarakat yang sebenar benarnya menjalankan perniagaan 'jenis ini'. 

Tiada lagi keperluan untuk mereka untuk menempah 'hotel budget' mahupun 'hotel 5 star", hanya memadai dengan rumah kediaman kerana semuanya 'halal' dilakukan. 

Maksiat yang berlaku didalam rumah atau kediaman sendiri, tidak bolih diganggu gugat .

Untuk itu rumah maksiat tidak lagi perlu berselindung kerana 'ruang peribadi' bukan lagi hak orang lain untuk mempertkaikan.

Semoga kediaman atau  rumah maksiat akan mula berderetan bersebelahan dengan rumah rumah masyarakat tempatan.

Seperti mana berkembangnya pusat tarbiah Kristian diseluruh negara yang kini bolih didapati dimana mana waima dirumah kedai sekalipun begitu jugalah halnya dengan perkembangan isu ini.

Terbaik Menteri Pakatan. 

Tentang ''kebangkitan" yang saya sebut sebut dulu, nampaknya dahpun bermula.
dan persiapkanlah diri untuk prasa yang tidak dijangka.
Semoga Allah SWT merahmati umat Islam demi  meneggakkan kesucian sebuah kebenaran yang dituntut.
Amin.
Cahaya Al Majid.

7 comments:

  1. Dengan izin tuan blog,

    Saya mohon untuk berkongsi pendapat bahawa apa yang YB Mujahid katakan itu adalah betul. Mencari-cari kesalahan orang lain (disebut tajassus) adalah dilarang. Tajassus adalah pengkhususan kepada 'mencegah kemungkaran' (an-nahyu a'nil Munkar) dan demikian seseorang yang melakukan tajassus tidak boleh berkata 'saya sedang mencegah kemungkaran" disebabkan tajassus itu sendiri adalah perkara mungkar

    Larangan bertajassus:-

    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيه مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ.

    "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kamu kebanyakan dari prasangka kerana sebahagian prasangka itu adalah dosa. Janganlah kamu melakukan 'tajassus' (mencari-cari kesalahan orang lain)...... (Sehingga akhir ayat). Surah Al-Hujurat : 12.

    Saya pernah menyertai perbincangan dengan beberapa orang yang terlibat dengan urusan sebegini, khususnya tentang sebahagian dari perbuatan para 'pegawai pencegah maksiat' dan kami bersetuju bahawa sesetengahnya memang berunsur tajassus.

    Malah terkini, Mufti Pulau Pinang sendiri mengatakan bahawa apa yang disebut oleh YB Mujahid itu adalah betul. Saya tidak menyebut mufti Perlis dan mufti Wilayah di atas sebab tertentu tetapi kedua-duanya juga tidak bersetuju dengan tajassus.

    Sekiranya tidak melalukan tajassus dikatakan sebagai akan menggalakkan berlakunya maksiat dan membuatkan lebih ramai anak luar nikah yang lahir, maka tidakkah kita terfikir sejak tajassus dijadikan amalan 'kaedah mencegah maksiat' di negara ini, mengapa jumlah anak luar nikah semakin ramai?

    Maka jawapannya ialah 'mencegah maksiat' dengan cara begini pasti ada yang tak kena. Kita terlalu menekankan kepada 'cari dan hukum' sedang amat sikit sekali kita menumpukan kepada tarbiah.

    Di dalam sejarah juga ada direkodkan bagaimana Saiyidina Umar r.a memanjat rumah seorang yang disyaki minum arak di dalam rumahnya. Apabila dapat ditangkap orang itu Saiydina Umar telah berkata 'kamu telah melakukan kemungkaran (minum arak) ', dan orang itu telah menjawab "sekiranya aku melakukan satu kemungkaran kamu telah melakukan 3 kemungkaran" dan diterangkan ketiga-tiganya dan salah satunya ialah tajassus. Saiyidina Umar akhirnya tinggalkan saja 'pesalah' itu.

    Adakah Saiyidina Umar telah lari dari kewajipan mencegah kemungkaran apabila baginda memutuskan untuk tidak mengambil apa-apa tindakan ke atas pesalah yang berjaya dicekupnya?

