KEMUNGKARAN DAN KEMAKSIATAN YANG MANA SATU YANG MAHU DIHALALKAN
KERAJAAN MAHATHIR???
Tak mahu cerita banyak.. bacalah dan fahamkan sendiri...
Dr Mahathir Mohamad berkata hari ini Islam tidak mengajar penganutnya untuk menceroboh ruang peribadi orang lain atas nama mencegah maksiat.
Allah SWT berfirman, maksudnya:
“ Hendaklah ada segolongan dari kamu yang menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah dari kemungkaran….”
( Surah Ali-‘Imran: 104 )
"Islam tak suruh kita pergi cari (dosa) orang, nak cari salah saja, tak suruh.
Jika kerja mencegah kemungkaran ditinggalkan, maka merebaklah kejahatan di seluruh bumi, lalu tersebarlah maksiat dan lain-lain perkara yang keji. Justeru itu terhapuslah penunjuk-penunjuk kebaikan lalu diganti dengan kehinaan yang mengumumi kehidupan masyarakat kita. Ketika itu, kesemua mereka layak untuk menerima kemurkaan Allah SWT serta penghinaan dan pembalasannya. Firman Allah SWT, maksudnya:
“ Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan ‘Isa putera Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batasan. Mereka satu sama lain tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat itu. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka lakukan itu.”
( Surah al-Ma’idah: 78-79 )
"Sampai nak panjat masuk dalam rumah orang apa semua, itu bukan Islam," Mahathir
"Islam tak zalim. Islam bukan soal potong tangan. Bukan itu.
AlFurqaan : Ayat 68
Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;
"Terdapat banyak cara hukuman yang lebih ringan tetapi orang-orang ini mahu mengganggu orang lain, hendak potong tangan orang, penggal kepala, itu bukan Islam namanya,"]
apabila suatu kaum sudah melakukan maksiat dan menentang perintah-perintah Allah swt serta mengkufuri nikmat-nikmatNya, maka sesungguhnya Allah swt akan menurunkan kehinaan dan kebinasaan kepada mereka baik kehinaan di dunia mahupun kehinaan di akhirat.
Sural al-Anfal, ayat 25:
وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
“Dan peliharalah dirimu daripada azab yang bukan hanya menimpa orang zalim di kalangan kamu sahaja dan ketahuilah Allah amat keras azab siksa-Nya”
Surah al-Nahl, ayat 112:
وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا قَرْيَةً كَانَتْ آمِنَةً مُطْمَئِنَّةً يَأْتِيهَا رِزْقُهَا رَغَدًا مِنْ كُلِّ مَكَانٍ فَكَفَرَتْ بِأَنْعُمِ اللَّهِ فَأَذَاقَهَا اللَّهُ لِبَاسَ الْجُوعِ وَالْخَوْفِ بِمَا كَانُوا يَصْنَعُونَ. وَلَقَدْ جَاءَهُمْ رَسُولٌ مِنْهُمْ فَكَذَّبُوهُ فَأَخَذَهُمُ الْعَذَابُ وَهُمْ ظَالِمُونَ
“Dan Allah telah membuat suatu perumpamaan dengan sebuah negeri yang dahulunya aman dan tenteram, rezekinya datang kepadanya melimpah ruah dari segala tempat akan tetapi penduduknya mengingkari akan nikmat Allah, kerana itu Allah merasakan kepada mereka dengan kelaparan dan ketakutan disebabkan apa yang mereka lakukan”.
Surah An Nur :2
“Orang-orang perempuan dan lelaki yang berzina hendaklah dijatuhkan hukuman sebat tiap-tiap seorang dari keduanya dengan seratus kali sebat”.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”
(Surah al-Maidah: 90)
Cahaya Al Majid,
Kekanda Al-Majid,
ReplyDeleteTidak perlu menuduh. Memang betul itu yang Tun M lafazkan, dan saya bersetuju dengan kenyataan tersebut. Tun M tidak menghalalkan maksiat sebaliknya mempersoalkan tentang cara orang ramai dan penguatkuasa yang mengorek dan mencungkil kesalahan melalui kaedah tajassus.
Saya telah pun memberikan ulasan tentangnya pada entry yang lepas, dan tidak berniat mengulanginya pada entry kali ini.
Malah athar Saiyidina Umar Al-khattab r.a dan Saiyidina Abdul Rahman bin Auf, dua orang sahabat besar a'sharo mubashshirin (10 orang yang diberi khabar gembira mendapat syurga) juga mengesahkannya.