    Begitu juga ada direkodkan bagaimana Saiyidina Abdul Rahman bin Auf yang meronda di malam hari dengan Saiydina Umar al-khattab, dan mereka mengesyaki berlakunya maksiat minum arak di dalam satu rumah dan Saiyidina Umar telah bertanya pendapat Saiydina Abdul Rahman dan dijawab, jangan dicari-cari kesalahan yang tertutup, maka Saiyidina Umar telah bersetuju dan meninggalkan tempat kejadian tanpa sebarang tindakan.

    (Bersambung)

    ReplyDelete
    Replies
    1. (Sambungan)

      Adakah Saiydina Abdul Rahman telah menjadi penghalang kepada Saiyidina Umar di dalam urusan 'mencegah kemungkaran'?

      Atau adakah kita merasakan kita lebih memahami apa itu mencegah kemungkaran berbanding dua orang sahabat besar ini yang menerima Islam langsung dari Nabi Muhammad saw sendiri dan telah pun diberikan khabar gembira memperolehi syurga ketika mereka masih lagi hidup?

      Apa yang disebutkan oleh YB Mujahid adalah betul dan ramai yang beranggapan ia adalah salah bukan disebabkan dalil tetapi disebabkan kita hidup di dalam budaya tajassus dan tajassus ini menjadi kaedah pencegahan maksiat majlis-majlis agama di dalam negara ini, dipopularkan di dalam media berita dan media hiburan, dan demikian kita menganggap ia adalah perkara yang betul.

      Itu belum dikira kalau dapat kantoikan seseorang itu di dalam program-program televisyen berunsur sensasi, mahupun dengan menularkan cerita kantoi ini. Yang menularkan akan merasakan yang kantoi itu ahli neraka sedang dirinya pula adalah ahli syurga kononnya.

      Yang biasa itu tak semestinya betul sedang yang baru timbul itu tidak semestinya salah.

      Kalaupun tidak bersetuju dengan yang baru itu, janganlah melabel kononnya ia bermaksud itu dan ini kerana barangkali ia adalah sebaliknya.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    2. En. John Doe,

      Saya sering baca tulisan tuan. Saya tahu tuan penyokong kuat PH mungkin kerana itu tuan terpanggil utk mempertahankan kenyataan Mujahid.

      Tuan,

      Pada pendapat saya sbg seorang Islam yang masih kurang ilmu ni, apa yg saya faham dgn pengertian Tajassus ialah, kita tidak boleh pergi mengintai/ mengendap/ mencari-cari kesalahan orang lain sedangkan tiada 'pohon yg bergoyang... tiada angin yg bertiup'. Makna kata, hanya suka-suka nak mengendap atau hanya kerana kita benci orang tu atau syak akibat hasutan nafsu semata-mata.

      Setahu saya, pegawai penguatkuasa agama Islam hanya menyerbu (mengetuk pintu, memaksa orang dalam satu ruang tertutup utk buka pintu) apabila terdapat aduan daripada orang ramai. Bukannya dibuat secara rawak atau semberono.

      Tetapi kenyataan Mujahid bahawa bukan tugas kerajaan utk menceroboh ruang peribadi seseorang, maka ini membenarkan pelaku maksiat menggunakan bilik hotel dan sebarang ruang tertutup utk berkhalwat dan berzina sesuka hati. Malah, kumpulan ajaran sesat juga sudah boleh melakukan 'dakwah' mereka dgn bebas.

      Adakah ini yang tuan mahu?

      Delete
    3. Sdr anon,

      Pertama; terima kasih kerana selalu membaca komen saya. Kedua; terima kasih kerana memberi komen balas dan ketiga; terima kasih kerana menggunakan kalam yang baik di dalam menyatakan perbezaan pendapat.

      Biar saya jelaskan dengan lebih detail supaya sdr dapat memahami.

      Di atas sana saya telah berkata bahawa saya telah berbincang dengan orang-orang yang terlibat di dalam urusan sebegini dan kami berpendapat sememangnya para 'pegawai pencegah maksiat' kita beramal dan mempunyai fikrah tajassus.

      Untuk pengetahuan sdr, ketika dapatan ini dibuat, PH belum wujud, PPBM dan PAN juga belum wujud. Kesemua Majlis Agama Islam di Malaya ini berada di bawah pengaruh UMNO ataupun PAS. Khusus bagi Pulau Pinang ia adalah di bawah pengaruh UMNO. Saya sendiri adalah penyokong UMNO tetapi pada masa itu sendiri saya berpendapat fikrah dan amalan mereka adalah salah. PM pada masa itu ialah Tun Dolah, seorang anak Pulau Pinang juga.

      Pada masa itu, saya pernah diceritakan oleh seorang sahabat yang terlibat dengan 'operasi mencegah maksiat' bagaimana kaedah mereka 'mencegah maksiat', dan saya kira mereka ini semua telah mempunyai fikrah 'mencari-cari pesalah yang melakukan maksiat itu, dan kemudian menangkap dan mendakwanya adalah satu kaedah mencegah maksiat'. Ini fikrah yang salah di dalam 'mencegah maksiat'.

      Di dalam satu kejadian, diceritakan kepada saya bagaimana mereka mendapat laporan mengenai seorang lelaki yang sering mendatangi rumah seorang perempuan pada waktu malam, dan demikian mereka pun 'merancang untuk mencegah maksiat'.

      Ini kaedah yang mereka gunakan. Mereka telah menyorok dan mengintai rumah tersebut dari satu tempat tersembunyi. Apabila mereka melihat lelaki itu sampai mereka membiarkan dia masuk ke dalam rumah. Selepas beberapa minit (mungkin menunggu masa yang cukup untuk permulaan aksi) barulah mereka keluar dari tempat persembunyian mereka, mengetuk pintu dan melakukan serbuan dam tangkapan. Adakah ini 'mencegah maksiat'? Jawabnya ialah tidak.

      Seseorang yang benar-benar mempunyai fikrah mencegah maksiat akan menghalang lelaki tersebut daripada memasuki rumah sebelum ia memasuki rumah tersebut. Tetapi kaedah ini akan membuatkan mereka 'pulang tanpa tangkapan'.

      Mereka namakan diri mereka pegawai pencegah maksiat. Hakikatnya mereka tidak berniat untuk mencegah maksiat tetapi berniat untuk melakukan tangkapan semata-mata.

      Di dalam fikrah mereka kejayaan mencegah maksiat tidak diukur berdasarkan berapa maksiat berpotensi yang berjaya dicegah, tetapi kepada berapa banyak tangkapan berjaya dibuat. Lebih banyak tangkapan dibuat akan menjadi kayu ukur kejayaan mereka 'mencegah maksiat'. Tiada tangkapan mereka akan anggap operasi mencegah maksiat sbg gagal.

      Apakah kaedah terbaik untuk mempastikan kejayaan membuat tangkapan di dalam setiap operasi. Jawapannya ialah bertajassus dan kerana itulah mereka mengamalkannya.

      (Bersambung).

      Delete
    4. (Sambungan)

      Seseorang itu boleh bersetuju atau tidak bersetuju dengan kenyataan YB Mujahid, itu haknya, tetapi yang salahnya ialah apabila orang-orang yang tidak bersetuju mula menuduh ia sebagai tanda negara ini sudah dikuasai DAP dan orang-orang Melayu di dalam PH sudah menjadi tongkol yang hanya tunduk kepada DAP termasuklah Menteri Agamanya padahal mereka bercakap di atas dalil yang jelas. Malah YB Mujahid sendiri akui ia hanya pendapatnya sedang kuasa sebenar urusan ini adalah di bawah bidangkuasa negeri masing-masing.

      Apabila mufti Pulau Pinang memberi kenyataan menyokong kenyataan YB Mujahid ia pun telah diserang konon dia tak boleh lawan tauke dan terpaksa hanya kantau saja dan terpaksa sokong kenyataan Mujahid disebabkan ia makan gaji dengan kerajaan DAP. Hello, Majlis Agama Islam Negeri PP adalah di bawah YDPA dan bukan di bawah Ketua Menteri.