Apa yang diriwayatkan daripada Abd al-Rahman Bin Auf katanya:
حَرَسْتُ لَيلَةً مَعَ عُمَرَ بنُ الخَطَّابِ بالمَدِينَةِ إِذ تَبَيَّن لَنَا سِرَاجٌ فِي بَيتِ بَابِهِ مُجافَى عَلَى قَومٍ لهُم أَصْوَاتٌ مُرتَفِعَةٌ ولَغَط. فَقَالَ عُمَرُ: هَذَا بَيت رَبِيعَة بنُ أُمَيَّة بنُ خَلَف وَهُم الآَن شَرَب فَمَا تَرَى، قُلتُ: أَرَى أَنَّا قَدْ أَتَينَا مَا نَهَى اللهُ عَنهُ وَلَا تَجَسَّسُوا وَقَد تَجَسَّسْنَا، فَانْصَرَفَ عُمَرُ وَتَرَكَهُم
Maksudnya: “Aku pernah satu malam bersama Umar bin al-Khattab membuat rondaan di kota Madinah kemudian kami dapati sebuah rumah adanya pelita yang dipasang dan terdapat satu pintu yang sedikit jauh daripada orang lain. Terdapat padanya beberapa orang yang suaranya kuat dan bising. Maka Umar berkata: “Ini rumah Rabiah Bin Umayyah Bin Khalaf, mereka sekarang minum arak, apa pendapatmu: “jawabku: Aku berpendapat sebenarnya kita telah datang apa yang Allah larang daripadanya iaitu jangan mengintip sedangkan kita mengintip, lantas Umar berpaling dan meninggalkan mereka.”
Riwayat al-Tabarani 1806, al-Hakim 4/419, dan al-Baihaqi 18080. Al-Hakim berkata: Hadis ini sahih sanadnya dan tidak dikeluarkan oleh Syaikhan. Imam al-Zahabi bersetuju dengan kesahihan hadis ini
Dalam al-Jami’ li Ahkam al-Quran oleh Imam al-Qurtubi (16/333), Abu Qilabah berkata:
حَدَث عُمرُ أَنَّ أبَا محجَن الثَّقَفِي يَشرَبُ الخَمْرَ مَعَ أَصحَابٍ لَهُ فِي بَيتِهِ فَانطَلَقَ عُمَرُ حَتَّى دَخَلَ عَلَيهِ فَإِذَا لَيسَ عِنْدَهُ إِلَّا رَجُل فَقَالَ أبُو محجَن: إِنَّ هَذَا لَا يَحلُّ لَكَ قَد نَهَاكَ اللهُ عَنِ التَّجَسُّس ِفَخَرَجَ عُمَرُ وَتَرَكَه
Maksudnya: Umar menceritakan bahawa Abu Mihjan al-Thaqafi minum arak bersama para sahabatnya di rumahnya, lantas Umar menuju ke rumah tersebut dan masuk, didapati tiada di sisinya kecuali seorang lelaki, lantas berkata Abu Mihjan: “Sesungguhnya ini tidak halal bagi kamu dan Allah melarangmu daripada Tajassus (mengintip), maka Umar keluar dan meninggalkannya.”
Riwayat Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf(10/232)
Terdapat kaedah tertentu di dalam penguatkuasaan maksiat yang berlaku secara tertutup dan sengaja mengintip untuk mencari-cari kesalahan adalah dilarang. Apa yang disebut oleh Tun M itu memang betul dan bertepatan dengan athar dua orang sahabat besar ini.
Mereka yang membantah, adakah mereka menyangka mereka memahami Islam melebihi dua orang sahabat besar ini di mana salah seorang daripadanya ialah seorang khulafa ar-rasyidin yang pelakuannya boleh menjadi sabit sebagai satu kaedah istinbat hukum yang sah.
Berlapang dadalah dengan pendapat orang lain yang tidak selari dengan pendapat kita apatah lagi sekiranya ia disandarkan kepada athar khulafa ar-rasyidin.
Wallahu a'lam.
Seronoknya memegang dunia (kuasa), boleh bercakap ikut lidah (tidak berhati²). Jangan terlupa sudahlah, kita sementara je menanggung amanah... Berpada²lah sementara bernafas, takut ajal tiba² menjengah.
ReplyDelete"$elamat bertemu PenciptaMu"