      Kemudian mereka memetik kenyataan Mufti-mufti lain termasuk Mufti Pahang. Terpulanglah itu kan pendapat masing-masing dan YB Mujahid malahan telah menyatakan bahawa ia adalah bidangkuasa negeri-negeri.

      Sekiranya benar mahu mencegah maksiat mengapa mahu bikin ribut pada maksiat di tempat tersembunyi yang sengaja dicari-cari.

      Carilah tempat yang tidak tersembunyi dan 'cegahlah maksiat' di situ. Pergilah ke Pusat Perjudian di Genting Highland dan tangkaplah orang-orang Muslim yang berjudi secara terbuka di situ sekiranya benar mahu mencegah maksiat. Atau pergi ke Taman Negara dan lihatlah bagaimana di restorannya arak-arak dihidangkan secara terbuka oleh para perempuan Melayu yang bertudung kepada pengunjung-pengunjung luar negara dan malahan juga pengunjung dalam negara, dan malahan orang Melayu Muslim juga dengan terbukanya boleh meminum arak di situ. (Tak percaya silalah ke kasino Genting ataupun Taman Negara dan lihatlah sendiri. Saya telah sampai di kedua-dua tempat ini dan telah melihat).

      Atau dakwalah pembesar negeri yang telah terbukti mempunyai anak luar nikah yang menjadi bukti maksiat telah berlaku.

      Mengapa sibukkan diri pada maksiat yang tertutup sedang maksiat terbuka yang berleluasa dibiarkan saja?

      Ini semua adalah peluang terbuka mereka untuk benar-benar mencegah maksiat yang terbuka, yang menjadi punca kemurkaan Allah, dan bukan menyibukkan diri pada maksiat tertutup.

      Adapula maksiat yang tertutup dan disembunyikan, ia adalah keaiban pelakunya dan cuba lihat potongan hadith dan potongan doa berikut dan fikirkan mengapakah Nabi saw telah mengajarnya kepada kita.

      Potongan hadith 'man sataro musliman satarohullahu yaumal-qiyamah' yang bermaksud 'barangsiapa yang menyembunyikan keaiban seorang Muslim nescaya Allah akan menyembunyikan keaibannya pada hari kiamat'.

      Doa:-

      "Allahumma la tada'lana zanban illa ghofartah, wala a'iban illa satartah" yg bermaksud "wahai Allah jangalah kami ini melakukan dosa melainkan Engkau ampunkannya, dan jangalah kami melakukan keaiban melainkan Engkau sembunyikannya."

      Hadith dan doa ini tidak diwaradkan dan diajar melainkan padanya diajar juga secara hikmah agar kita tidak tercari-cari keaiban orang lain dan menyebarkannya sebagaimana kita sendiri tidak mahu keaiban kita dicari-cari dan disebarkan oleh orang lain.

      Sdr bebas berbeza pendapat, tetapi janganlah dilabelkan YB Mujahid ataupun Mufti PP begitu dan begini padahal mereka bercakap di atas nas dan dalil yang sah. Barangkali kita menyangka seseorang itu salah sedang hakikatnya adalah sebaliknya.

      Mudah2an sdr dapat menyerap apa yang saya cuba sampaikan di dalam ruang yang terhad ini.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  2. Apa yang dipaparkan dalam The Star itu ialah 'intripetasi pemberianya' atau 'kefahaman pemberitanya' daripada wawancara Dr.Mujahid dengan Zakiah Koya, bukan perkataan yang keluar dari mulut Dr.Mujahid. Di sini saya paparkan pandangan Dr.Kamarul Yusof, pensyarah UUM yang menonton video wawancara itu.........

    Beliau yang menulis di laman facebooknya terkejut apabila akhbar The Star milik MCA, yang masih merupakan parti komponen BN, meletakkan “No more moral policing” (tiada lagi polis moral), yang didakwa kata-kata Dr Mujahid, sebagai tajuk muka depannya hari ini.

    Ekoran itu, katanya, tajuk dan laporan akhbar The Star ini pula terus sahaja dipetik dan disebarluaskan oleh akhbar-akhbar lain seperti Mstar yang mengeluarkannya semula di bawah tajuk “Tiada lagi operasi khalwat waktu malam – Dr Mujahid”, begitu juga dengan tajuk Sinar Harian dan Astro Awani yang berbunyi “Tiada lagi ketukan pintu tengah malam cegah khalwat”, tajuk Malay Mail yang berbunyi “Islamic affairs minister vows end to moral policing” dan tajuk Malaysia Kini yang berbunyi “Mujahid sees end to khalwat raids – report”.

    “Hanya dengan membaca tajuk muka depan, tajuk laporan sebenar dan pembuka kata laporan sebenar akhbar The Star ini sahaja, dan laporan akhbar lain, maka bolehlah difahami kemeriahan media sosial hari ini, khususnya laman-laman Facebook, yang diisi oleh kritikan dan hentaman keras terhadap Datuk Dr Mujahid di dalam isu ini.

    “Apatah lagi bila tajuk muka depan akhbar The Star ini sensasi sekali yang memberikan gambaran bahawa bukan setakat dosa peribadi (private sin) sahaja yang tidak akan dikawal, tetapi juga dosa umum (public sin),” katanya.

    Bagaimanapun, katanya, setelah mendengar sendiri rakaman video wawancara wartawan akhbar The Star, Zakiah Koya, dengan Datuk Dr Mujahid, rupa-rupanya ayat “No more moral policing”, ayat “No more night khalwat raids or intrusion into Muslims’ private lives” dan ayat “No more knocks on the door in the middle of the night and no more breaking down of doors by the religious authorities investigating reports of khalwat or other alleged wrongdoings” bukanlah ayat-ayat yang keluar dari mulut Dr Mujahid sendiri tetapi hanyalah ayat-ayat yang dimasukkan oleh akhbar The Star.

    bersambung di bawah......

    ReplyDelete
  3. Tulis beliau, terjemahan kepada jawapan penuh Dr Mujahid ini adalah berbunyi: “Isu perlaksanaan khalwat telah disalahguna, bukan semua tetapi ada isu-isu dan ada tempat-tempat di mana ia dieksploitasi dan disalahguna, tidak memberi keadilan kepada mereka yang melakukan dosa. Sebab itu kita sekarang sedang memperbaiki keadaan, dan adalah penting bahawa mereka menerimapakai Islam penyayang sebagai dasar mereka, dan dalam melaksanakan tugas mereka saya juga perlu sangat teliti dan berhati-hati untuk tidak mencerobohi hak-hak individu, yang saya fikir sekarang telah berkurang dalam, saya fikir, dan ada isu lain, untuk maklumat anda, bila anda bercakap mengenai perlaksanaan pencegahan khalwat, anda akan mendapati bahawa ia berada di dalam kehakiman negeri, bukan di bawah kehakiman saya, kerana kami terikat dengan undang-undang atau kuasa negeri dan kuasa persekutuan, dan kebanyakan daripada kehakiman Islam adalah berada di bawah kuasa negeri, bukan kuasa saya, tetapi kita boleh ada platform di mana kita akan berjumpa semua pengarah hal ehwal Islam negeri di mana kita boleh berbincang dan berkongsi pandangan-pandangan kerajaan persekutuan mengenai semua isu ini.”

    “Walau apa pun perbezaan pendapat antara kita dan Dr Mujahid, kita perlu ingat bahawa kata-kata ini bukanlah kata-kata yang keluar dari mulut Dr Mujahid sendiri tetapi hanyalah kata-kata yang dimasukkan oleh akhbar The Star,”tegas beliau.

    Malah, katanya, Dr Mujahid sendiri menyebut bahawa perkara-perkara ini adalah di bawah kuasa negeri, bukan di bawah kuasa beliau, di mana apa yang boleh beliau lakukan hanyalah “berbincang dan berkongsi pandangan-pandangan kerajaan persekutuan (dengan negeri) mengenai semua isu ini.”

    “Saya memilih untuk menunggu sehingga perjumpaan dengan “semua pengarah hal ehwal Islam negeri” ini berlaku dahulu sebelum membuat ulasan lanjut ke atas isu ini,”katanya. – Rujuk FB Dr Kamarul

    ReplyDelete